Sunday 25 October 2009



…Resepi Daging Masak Dendeng…

2kg daging
Semangkuk kecil bawang besar *
8 ulas bawang putih *
Halia *
Serai *
Cili kering *
Sos cili. Sos tomato, sos tiram
Asam keeping / asam Jawa
Gula, garam, perisa
Minyak untuk menumis

Cara :
Daging direbus hingga empuk
Seterusnya ditumbuk dan digoreng
Kisar semua bahan yang bertanda *
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau, masukkan daging, akhir sekali masukkan sos cili dan sos tomato, masak sehingga kering.

Resepi asal dari cikgu Putee Azween



Tuesday 20 October 2009

...Untuk Pelajar Major Bahasa Arab...

Perhatian...dimaklumkan untuk jawapan imtihan niha'iy, 3 masadir au maraji' 'ala aqal fil Ijabah lil as'ilah imtihaniah...

Sunday 18 October 2009

...Sehari Bersama Majlis PerkahwinaN...


Terima Kasih di atas Kehadiran Tuan & Puan...

"Sokong Islam Anda Selamat"

Pengantin Pun Tiba...

Ayahanda...

Bonda...

Cikgu Shahmuri n Isteri & Tn.Hj.Yusuf Isteri

Makcik Com sekeluarga...

time makan...

kawan-kawan jordan...ali jinnah, zarizi n rif'at basha

kawan-kawan dari idrisiah...lokman, hasnul, azrul, nain, caun,syarifah, shima...thanks 4 coming

Family...emak abah, afifa, abah zainal n makcik...
dalam rumah...





Thursday 15 October 2009

...Khutbah Jumaat...


Jauhi Maksiat Perolehi Berkat

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :


وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman

Kita berada dihujung bulan Syawal di mana suasana sambutan hari raya masih terasa bagi sesetengah tempat. Bulan Syawal sewajarnya dijadikan bulan muhasabah dalam menghitung diri kita dari segi kualiti dan kuantiti amal ibadat kita samada semakin bertambah serta cemerlang atau sebaliknya. Kehadiran Syawal yang datang selepas tarbiah Ramadhan biasanya menzahirkan pembahagian manusia samada hanya setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu golongan yang hanya rajin beribadat dan berakhlak mulia pada bulan Ramadhan sedangkan setelah berlalunya Ramadhan kembali menjadi manusia yang derhaka kepada Allah.


Golongan yang benar-benar berjaya hasil tarbiah Ramadhan ialah yang berjaya menjadi hamba Allah yang meneruskan tarbiah tersebut pada 11 bulan yang lain. Tanyalah diri kita sekiranya pada bulan Ramadhan yang lepas mampu berjemaah di masjid atau surau bagaimana sesudah Ramadhan. Jika Ramadhan yang lepas kita mampu solat sunat berpuluh malah beratus rakaat bagaimana sekarang. Jika Ramadhan yang lepas mampu khatam al-Quran bagaimana hari ini di mana berapa juzu’ atau helai yang telah dibaca. Jika Ramadhan yang lepas kita mampu berpuasa sebulan bagaimana hari ini adakah mampu mengerjakan puasa sunat sekurangya pusat sunat Syawal. Berubahlah ke arah yang terbaik terutama dalam menambah bekalan akhirat

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-A’araf :


وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Syawal juga merupakan bulan kemenangan yang mesti kita hayati syarat kemenangan sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutama ketika mencapai kemenangan gemilang dalam peperangan Ahzab yang bermaksud tentera bersekutu kuffar atau Khandak yang bererti parit yang digali dalam menyekat kemaraan musuh Islam. Begitu juga kemenangan dalam peperangan Hunain walaupun menerima kejutan serangan musuh pada peringkat pertama. Perjuangan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada pengorbanan dalam berdepan dengan pelbagai halangan.


Perjuangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah dalam berdepan dengan musuh yang bernafsu serakah. Oleh itu dalam menghadapi musuh maka kita kena kenal siapa musuh kita yang sebenar melalui ilmu yang bertunjangkan al-Quran dan hadis nabi bukannya berdasarkan hawa nafsu


Firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah al-Hajj:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenarnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras.

Ketika berseronok menyambut kedatangan Syawal maka kita dapat saksikan bagaimana ribut beserta banjir besar yang melanda Filiphina yang turut dirasai di negeri kita bila banyak kampung yang terkena ribut yang memusnahkan harta benda. Kemudian berlaku pula gempa bumi di Indonesia di mana bila kita mendengar dan membaca pengalaman mangsa maka ini semua mengingatkan kita bagaimana usia dunia semakin uzur dan semakin dekat dengan berlakunya qiamat. Jika peristiwa yang meragut betapa banyak nyawa dan meranap harta benda inipun sudah dirasai dahsyat maka bayangkanlah bila bumi dan langit ini akan digulung dan dihancurkan bila berlakunya qiamat yang sebenar nanti.


Ambillah pengajaran yang berguna daripada apa yang berlaku di hadapan mata. Akuilah bahawa ia adalah tanda kekuasaan Allah bukannya berselindung atas nama bencana alam sahaja. Insaflah diri, banyakkan bertaubat dan istighfar, jauhilah maksiat. Jangan tunggu bala ini berlaku atas batang tubuh kita baru mahu insaf maka semuanya sudah terlewat dan tiada guna lagi

Ingatlah bahawa bala Allah bila datang tanpa pengecualian kepada sesiapa pun sama ada yang kufur dan melakukan kemungkaran ataupun golongan beriman dan melaksana suruhan Allah.


Manusia ini terbahagi kepada dua iaitu satu yang kufur dan satu lagi beriman. Bagi yang kufur, memang apa yang berlaku merupakan azab Allah SWT di dunia ini dan mereka tidak akan terlepas daripada azab yang lebih dahsyat di akhirat nanti sebagaimana keadaan Firaun yang ditenggelamkan Allah SWT di tengah Laut Merah adalah azab yang Allah SWT turunkan atas kekufuran pemerintah zalim itu dan untuk menghapuskannya dari dunia ini. Bagi golongan beriman pula, ini adalah musibah yang mereka terima di dunia tetapi dijanjikan dengan pelepasan daripada azab di akhirat nanti dimana bagi umat yang beriman serta sabar dengan ujian maka musibah yang didatangkan sebagai kaffarah iaitu penghapusan dosa atas kesalahan yang dilakukan atau untuk menambahkan lagi keimanan kepada Allah. Jauhi maksiat untuk raih berkat, jauhi dosa untuk hindari bala.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya

Tiga kategori manusia yang akan dibangkitkan di akhirat iaitu Pertama mereka yang melakukan maksiat, degil serta ingkar perintah Allah SWT yang mendapat dua kali pembalasan azab iaitu di dunia dan di akhirat.


Kedua, orang baik dan membiarkan kejahatan berlaku yang akan dibalas di dunia serta akhirat kerana tidak menjalankan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan, melarang perbuatan mungkar.


Ketiga ialah orang soleh yang melakukan amal ibadat dengan tekun tetapi berdepan musibah di dunia dan mereka ini akan mendapat pelepasan di akhirat atas kesabaran ketika menerima ujian Allah SWT di dunia
Jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang bersyukur atas nikmat yang diberi dan bersabar atas bala musibah yang dihadapi




وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
                                                                                                            117 surah Hud

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Monday 12 October 2009

...Ibadat Korban & Upah Haji 1430H...

Upah Haji+ Umrah = RM1500.00
Ibadat Korban satu bahagian RM 350.00
Ibadat Korban seekor kambing RM 500.00

Berminat Hubungi Tn.Hj. Saipol Barin bin Ramli 012-5376516

Thursday 8 October 2009

..Khutbah Jumaat 9 Oktober 2009...Masjid SIS II Slim River Perak...


DOA UNTUK PALESTINE

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل وخير رسول أرسل وجعلنا خير أمة أخرجت للناس، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، أدى الأمانة وبلغ الرسالة وجاهد في الله خير جهاده ما ترك أمراً يقربنا لله إلا قربنا منه، نزل الله عليه الكتاب بيناً وهدى وبشرى للمسلمين، اللهم صلي وسلم وبارك على هذا النبي الكريم وعلى آله وصحابته، أما بعد فيا أيها الأخوة المسلمون، اتَّقُوْا اللهَ لعلكم تفلحون.

Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa dan sentiasa mengerjakan amal soleh. Semoga  dengannya, kita mendapat kemuliaan dan kejayaan hakiki, Amin.
 “Janganlah kamu menganggap (berkata) mereka yang berjuang di jalan Allah (jihad) mati, bahkan mereka sebenarnya hidup tetapi kamu tidak mengetahui” 
                                                       -al-Baqarah ayat 154-

Hari ini telah di isytiharkan oleh Ketua Persatuan Ulama Arab Muslimin sedunia Syeikh Dr. Yusuf Qardawi sebagai hari يوم غضب لنصرة المسجد الأقصى المبارك،,  Hari Kemarahan terhadap bangsa Yahudi bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa. Di wartakan dalam Persidangan Kewartawanan Arab Islam di Mesir pada hari Isnin baru-baru ini. Menggesa agar semua pemimpin Arab dan semua pemimpin Islam sedunia bersatu dalam menentang kekejaman dan kebiadaban bangsa Yahudi terhadap penduduk Islam Palestine yang semakin serius.



Situasi Masjid Al-Aqsa hari ini semakin genting. Satu demi satu cabaran yang sangat mengguris hati dan perasaan umat Islam dilakukan oleh bangsa Yahudi. Bermula dengan percerobohan Semenanjung Gaza, penduduk-penduduk Islam Palestine diruntuh rumah mereka, diperlakukan lebih hina dari binatang, merempat dan menggemis di tanah air sendiri, dihalang dari menunaikan solat berjemaah di masjid dan terbaru ini, seorang pemimpin Gerakan Islam Palestin Raed Solah telah ditangkap sekali lagi dan dipenjarakan kerana didakwa telah mencetuskan suasana tegang dan ancaman terhadap Israel. Kenyataan beliau yang menyeru umat Islam di wilayah Palestin untuk membela dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Ini kerana Masjid al-Aqsalah yang menyatukan umat Islam, Palestin dan Arab. Israel tidak memiliki hak ke masjid atau Yerusalem Timur. Kenyataan ini yang telah menyebabkan beliau dipenjarakan bertahun-tahun dan berulang kali masuk ke penjara Israel.



Pejabat Tentera Israel pada hari Rabu baru-baru ini mengeluarkan amaran bahawa pasukan Israel (Israel Defend Forces-IDF) akan melakukan kekerasan terhadap mana-mana penduduk Palestine yang datang menunaikan Shalat Jum'at di Masjidil Aqsha pada hari ini. Dan pasukan tentera Israel juga memberikan peringatan kekerasan ini juga akan berlaku di seluruh Jerusalem dan kota-kota di Tebing Barat. Sepanjang tempoh bulan September lalu, di Palestin dan Tebing Barat telah berlaku lebih 50 kali serangan, termasuk dua kali penembakan dan 45 kali serangan dengan menggunakan bom molotov.

Pada hari ini juga akan menjadi penentuan, kerana pada hari ini akan berlangsung shalat Jum'at, dan dalam waktu yang sama kelompok Yahudi merancang untuk melakukan acara di Tembok Ratapan. Ini akan mencetuskan konflik antara kaum muslimin yang melakukan shalat Jum'at dengan orang-orang Yahudi yang melakukan acara di Tembok Ratapan. Penduduk Palestine bukan sahaja diserang oleh tentera zionis Yahudi, tapi dalam waktu yang sama dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri dari parti FATAH. Mahmud Abbas telah tunduk dan bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan Anggota Sisasatan PBB ke atas serangan yang telah mengorbankan hampir 1400 penduduk awam palestin pada Januari 2008. Abbas dianggap telah mengkhianati rakyat Palestina, kerana penundaan tersebut bermaksud menyelamatkan para pegawai Israel yang terlibat dalam kejahatan dan keganasan perang dan kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Menjadi badut dan budak suruhan kepada AS dan Israel.

Dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia. Bermulalah perancangan- perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk menguasai dunia tercapai.

Contohnya, Perang al-Ahzab tercetus adalah disebabkan persengkokolan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah saw. Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta Panglima Perang ini, dengan meracunnya pada tahun 1487M.

Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan, bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917. Persengkokolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini.

Pelbagai perjanjian yang dimeterai termasuklah perjanjian Oslo pada tahun 1993, namun kesemua perjanjian tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin sehingga kezaliman dan penindasan berterusan. Kemenangan HAMAS dalam pilihan raya telah menyebabkan sekatan dilakukan oleh rejim zionis sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan sehingga memberi kesan penderitaan yang amat perit untuk digambarkan. Tanpa peri kemanusiaan, rejim zionis melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka tanpa menghiraukan bantahan masyarakat dunia, undang-undang antarabangsa dan protokol-protokol Geneva yang diluluskan oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta mengalami kelaparan, kesakitan berpanjangan, pengangguran dan kesusahan yang tidak boleh digambarkan.

Setelah pelbagai sekatan dijalankan tanpa ada reaksi daripada kerajaan negara-negara Arab yang berada di sekitarnya, rejim zionis menggerakkan ketenteraan tentera daratnya dengan kereta-kereta kebal buatan Amerika Syarikat untuk menjajah Semenanjung Gaza dengan didahului serangan udara yang amat dahsyat sehingga mengorbankan lebih daripada 300 rakyat Palestin. Apa yang lebih malang, sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya.

Negara Palestin merupakan negara yang diberkati kerana ramainya para nabi diutuskan oleh Allah swt di situ, Palestin juga merupakan bumi yang subur dan merupakan negara yang dahuluinya dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya. Pembebasannya telah dilaksanakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab daripada cengkaman Rom Byzantine tetapi kemudiannya dijajah selama 88 tahun oleh tentera-tentera salib Eropah. Walaubagaimana pun, Solahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub berjaya membebaskan semula daripada kezaliman tentera salib pada tahun 1187M. Kata-kata yang pernah dinukilkan daripada Solahuddin yang berbangsa Kurdish ini mengenai Palestin ialah:

“Barangsiapa yang dapat menguasai Palestin (Masjid al-Aqsa), maka akan dapat menguasai dunia keseluruhannya”

Sesungguhnya bumi yang terdapat Masjid al-Aqsa sekarang ini telah dikuasai oleh rejim zionis melalui perancangan- perancangan licik mereka melalui kerjasama dengan negara-negara Eropah terutamanya Amerika Syarikat. Dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki, persepakatan yang jitu dan perancangan yang teliti, bumi ini telah dikuasai oleh bangsa yang pernah membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka. Bangsa ini jugalah yang pernah membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1967. Kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan memang telah didoktrinkan di dalam kitab suci mereka iaitu kitab Talmud dan pernah Khakam mereka (ulama Yahudi) telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian, dihapuskan melalui penubuhan semula organisai 101 yang dipimpin Ariel Sharon. Pertubuhan inilah yang telah mengganas dan membunuh ribuan pelarian Palestin di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Zionis sebenarnya tidak mengerti apa ertinya perjanjian perdamaian, zionis buta dengan resolusi-resolusi amaran, zionis adalah bangsa yang pekak dengan arahan menghentikan serangan dan zionis jugalah bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan tuhan. Untuk melawan mereka, bukanlah dengan kata-kata damai, perjanjian persefahaman dan persetujuan yang didokumenkan, tetapi ia memerlukan kekuatan jihad yang berpanjangan dari seluruh umat Islam.

Rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi pertarungan berseorangan tanpa bantuan daripada kerajaan negara-negara Arab dan Islam. Walaupun mereka bersendirian, mereka tetap melawan dengan kekuatan yang ada melalui pelancaran roket buatan sendiri yang mampu sampai ke sasaran 12 sehingga 40 km jauhnya. Inilah kekuatan pejuang Palestin yang amat ditakuti dan digeruni oleh Israel sehingga rejim ini mengarahkan serangan melalui udara dan darat kepada rakyat Palestin di Gaza. Mereka bertindak kerana mereka terancam dan takut dengan serangan yang dilakukan oleh para pejuang dan inilah sikap mereka sebenarnya yang membina tembok-tembok untuk melindungi mereka.

Kita semua mengetahui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tetapi apakah tindakan yang perlu kita lakukan bagi membantu saudara seakidah kita di Palestin serta menyelamatkan Masjid al-Aqsa daripada runtuh untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman atau Temple Solomon. Adakah kita hanya menunggu keajaiban berlaku tanpa melakukan apa-apa dengan hanya melihat kezaliman terus berleluasa.? Adakah kita hanya mendiamkan diri dengan harapan orang lain yang membantu? Adakah kita semua terus menyepikan diri dengan membenarkan pembunuhan terhadap rakyat Palestin? Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin. Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT.

Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)

Rakyat Palestin memerlukan dan sentiasa mengharapkan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin!


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday 4 October 2009

...المعاجم العربية...


تلخيص وحدة المعجم العربي
تعريف اللغوي للمعجم :
الجذر الثلاثي لكلمة معجم هو ( عجَم ) بفتح الجيم و ( عجُم ) بضم الميم وهو في الأصل يدل على عدم البيان وقد دخل على الجذر عجم الهمزة فصار أعجم يعنى إزالة الغموض والإبهام

التعريف الاصطلاحي للمعجم :
هو كتاب يضم عدد كبير من مفردات اللغة ويرتبها بطريقة معينة ويضبطها بالحركات ويذكر اشتقاقاتها ويفسرها بذكر معانيها الحقيقة والمجازية ويستشهد لما يذكر بفصيح الكلام من القران والحديث وكلام العرب

أول من استخدم لفظ المعجم :
هم العلماء المهتمون بالتأليف في العلوم الإسلامية
والأمام البخاري هو أول من استخدم كلمة معجم
وابن الفارس هو أول من استخدم مصطلح معجم على كتابه ( معجم لمقاييس اللغة (

أنواع المعجمات :
1-
معجمات معاني ( خاصة – عامة (
2-
معجمات الألفاظ ( ترتيب هجائي – ترتيب مخارج الصوت (

معجمات المعاني :
يطلق عليها معجمات الموضوعات معجمات المبوبة
وهي تفيد في الحصول على لفظ او ألفاظ لمعنى من المعاني او غرض من الأغراض
وتنقسم الى قسمين : خاصة وعامة

الخاصة :
هي مجموعة من الرسائل كل منها ذو موضوع محدد يضم عدداً من الألفاظ التي تخصه ويستشهد لها بالشعر العربي ومن هذه الرسائل اللغوية ( الإبل – الخيلالوحوش – خلق الإنسان – والنبات – الشجر ) ويمثلها اللغوي الكبير عبد الملك بن قريب الأصمعي

العامة :
كتب ضمت رصيداً لغويا كبيرا موزعا بحسب الموضوعات أي كل مجموعة من الألفاظ توضع تحت موضوع او قسم محدد من هذا الكتاب ومن ذلك :
1-
الغريب المصنف لأبي عبيد القاسم بن سلام - وقد احتوى هذا الكتاب على عدد من الموضوعات سماها كتباً منها : خلق الإنسان وكتاب النساء
2-
الألفاظ الكتابية لعبد الرحمن بن عيسي الهمذاني
3-
فقه اللغة وسر العربية لأبي منصور الثعالبي
4-
المخصص لابن سيده

معجمات الألفاظ :

هي معجمات تعالج اللغة اللغوية فتضبطها وتبين أصلها ومشتقاتها وتشرح مدلولها
وقد رتب اللغويون هذا القسم من المعجمات اعتماد على ترتيب حروف اللغة العربية سواء كان الترتيب الهجائي او نظام مخارج الصوت

الترتيب حسب مخارج الصوت :

الذي استخدم هذا النوع هو الخليل بن احمد الفراهيدي في( كتابه العين ) وقد سمى بالعين نسبة الى اول حرف بدا فيه كتابه وهو العين

نهج الخليل في كتابه :

1-
رتب مواده بحسب الترتيب الصوتي مع تسمية كل حرف باب
2-
قسم هذا الكتاب الى أبواب بحسب ابنيه الكلمات
3-
لجا في شرح مواد المعجم في الكتاب الى نظام التقليب

من سار على هذا النهج :

1-
البارع في اللغة – لأبي على القالي
2-
تهذيب اللغة- لأبي منصور الأزهري
3-
اللامعللفيروز أبادي


الترتيب بحسب نظام الهجائي ( أ- ب- ت- ث ............ ي (

الناظر في مدرسة الترتيب الهجائي الذي وضعه نصر بن عاصم ألليثي ولاحظ إنها تسلك مسلكين وهما :
الترتيب بحسب الحرف الأول من جذر الكلمة
الترتيب بحسب الحرف الأخير من جذر الكلمة

الترتيب بحسب الحرف الأول من جذر الكلمة كان على طريقتين هما :

أ‌) ترتيب الكلمات بحسب اسبق حروفها مع إتباع نظام التقاليب واتخذ هذا الاتجاه أبو بكر محمد بن الحسن بن دريد في كتابة ( جمهرة اللغة (
ب‌) ترتيب الكلمات بحسب الحرف الأول مع تجريد الكلمة من الزوائد واتخذ هذا الاتجاه ابوعمرو الشيباني صاحب كتاب الجيم وقد سمى كتابه بالجيم تشبيه له بالديباج لحسن وقد قدم بأب الواو على باب الهاء في كتابه

من سار على نهجه :
1-
المعجم الوسيط من عمل مجمع اللغة العربية بالقاهرة
2-
ابن فارس في معجم مقاييس اللغة
3-
المنجد للويس معلوف اليسوعي


الترتيب بحسب الحرف الأخير من جذر الكلمة :
أن سبب اهتمام العلماء بالحرف الأخير من الكلمة في ذلك الوقت يأتي بسبب اهتمامهم بالشجع وحاجة الأديب الى الكلمات المتحدة في الحرف الأخير وأيضا قله عدد شعراء العرب وكثرة الأعاجم على الشعر وحاجتهم الى الألفاظ التي تتفق مع قوافيهم
وان أول من اتجه هذا الاتجاه هو إسحاق الفارابي في معجمه ديوان الأدب في بيان لغة العرب
وقد قسم كتابه الى ستة أقسام وهم:
)
كتاب السالم- المضاعف- المثالالأجوف – الناقص- الهمزة (
وقد قسم كل قسم الى قسمين الأول خاص بالأسماء والثاني خاص بالأفعال
وقسم الأقسام الى أبواب على أساس الأبنية

المعاجم القديمة

مختار الصحاح :
مؤلفه : محمد بن أبي بكر بن عبد القادر الرازي
وقد اقتبس معجمه من كتاب الجوهري ( تاج اللغة وصحاح العربية ) ولكن في إيجاز شديد يفي بما تدعوا إليه ضرورة الاطلاع السريع وتلبيه حاجة الألفاظ والأدباء ورجال الفقه واللغة

طريقة نهجه :
1-
رتب مواد معجمه على الالفبائية المالوفه مع اعتبار الحرف الأخير باب للمادة
2-
قسم معجمه الى 27 باب بعدد حروف الهجاء
3-
دمع كلمات الواو والياء في باب واحد
4-
الباب 28 جعله لكلمات المنتهية بالألف اللينة
5-
قسم كل باب الى 28 فصل حسب الحرف الأول من المادة الأصلية
6-
اهتم بالضبط
7-
أشار الى القواعد النحوية والصرفية بصورة موجزة
8-
يستشهد في شرحه بفصيح الكلام
9-
أضاف الى معجمه ما اهملة الجوهري في الصحاح من فوائد عثر عليها في مصادر أخرى كتهذيب اللغة للأزهري


لسان العرب :

مؤلفه : ابوالفضل جمال الدين بن منظور الأنصاري
اعتمد في كتابه على مواد كتب قديمة مثل : تهذيب اللغة للأزهري- والمحكم والمحيط الأعظم لابن سيده الأندلسي - وتاج اللغة وصحاح اللغة للجوهري - وجمهرة اللغة لابن دريد - والنهاية في غريب الحديث والأثر لابن الأثير


طريقة نهجه :
1-
قسم الكتاب الى أبواب والأبواب الى فصول
2-
خالف الجوهري وقدم باب الهاء على باب الواو
3-
جمع الكلمات المنتهية بواو وياء في باب واحد
4-
خصص الباب الأخير للكلمات المنتهية بالألف اللينة
5-
حرص على تسمية أبواب معجمه وفصوله
6-
يتحدث في بداية كل باب عن الحرف المخصص له وصفاته
7-
سلك في ضبط الكلمات عدده طرق
8-
الاهتمام بالمسائل النحوية والصرفية والفقهية
9-
الاستشهاد الكثير بعدد من الشواهد
10-
الإشارة الى لغات القبائل العربية وذكر البلدان والأعلام

القاموس المحيط

مؤلفه : ابوطاهر مجد الدين الفيروز أبادي
وهو أول من استخدم كلمة قاموس بدلا من معجم
وقد تأسس الفيروز أبادي في قاموسه بالجوهري صاحب الصحاح الا انه لم يسلم من نقذه اللاذع ثم أضاف الفيروز أبادي على معجمه عشرين ألف مادة فوق أربعين ألف سبقه بها الجوهري في الصحاح

طريقة نهجه :
1-
سار على منهج الجوهري في تقسيم الأبواب والفصول
2-
قسم قاموس الى 27 باب
3-
قسم كل باب الى 28 فصل
4-
جعل الباب الأخير للكلمات المنتهية بألف اللينة
5-
دمج الكلمات المنتهية بالواو والياء في باب واحد
6-
وضع المادة في صورة الاسم او صورة الفعل
7-
عند عرضه لمواد الواو او الياء يبين نوعها برسم الواو او الياء قبلها
8-
استخدم رموزا تدل على الاختصار
9-
هتم بالأعلام والأماكن والمدن والنبات


أساس ألبلاغة
مؤلفه : أبو القاسم الزمخشري
وكتابه كتاب بلاغي وقد رتب كلمات الكتاب حسب أول حرف من الأحرف الأصلية للكلمة
طريقة نهجه :
1-
رتب مواد معجمه بحسب الحرف الأصلي الأول للكلمة مع مراعاة الحرف الثاني والثالث
2-
اهتم بعرض وجوه الإعجاز في المعاني
3-
اهتم بعرف المعني الحقيقي والمجازي للكلمة
4-
لم يهتم بتتبع معاني مفردات الكلمة ولا مشتقاتها
5-
لم يهتم الزمخشري على ضبط معجمه الا قليلا
المعجم الوسيط

مؤلفه : مجمع اللغة العربية بالقاهرة
والكتاب صدر في جزأين وكان هدف المجمع من الإصدار الجزء الثاني هو المحافظة على سلامة اللغة العربية وان يجعلها وافيه بمتطلبات العلوم والفنون في تقديمها ملائمة لحاجات الحياة في العصر الحاضر
طريقة نهجه :
1-
قسم هذا المعجم الى 28 باب
2-
اهتم بالألفاظ القديمة والحديثة للكلمة
3-
أفاد المعجم من قرار مجمع اللغة بإطلاق القياس ليشمل ما قيس وما لم يقس ليزيد من الثروة اللغوية ويفي بمطالب العصر
4-
الحرص على الاستعانة بالرسوم
5-
هجر المعجم الغريب الوحشي والألفاظ المهجورة
6-
عرف الأعلام بإيجاز شديد
7-
استخدم المعجم عدد من الرموز للاختصار
8-
استعان بشواهد من القران والحديث والسنة والشعر والأمثال