Thursday 11 February 2010

...Alangkah BeruntunGnya Pelajar Major Bahasa Arab Sekiranya....?


Semalam (RABU 10/2/2010) ada meeting fakulti bahasa...ada beberapa perkara yang menarik untuk dirancang dan diambil tindakan secara drastik. Rasanya mula semester ini beberapa orang pelajar UPSI English Education akan buat praktikal mereka selama dua semester di sekolah kat Korea. Kalau tak silap. Rasa-rasanya jumlah mereka seramai 49 orang dengan dibiayai oleh UPSI.

Dekan pun ada cakap, kalau boleh lepas ini aktiviti seperti ini boleh dipanjangkan untuk beberapa program lain seperti bahasa cina, tamil dan yang paling penting BAHASA ARAB.

Ustaz amat harapkan agar pelajar-pelajar major Arab UPSI yang merupakan FAUJUL AWWAL sekitar 37 orang dapat buat praktikal di sekolah-sekolah di negara Arab. Supaya mereka dapat merasakan bi'ah dan suasana Arab yang sebenarnya. Supaya mereka dapat memperkukuhkan lagi uslub bahasa arab mereka. Supaya mereka rasa yakin dengan diri sendiri sebelum masuk ke alam perguruan yang sebenarnya. Supaya mereka rasa tidak kesal belajar di UPSI berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Selalunya UPSI ini dilabelkan sebagai pilihan terakhir, dah kena lelong akhir sekali dah tak dapat ke mana-mana masuklah UPSI. Supaya tanggapan seperti ini tidak lagi berulang. Supaya selepas ini ramai masyarakat luar akan pandang betapa hebatnya UPSI. Supaya selepas ini kemasukan pelajar baru tidaklah sepi dan sunyi sahaja sehingga pelajar asal bahasa arab terpaksa ditukarkan major pendidikan Islam kerana jumlah yang terlalu sedikit.

Langkah yang perlu di ambil dengan segera supaya tidak ketinggalan (masih lagi berpeluang sekiranya bermula dari sekarang) adalah merancang satu paper work bersama pensyarah. Jadikan ia sebagai projk akhir sebelun antum semua takharuj. Guna power pensyarah-pensyarah tertentu yang ada kedudukan dan cakap mereka ini didengar oleh orang atas. Antum kena bergerak dengan pastas. Jangan jadikan ia sebagai satu angan-angan, tapi jadikan ia sebagai satu cabaran dan impian yang harus dicapai.

Ustaz terfikir sekadar boleh bagi pandangan dan idea. Kalau boleh ustaz nak lihat antum semua dapat seperti mana orang lain dapat. Kenapa English boleh, kenapa bahasa Arab tak boleh, apa kurangnya bahasa Arab ini. Antumlah orang yang perlu memperjuangkan nasib antum sendiri di bumi UPSI ini. Ustaz teringin sekali membantu. Tapi..banyak tapinya:

1. Proposal phd tak siap lagi.
2. Research pun tak tulis lagi
3. Buku pun tak terbit lagi.
4. Artikel pun tak mula lagi
5. Kuliah sem ini padat sangat.
6.Kertas soalan tadi baru siap.
7. Laporan leksikografi tak buat lagi.
8. Dr. Esmeet minta tolong terjemahkan module dia. Minta maaf tak dapat tolong. Dia macam terasa aje.
9. Kitab sirah Ibn Kathir seminggu sekali kena baca (kuliah di masjid)
10. Kitab tafsir ar-razi seminggu sekali kena baca (kuliah di masjid)
11. Teks khutbah Jumaat kena buat, sebulan 2 kali bertugas.
12. Kelas bahasa Arab RISDA untuk ibu-ibu seminggu sekali. Kena telaah juga.
13. Asigntment pelajar menyusul sedikit demi sedikit.
14. Soalan dan kertas kuiz menyusul sedikit demi sedikit.
15. Al-qur'an pun tak dapat nak hafaz sepenuhnya lagi. Bilalah nak ada al-Qur'an di dada ni. Antara impian yang belum tercapai lagi.

Kadang-kadang ustaz terpaksa padam lampu dekat office, sebab ustaz tak sempat nak settlekan semua tu dengan harapan tiadalah sesiapa yang datang. Tetapi bila pelajar datang ada juga yang ketuk pintu, tak sampai hati rasanya, ustaz persilakan juga. Ustaz benar-benar minta maaf. Kadang-kadang ustaz sering lewat ke kuliah, bukannya ustaz tidur di office, tapi ada aje halangan. Selalu juga terfikir macam manalah duit gaji yang ustaz dapat bulan-bulan tu, adakah benar-benar HAK ustaz? Tadi prof "Z" datang ke fakulti, so maksudnya kena tangguh lagi kuliah. Sempat bersembang dengan En. Sidek (TESL), dalam 10 tahun ni nak kumpul duit banyak-banyak nak tanam sawit, then nak berhenti! Sekarang ni nak berjemaah kat masjid pun tak dapat sepenuhnya. Sebuklah cari dunia yang bersifat sementara ini.

Kalau boleh memang ustaz nak bantu antum....tapi itulah tapinya. Harapan ustaz antum bergeraklah, rancanglah secara berpasukan sebab ini semua adalah untuk kebaikkan antum semua. Perkara-perkara yang tak penting abaikan dahulu. Benarlah kata imam Hassan Al-Banna: Sesungguhnya kewajipan itu lebih banyak dari waktu....

Monday 8 February 2010

...Seorang Aje Tokoh Malaysia Yang Tersenarai Dalam 50 Tokoh Muslim Paling berpengaruh Dunia 2009...



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009. Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibagi kepada 15 kategori, antara lain kategori ulama, politik, cendikiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal. Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamanya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama. Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah "AA Gym" Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama. Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas antara lain, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku "The 500 Most Influential Muslim 2009" adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut.

Saturday 6 February 2010

...Adab Memanggil Nabi Muhammad saw...



ust ..apakah hukum org yang panggil nabi dengan perkataan "DIA".kalau boleh kemukakan dalil sekali. Tq”

Ustaz Menjawab: Dalam Islam, selain bab akhidah, syariat, di sana ada bab akhlak. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad Saw, tauhid yang dibawa adalah satu, iaitu menyembah Allah swt tuhan yang satu. Selain itu, akhlak juga adalah sama. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad saw semuanya menyuruh melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tiada satu pun nabi yang keluar dari landasan akhlak mahmudah ini. Akhlak ini adalah sebagai perhiasan dari kita untuk menunjukkan bahawa kita adalah orang yang beradab. 

Contohnya untuk orang lelaki sah sekiranya solat sekadar memakai kain sarung menutupi pusat dan lutut tanpa memakai baju. Tetapi dari segi akhlaknya adalah tidak beradab dengan Allah swt. Sekiranya ada janji temu dengan kekasih maka akan berhias, tetapi kenapa bila mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan ala kadar sahaja. Begitulah juga adab dengan nabi kita Muhammad saw. Antara adab dengan baginda saw adalah bagaimana mahu memanggil nabi Muhammad saw. Adakah memadai sekadar memanggil nama baginda saw sahaja atau sebaliknya. Firman Allah swt  yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.               (Qs. Al-Hujarat 49 : 2-4)

Dalam ayat tersebut Allah mengajarkan adab yang mulia kepada kaum mukminin, iaitu berupa larangan mengangkat suara keras di hadapan Rasulullah Saw, baik dalam mengucap salam atau selawat kepadanya, atau sedang membicarakan sesuatu yang lain. Ini adalah penghormatan dan pengagungan terhadap kedudukan baginda saw, sebab mengangkat suara di hadapannya bererti tidak menjaga rasa hormat kepadanya.Dalam surat An-Nur 24 : 63 Allah swt berfirman:

Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.

Para ulama menjelaskan, Allah swt menyerukan kepada kaum muslimin untuk tidak memanggil Nabi saw seperti memanggil temannya sendiri, misalnya dengan mengatakan wahai Muhammad atau Ahmad, gunakanlah suara yang perlahan, tenang dan beradab ketika memanggilnya, Yaa nabiyallah atau Yaa Rasulallah Saw.

Allah pun memberikan alasan di balik diisyaratkannya adab ini, (kerana bimbang akan gugur amal-amal kamu), yakni dilarang bersuara keras dan meninggikan suara, sebab hal itu bisa menyebabkan hilangnya amal tanpa si pelaku sedar akan keadaan itu.

Maka Allah mengajarkan adab yang mulia dalam memanggil Nabi-Nya dan memberikan pujian-Nya kepada orang-orang yang telah mempraktikannya dengan bersuara perlahan di hadapan Rasulallah saw, penuh ketenangan dan kesopanan. Allah kemudian menganugerahkan khabar gembira kepada mereka ini, berupa maghfiroh (ampunan) dan pahala yang besar iaitu Surga.

Adapun firman Allah selanjutnya ( sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu…), dalam ayat ini Allah mencela sikap dan perangai sesetengah golongan dan sekaligus mensifatkannya sebagai kaum yang tidak berakal, kerana kaum yang dimaksudkan itu tidak menggunakan adab yang semestinya memanggil Rasulallah saw, mereka meninggikan suara dari belakang kamar.

Nas-nas yang dibawakan menetapkan bahawa adab ini harus dilakukan sama ada ketika hayat Rasulallah saw ataupun sesudah baginda wafat. Abu Bakar Al-Siddiq ra berkata, “Tidak sewajarnya mengangkat suara dihadapan Nabi Saw, baik ketika masih hidup ataupun sesudah meninggal”.

Begitulah pendapat para ulama, bahawa meninggikan suara pada makam Nabi Saw sangat tidaklah disukai sebagaimana ketika baginda saw masih hidup, sebab kehormatan baginda Saw tetap harus dijaga dengan baik dalam kehidupan baginda ataupun selepas kewafatan.

Maka bagi para peziarah, hendaknya beradab dan tidak meninggikan suaranya di dalam Masjid Nabawi atau di makam Nabi Saw, ketika mengucap selawat dan salam, atau ketika membaca Qur’an, zikir atau bertasbih. Adab ini hendaknya dilakukan sebagai rasa tunduk terhadap perintah wahyu dan penghormatan terhadap penghuni kamar yang mulia (Rasulallah Saw).

Untuk itu, ketika mengucapkannya dia harus memulai dengan, “Assolatu wassalamu alaika ya Rasulallah way a Nabiyallah”, dan jangan mengucapkan “assolatu wassalamu ya Muhammad” atau ya Ahmad. Ayat berikut ini tertulis di atas gerbang makam Nabi Saw untuk mengingatkan para peziarah, iaitu ayat :


Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.                         (Qs. Al-Hujarat 49 : 3)

...Kisah Rabiatul Adawiyyah...


“salam ustaz, sy nak kepastian.kwn sy dpt msj dr suaminya.ktnya: ktnya "awk bliklh, kt bercerai dkt mhkmah.kt dh xblh hdup skali dh. kt akan bercerai". apakah jtuh talak suami brkt cm 2?apa y ptut dbuat?

Ustaz menjawab : Talak tidak jatuh lagi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh suami. Sekarang ini Pejabat Agama memperuntukkan talak perlu dijatuhkan di dalam mahkamah demi untuk menjaga kepentingan dan hak wanita. Mana-mana talak yang luar mahkamah hukumnya adalah sah sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan perlu membayar sejumlah denda.

Ungkapan suami yang menunjukkan talak belum berlaku: bercerai dkt mahkamah  dan kita akan bercerai. Maksudnya talak akan digugurkan di mahkamah, selagi tidak berada di mahkamah maka talak tidak berlaku.

Talak adalah jalan penyelesaian yang terakhir, sekiranya demi untuk kebaikkan bersama dan agar tidak berlaku mana-mana kezaliman pada pasangan di samping untuk mengelakkan daripada berlakunya penderhakaan kepada pasangan, maka talak itu diharuskan dalam Islam. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Ketaatan seorang anak adalah kepada ibu bapanya, dan ketaatan seorang isteri adalah kepada suaminya selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Hidup berumah tangga ini kadang-kadang tidak seindah yang disangkakan, tidak sehebat yang diimpikan. Dalam hidup berumah tangga perlu banyak bersabar, saling faham memahami dan bertolak ansur. Suami perlu faham tanggung jawabnya dan perlu dilaksanakan amanah tersebut. Isteri pula perlu faham akan situasi dan kedudukannya sebagai seorang isteri dan perlu memahami tanggung jawab seorang suami.

Apabila berlakunya perkahwinan maka tanggung jawab seorang gadis berpindah dari ibu bapanya kepada suaminya, tetapi seorang lelaki apabila berlaku perkahwinan, tanggung jawab yang sedia ada kepada ibu bapa tidak beralih sebaliknya kekal dan perlu memikul tanggung jawab satu lagi iaitu tanggung jawab terhadap isterinya. Bertambahnya tanggung jawab untuk seorang suami, tetapi untuk isteri beralih atau berpindah tanggung jawabnya.

Perkahwinan itu satu ibadah, jangan melihat perkahwinan itu dari sudut nafsu sahaja. Kita berkahwin untuk mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah. Sekiranya melalui perkahwinan boleh mendekatkan diri kita kepada Allah maka perkukuhkanlah perkahwinan itu, Tetapi sekiranya perkahwinan itu akan menjauhkan dan melalaikan kita dari Allah swt maka hindarilah ia. Perkahwinan itu memerlukan kepada ilmu yang secukupnya dan tidak mencukupi dengan bekalan nafsu semata-mata. Rasulullah saw sendiri pun pernah mengalami masalah rumah tangga dengan isteri-isteri baginda, apalah lagi kita manusia biasa ni.

Kisah Rabiatul Adawiyah yang menolak pinangan Hassan al-Basri dengan memberikan 2 alasan:

1.      Aku ini wanita dianugerahkan dengan 9 nafsu dan 1 akal, dan kamu lelaki dianugerahkan 9 akal dan 1 nafsu. Kenapa aku boleh mengunakan akal ku yang 1 untuk mengemudi nafsu ku yang 9, tetapi kenapa kamu lelaki tidak menggunakan akal mu yang 9 untuk mengemudi nafsu mu yang 1?


2.      Aku tidak mahu berkongsi cintaku kepada Pencipta dengan sesuatu yang lain. Cintaku sepenuhnya telah diberikan kepada Penciptaku. Pulanglah kamu…

...Qardawi Pun Difitnah...sah! tanda-tanda akhir zaman...


Dalam komentar pertamanya Syeikh Yusuf Qardhawi, presiden persatuan ulama Islam internasional terkilan atas insiden pemasangan poster-poster tentang dirinya di tebing barat yang sedang berjabat tangan dan berpelukan dengan para rahib Yahudi. Syeikh Qardhawi menyatakan bahawa hal tersebut membuktikan bahwa pihak penyokong Mahmud Abbas dalam keadaan terdesak telah melakukan penipuan serta fitnah untuk beroleh sokongan.
Qardhawi menyatakan hal ini dalam khutbah Jumaat beliau di sebuah masjid di Doha Qatar. Beliau menyatakan bahawa pihak penyokong Mahmud Abbas telah menyalah gunakan foto-fotonya di tebing barat disebabkan oleh fatwa beliau agar Mahmud Abbas di rejam kerana menyokong Israel menyerang Gaza, padahal Qardhawi sendiri berjabat tangan dengan para rahib Yahudi.
Dalam khutbahnya, Syeikh Qardhawi berkata: "Hal ini memperlihatkan bahawa penyokong-penyokong Mahmud Abbas benar-benar erdesak dan telah melakukan penipuan serta fitnah". Qardhawi menjelaskan bahawa para rahib yang berkunjung ketempatnya serta berjabat tangan bahkan berpelukan dengan dirinya, merupakan rahib Yahudi yang menentang pendirian negara Israel dan anti zionisme. Gambar ini sebenarnya telah diekplotasi dan disalah-ertikan oleh golongan-golongan yang berkepentingan.
Sebelum ini Syeikh Qardhawi telah menggesa agar presiden Palestina, Mahmud Abbas di rejam di Makkah, setelah Abbas meminta penundaan pemungutan suara - berkaitan mengenai laporan dari Goldstone yang mengutuk kejahatan Zionis Israel sewaktu mereka melakukan keganasan di tebing Gaza.
Atas alasan inilah pihak Mahmud Abbas di tebing Barat melancarkan kempennya untuk menyerang peribadi Syeikh Yusuf Qardhawi melalui teks khutbah jumaat yang diedarkan ke masjid-masjid di tebing barat dan pemasangan poster-poster di tebing barat yang memaparkan Syeikh Qardhawi berjabat tangan dengan yahudi. Hal ini bertujuan untuk menggambarkan bahawa Syeikh Qardhawi pada dasarnya bermuka-muka dan tidak mempunyai pendirian yang tetap, dari satu sudut beliau menyerukan untuk berperang melawan Israel sedangkan di satu sudut yang lain pula beliau berjabatan tangan dan berpelukkan dengan para rahib Yahudi.
·         Syeikh Al-Azhar Tantawi mengharuskan Mesir membina tembok dengan alasan untuk menjaga kepentingan orang Mesir. Adakah beliau terlupa bahawa semua orang Islam itu adalah bersaudara, tidak dipisahkan oleh sempadan-sempadan negeri yang dipropagandakan oleh orang kuffar. Orang Palestine, orang Mesir, orang Jordan, orang Melayu semuanya adalah bersaudara, yang menyatukan kita adalah syahadah 1islam.
·         Mahmud Abbas sendiri seorang Arab Palestine yang beragama Islam dan pemimpin Parti Fatah tetapi sanggup untuk menangguhkan laporan terhadap tentera yahudi yang telah membunuh orang Palastine. Bodoh betullah arab sorang ni, sama macam Yaser Arafat, namanya je orang Arab Islam, tapi sokong yahudi. Berapa banyak nyawa orang Islam yang telah terkorban tidak pula diendahkan, asyik-asyik perdamaian, yang untung orang yahudi…betul kata Qardawi, manusia ni elok direjam je.
·         Dekat Malaysia pun ada juga yang macam ni, bila ulama masuk politik dan beri komen yang berdasarkan (……) krebeliti mereka sebagai ulama mula dipertikaikan. Kes di Negeri darul Ridzuan sebagai contoh terbaik, kesihan ulama tu dicemuh hebat. Baru-baru ni pula sudah ada tulisan di internet yang mempersoalkan krebeliti seorang “tokoh agama” yang tokey nasi kandar di negeri sebelah utara kerana memberi ulasan tentang politik. Harap-harap jangan jadi Ular dalam Semak udahlah. Wa Allahu ‘Alam. Kita ni  "1 islam, akhidah didahulukan, syariat diutamakan."

Friday 5 February 2010

...Resepi Nasi Arab (Ruz al-Maqlubah)...


Nasi Arab ni ada banyak jenis. Ikut negara masing-masing. Antara yang masyhur kat Jordan (rasanyalah) Mansaf Kambing/ Ayam, Maqlubah, Kabsah dan Bukhari. Kat Jordan Ruz Bukhari tak glemer sangat, tapi yang paling glemer Mansaf Kambing…sedap sangat. Tapi hari ni nak kongsi resepi Ruz  al-Maqlubah. Resepi ni dapat secara terus dari masa belajar di Jordan dulu. Tak silaplah belajar resepi ni dari Nabilah Syudaifat. Menjadi adat orang Arab menjemput tetamu datang ke rumah dan akan dihidangkan dengan nasi ni. Dulu masa belajar kat sana, seronok sangat kalau dapat jemputan makan ni. Nasi ini akan dilambakkan dalam dulang (macam orang tabligh makan, kat Jordan dulu memang budaya makan dalam dulang, dapat merapatkan ukhuwah, jimat dan berkat. Tapi kalau kat Malaysia ramai yang geli, makan pun guna sudu dan garfu, lebih barat dari orang barat) dengan ayam sekali.

Kalau orang Arab 3 orang boleh habiskan nasi tu, tapi kalau orang Malaysia, penat rasanya nak habiskan nasi tu. Adat mereka tak boleh makan sampai habis, kena tinggalkan sedikit dalam dulang tu, kalau makan sampai habis mereka akan tambah lagi, sebab pada mereka satu keaiban kalau tetamu makan sehingga habis seolah-olah tuan rumah tak cukup nak beri makanan. Lain bangsa lain adatnya. Kita orang Melayu kalau makan kena sampai habis, kalau tak nasi tu menangis (teringat masa kecil-kecil mak cakap macam tu).

Sempat juga tanya, kenapa namanya al-Maqlubah, jawapannya nasi tu bila dah masak akan di Maqlubkan (ditelangkupkan) ke dalam dulang, sebab itulah namanya al-Maqlubah. Setiap nama itu ada sejarah dan sebab dinamakan dengan namanya, Cuma kita selalunya yang tak prihatin. Ruz al-Maqlubah ini makan bersama dengan ayam dan salatah, ada juga yang tukar salatah dengan fattush…apa itu salatah dan apa itu fattush, kemudianlah, nak masak nasi dulu.

1.      Bahan 1
-          Beras yang telah dibasuh dan ditoskan.
-          Minyak Zaitun
-          Herba (kayu manis, biji rempah, bunga lawang, cengkih,pelaga,lada hitam, lada putih, kunyit, halia) dikisar halus. Nak selera Melayu boleh tambah serbuk kari atau serbuk kurma.
2.      Bahan 2
-          Terung, Lobak merah, bunga kobis, labu air, kentang- semua bahan ini digoreng. Boleh tambah apa-apa lagi sayur yang sesuai.
3.      Bahan 3
-          Ayam direbus sekejap sangat. Ambil airnya untuk masak nasi.
Caranya:
Beras yang telah ditos digaulkan dengan semua herba tadi. Kemudian diletak selapis demi selapis di dalam periuk. Letak beras, kemudian sayur, kemudian beras, kemudian ayam, kemudian beras, kemudian sayur, kemudian beras….begitulah seterusnya sehingga habis semua. Masukkan air rebusan ayam tadi dan minyak zaitun. Letak garam secukup rasa. Nak tambah maggie secukup rasa pun boleh. Sedia untuk dimasak. Masak macam biasa sampai nasi betul-betul masak.

Kalau selera Melayu tumis bawang besar dan bawang putih, kemudian barulah masuk bahan-bahan tadi.

Salatah : Tomato dipotong dadu, timun pun dipotong dadu, sedikit lemon di hiris dan ambil jusnya, sedikit garam. (selera melayu tambah cili merah, nenas etc)

Fattush : Sama macam salatah, bezanya ditambah sedikit minyak zaitun dan sedikit lada hitam. Siap untuk di makan. (Selera melayu atas nasi tabur daun sup dan bawang dan bawang goreng).

...Resepi Cendul Zaman Berzaman...


Buat sendiri cendul lagi sedap, yang jual-jual kat pasar banyak yang tak asli. Bukannya susah tetapi masa tidak mengizinkan. Asyik makan diluar sahaja,tak baik untuk kesihatan, banyak sangat bahan2 awet.

1. Isi Cendul
- 1 kilo tepung beras
- sedikit kapur makan (sireh)
- perahan air daun pandan (jangan guna perwarna)
- sedikit garam
- sedikit Air
Caranya : Campurkan semua bahan di atas, masak dan kacau dengan api yang sederhana. Hampir-hampir likat angkat dan terus tuang dalam acuan (acu diletak di atas baldi yang berisi air supaya cendul tidak melekat)

2. Air Gula : Masak gula melaka/gula merah/gula kabung dengan kulit kayu manis. Setelah masak tapis.

3. Bahan-bahan lain : Santan kelapa (air kelapa ketika belah kelapa jangan dibuang, dicampurkan sekali), sedikit garam, air gula putih, susu cair. Untuk yang gemar boleh tambah jagung/kacang merah/pulut....Siap