Friday, 17 December 2010

Ya Allah! Aku Rindukan Perjuangan Ini....

Hidup ini hanyalah pinjaman seketika yang diberikan oleh Allah s.w.t. Beruntunglah mereka yang menggunakan dunia ini untuk mencari kehidupan akhirat yang kekal abadi. Tapi ramai manusia yang terpesona dan asyik dengan nikmat dunia ini. Manusia sering kali tewas dengan hawa nafsu, Ya Allah! Peliharalah kami dari terpesona dengan tipu daya kehidupan di dunia ini. Ya Allah! Biarlah hati kami ini sentiasa merindui jalan perjuangan-MU, Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan mereka yang syahid dalam memdaulatkan kemuliaan agama-Mu di atas muka bumi ini. Slogan orang berjuang “be a good muslim or die as syuhada”….

Alangkah indah dan mulianya mereka ini, hayat mereka di dunia ini di sudahi dengan sebaik-baik kesudahan. Moga mereka berbahagia di akhirat kelak, Ya Allah aku rindukan perjuangan ini!

1. Sukarelawan dari Turki syahid diserang tentera yahudi pada 31 Mei 2010, ketika kapal bantuan dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

2. AsSyahid Dr Aziz Ar Rantisi
"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang. Seandainya Rantisi, AzZahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam dan semuanya gugur syahid, demi Allah kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan2 kita mengenggam senapang di dunia. InsyaAllah roh2 kita akan berpelukan di sisi Allah. Untuk itu biarkanlah Sharon dan kawan konspirator menggantung harapannya disini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini". Amanat terakhir. Syahid 17 April 2004.

3. AsSyahid Hassan Al Banna
Syahid pada 12 Februari 1949. Seorang Mujaddid abad ini.

4. AsSyahid Sheikh Ahmad Yassin
Syahid 22 Mac 2004 dibom Yahudi

5. Yahya Ayyash
Seorang engineer HAMAS yang sangat ditakuti oleh Israel, Pakar dalam membuat bom. Syahid pada 5 Januari 1996 dibom melalui satelit apabila beliau mengangkat telefon bimbitnya.

6. As Syahid Nizar Muhammad Rayyan
Pemimpin kanan Hamas juga Mufti Hamas, terbunuh dibedil Israel di apartmen beliau. Syahid bersama keempat-empat isteri dan sepuluh orang anak. AsSyahid pernah menghantar anak lelakinya sebagai pengebom berani mati yang berjaya membunuh 2 askar Israel. Syahid pada 1 Januari 2009

7. As Syahidah Zainab al-Ghazali
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah. Syahid pada 8 Ogos 2005 memperjuangkan Islam sepanjang hayat semasa pemerintahan rejim Jemal Abdel Nasser Mesir.

8. Sister Aminah As Silmi
Presiden Internasional Union of Muslim Women, organisasi yang mengukir banyak prestasi di bawah kepemimpinannya. Syahid kemalangan kereta di Newport, Tennesse, Amerika Syarikat pada 6 Mac 2010. Mutiara dari bumi Amerika, kisah sayu dan ranjau sepanjang jalan dari kristianiti menuju mardhatillah.

9. Marwa Al Sherbini

Syahid pada 1 Julai 2009 ditikam 18 kali di hadapan suami dan anak dalam mahkamah Jerman mempertahankan hijab.Beliau hamil 3 bulan semasa ditikam. 

10. As Syahid Fauzi Ismail
Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama. Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka tercatatlah selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail . Syahid 28 Julai 1989.

11. As Syahid Ustaz Ibrahim Libya
Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh syahid. Polis memanggil operasi mereka sebagai ‘Operasi Angkara/ Operasi Hapus.

12. Almarhum Ustaz Fadhil Noor
Syahid dalam perjuangan Islam pada 23 Jun 2002

13. As Syahid Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

14. Syuhada Tak Bai selatan Thailand
Terbunuh syahid dalam tahanan tentera Thai pada 25 Oktober 2004. Penunjuk2 perasaan ini disumbat beramai-ramai dan bertindih-tindih dengan tangan terikat kebelakang dalam trak askar. 78 mati sesak nafas dan 35 mayat lagi ditemui terapung di dalam sungai.

15. Menunggu Hukuman Mati Sabit Kesalahan- Syeikh Abu Bakar Ba'asyir
Pada 13 Disember 2010, Abu Bakar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan beberapa jenayah mengikut undang-undang anti-keganasan, termasuk menyediakan dana untuk kegiatan pengganas dan menggalakkan orang lain melakukan keganasan, berhubung kem latihan militan yang ditemui di Aceh awal tahun ini. “Dakwaan paling berat ialah dia menghasut orang lain supaya melakukan jenayah keganasan, yang membawa hukuman mati,” kata Ketua Pendakwa raya Indonesia.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.terima kesih kerana memaparkan para syahid dan syahidah akhir zaman. Sesungguhnya mereka tetap hidup disisi Allah Taa'la. Secara peribadinya, saya terasa amat bangga kerana Allah telah memilih mereka untuk masuk ke SyurgaNYA. Insya Allah.Al Faatihah..Semoga roh-roh mereka aman di SANA. Amiinnn..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...mereka tetap mulia disisi Allah..semoga rakyat Malaysia lebih ramai yang akan mengikut jejak perjuangan Islam mereka bukannya asyik terleka dengan kehendak hawa nafsu yang tidak henti-henti terutamanya yang melibatkan para pemimpin pelbagai peringkat yang berlumba-lumba mengejar kekayaan dan wanita cantik. Ujian akhir zaman.

    ReplyDelete