Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhariy (hadith nombor 3563) dari Jabir bin Abdillah r.a dalam bab tanda-tanda
kenabian tentang perihalan tangisan pokok kurma kerana nabi s.a.w
menggantikannya dengan mimbar baru ketika berkhutbah:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلَى شَجَرَةٍ أَوْ نَخْلَةٍ، فَقَالَتْ لَهُ امْرَأَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ، أَوْ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلا نَجْعَلُ لَكَ مِنْبَرًا؟ قَالَ:"إِنْ شِئْتُمْ "فَجَعَلُوا لَهُ مِنْبَرًا، فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ذَهَبَ إِلَى الْمِنْبَرِ، فَصَاحَتِ النَّخْلَةُ صِيَاحَ الصَّبِيِّ، فَنَزَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَضَمَّهَا إِلَيْهِ، كَانَتْ تَئِنُّ أَنِينَ الصَّبِيِّ الَّذِي يَسْكُتُ، كَانَتْ تَبْكِي عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنَ الذِّكْرِ عِنْدَهَا.
Maksudnya: “Dari Jabir bin Abdillah r.a berkata, dahulu Rasulullah s.a.w pada hari Jumaat selalu berdiri di sebatang pokok kurma. Lalu seorang wanita dari kalangan Ansar berkata atau seorang lelaki: Wahai Rasulullah! mahukah engkau kami buatkan mimbar? Rasulullah menjawab: “Jika kamu sudi buatlah”. Lalu mereka membuatkannya. Bila tiba hari Jumaat, Rasulullah keluar menuju mimbar (yang baru itu), lalu menangislah pokok kurma itu seperti tangisan seorang bayi. Lalu Rasul s.a.w pun turun kemudian menyentuh pokok (kayu) yang menangis seperti tangisan seorang anak kecil dan ia pun diam. Pokok kurma itu menangis kerana kebiasaannya dahulu mendengar zikir yang diucapkan di sisinya”.
No comments:
Post a Comment