Tuesday, 5 January 2010

...Sehari Sepotong Ayat...



Pagi tadi lepas subuh sempatlah baca beberapa potong ayat al-Qur'an dengan kefahamannya. Tertarik dengan firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 188 :


﴿ وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Bermaksud : "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Termenung sejenak dengan situasi umat Islam pada hari ini, lebih jelas lagi masyarakat Islam di Malaysia. Apa sahaja benda dilakukan untuk menghalalkan cara. Halal haram tidak diambil peduli. Yang kaya terus kaya, yang berkuasa dengan rakusnya meratah harta yang tidak sepatutnya dimiliki. Hak orang miskin, anak yatim, orang awam tidak diagihkan sebaliknya terus menerus dizalimi dan ditindas.

Sebab tu orang kata di Malaysia ni bangunan banyak runtuh bukan sebab gempa bumi tetapi disebabkan RASUAH yang terlalu kuat. Macam mana engine jet pun boleh hilang,bukannya engine tu besar kotak mancis, tapi sebesar2 barang...cukup kelakar! Belum lagi disingkap scandal demi scandal....yang kenyangnya orang-orang yang ada jawatan dan kuasa. Yang diperbodohkan golongan orang awam. Tapi yang masalahnya ada lagi orang yang jahil yang terus je ikut tanpa usul periksa.

Pepatah Bangla ada kata...Melayu ni senang je nak kasi diam, bagi makan, perut kenyang, bagi hadiah sikit diamlah dia.....sebab tu khazanah negara yang sangat behrarga dirompak dengan jelas dan terang...diam dan terus diam.....
Intisari ayat:

1. Jangan makan sesuatu yang bukan milik kita, jangan ambil sesuatu yang bukan kita punya, haram.

2.Jangan memperdayakan orang dengan tujuan mengambil haknya dengan cara yang salah

3.Hakim-hakim yang dilantik kena amanah. Jangan ambil rasuah untuk memenangkan kes yang ada kepentingan untuk dirinya. Hakim jangan terima pakej pelancongan, hakim jangan main golf dengan pesalah. Tugas hakim ni berat...tapi sekarang ni betul ke krebiliti hakim dengan ayat di atas. Kes Linggam jelas lagi nyata jadi ukuran. Belum lagi tengok kes penghakiman Kerajaan Perak...macam tu pun ada ke...?

4. Jangan bagi rasuah untuk menang kes....Tiada mahkamah yang adil melainkan mahkamah Allah swt.

5. Mereka buat semua benda tu sebenarnya dalam keadaan sedar dan mengetahui. Tetapi mengapa ia tetap berlaku. Inilah ukuran keimanan seseorang. Kalau dunia yang di cari, maka dunialah yang diperolehi. Bak kata Mawi...apakah yang dikejar dalam hidup ini, kita singgah di dunia hanyalah sementara, penuh tipu daya....




No comments:

Post a Comment