Thursday 14 July 2011

Kisah Sahabiah Zamiya binti Ashras At-Tamimiyah As-Saffirah...


ظمياء بنت أشرس التميميةالسفيرة من بني بهدلة بن عوف بن سعد بن زيد مناة بن تميم صحابية وقع ذكرها في حديث طويل أخرجه الفاكهي في كتاب مكة قال حدثني محمد بن إسماعيل بن أبي رزين حدثنا حجاج بن محمد عن حفص بن عبد الرحمن الأموي قال زعموا أن النبي صلى الله عليه وسلم لما نزل المدينة وأسلموا جعلوا يأتونه من مياههم ومنازلهم فبعث بنو سعد بن زيد مناة بن تميم امرأة من بني بهدلة بن عوف يقال لها ظمياء بنت أشرس في ماء بالدور وكانت عبد القيس قد ادعته في الجاهلية حتى كان بينهم قتال وبعثت عبد القيس وافدا لهم أخد بني الحارث فسار حتى نزل ماء بالجرف فوجد عليه امرأة قد قطع بها وهي وافدة بني سعد فسألها العبدي ما بالها فقالت أردت هذا النبي النازل يثرب فقطع بن دونه فتذمم الرجل منها وقال إن معنا فصلا فحمل حملها ولم يسألها عما جاءت به حتى دفعا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فتقدمت المرأة فقالت يا رسول الله بعثني إليك بنو بهدلة بن عوف فذكر مثل القصة التي وقعت لأبي الحارث بن حسان مع المرأة وقالت إن تمكن عبد القيس من الدور تهلك مضر فقال العبدي أعوذ بالله أن أكون كوافد عاد فذكر القصة بطولها.

Thursday 7 July 2011

Jarak antara Azan dan Iqamah untuk Solat Fardhu



Ulama sepakat mengatakan sesungguhnya perlu ada jarak antara azan dan iqamah untuk solat fardhu lima waktu melainkan solat Maghrib. Adapun untuk solat magrib ulama berselisih pendapat dan pendapat yang masyhur mengatakan ia perlu disegerakan kerana waktu maghrib adalah singkat. Pendapat ini berdasarkan kepada dalil Al-Qur’an al-Karim, Hadith Nabi s.a.w dan juga ra’i (akal).
1. Dalil dari al-Qur’an al-Karim firman Allah s.w.t dalam Surah Fussilat ayat 33:
{وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ}
Tafsiran ayat ini menurut Imam At-Tabari dalam kitabnya Jami’ Al-Bayan Fi al-Takwil Al-Qur’an (11/110) diriwayatkan dari Abu Imamah al-Bahaliy r.a sesungguhnya muezzin melaungkan azan adalah untuk mengajak manusia mendirikan solat dan disunatkan melakukankan solat sunat dua rakaat antara azan dan iqamah.
2. Dalil dari hadith nabi s.a.w adalah hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin al-Mughfil al-Mazni sesungguhnya nabi s.a.w bersabda: “بين كل أذانين صلاة –ثلاثاً-لمن شاء” maksudnya antara dua azan (yakni azan dan iqamah) solat-diulang 3 kali- kepada sesiapa yang berkehendakkan”
Hadith lain yang diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a: “كان النبي-صلى الله عليه وسلم-يصلي ركعتين خفيفتين بين النداء والإقامة من صلاة الصبح” maksudnya sesungguhnya nabi s.a.w solat sunat dua rakaat yang ringan (solat yang sederhana) antara laungan azan subuh dan iqamah.
Hadith lain yang diriwayatkan dari Jabir bin Samrah r.a mengatakan:
كان مؤذن رسول الله-صلى الله عليه وسلم- يؤذن ثم يمهل، فلا يقيم حتى إذا رأى رسول الله-صلى الله عليه وسلم- قد خرج، أقام الصلاة حين يراه"” maksudnya muezzin nabi s.a.w melaungkan azan kemudian berlengah seketika, tidak iqamat melainkan apabila melihat nabi s.a.w, apabila nabi s.a.w keluar dari rumah baginda s.a.w maka dilaungkan iqamat.
3. Dalil dari ra’i (akal) pula mengatakan sesungguhnya azan itu ditasyrikan sebagai satu medium untuk mengkhabarkan waktu solat kepada manusia. Oleh itu adalah disunatkan menunggu manusia berkumpul untuk melaksanakan solat secara berjemaah. Ini bertepatan dengan fungsi azan itu sendiri yang bertujuan untuk mengkhabarkan kepada manusia tentang masuknya waktu solat lantas mereka dapat melaksanakan solat itu secara berjemaah.
Jarak antara azan dan iqamah dapat memberi peluang kepada Jemaah untuk melaksanakan solat sunat (terutama solat sunat muakkad qabliah: dua rakaat sebelum subuh dan dua rakaat sebelum zohor).


Kadar jarak antara azan dan iqamah
Perkara ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama.
1. Mazhab Hanfi:
- Untuk solat subuh jaraknya sekadar bacaan 20 ayat yang ringan.Manakala untuk solat zohor jaraknya pula sekadar dapat solat sunat 4 rakaat dan setiap rakaat dengan bacaan sekadar 10 ayat. Untuk solat asar pula sekadar dapat solat sunat 2 rakaat dan setiap rakaat dengan bacaan 10 ayat. Untuk solat magrib pula jaraknya hanya sekadar bacaan 3 potong ayat yang biasa. Ada pun waktu Isyak sama dengan kadarnya waktu zohor. Perlu diingatkan tempoh jarak-jarak ini bukanlah sesuatu yang tetap tetapi ia fleksibel dengan melihat kepada kemampuan Jemaah untuk datang berjemaah dan meraikan masuknya waktu solat. (lihat Bada’i al-sona’i, jilid 1,m.s:150).
2. Mazhab Syafie:
- Sebahagian Syafieiyah mengatakan jarak antara keduanya sekadar dapat mengumpulkan Jemaah untuk melaksanakan solat secara berjemaah. Ditambah sebagian Syafieiyyah yang lain pula dengan mengatakan sekadar dapat melaksanakan solat sunat sebelum solat fardhu.
3. Mazhab Hanbali:
- Kebanyakkan mereka berpendapat jarak antara keduanya ialah sekadar tempoh waktu untuk berwuduk dan seterusnya melakukan solat sunat dua rakaat. Berkata sebahagian yang lain pula sekadar dapat menyelesaikan hajatnya (buang air kecil & besar), berwuduk dan solat sunat dua rakaat. Manakala berkata sebahagian yang lain pula jaraknya merangkumi tempoh masa untuk dia menunaikan hajatnya, berwuduk, solat dua rakaat dan ditambah pula tempoh untuk makan dan minum sekadar yang perlu.
Beberapa pendapat lain:
1. Syeikh Abdulllah al-Basam dalam kitabnya “Taudih al-Ahkam” mengatakan yang sebaiknya ialah jarak antara keduanya ialah dapat menyediakan Jemaah untuk hadir bagi melakukan solat secara berjemaah. Ini meliputi waktu apabila mereka mendengar laungan azan itu membangunkan mereka dari tidur, membersihkan diri dari hadas besar dan hadas kecil, memakai pakaian, makan dan minum bersandarkan kepada hadith nabi s.a.w: “اجعل بين أذانك وإقامتك مقدار ما يفرغ آكل من أكله” maksudnya jadikanlah jarak antara azan dan iqamah sekadar tempoh seseorang yang makan dan dapat menghabiskan makanannya (hadith ini diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi tetapi didaifkan oleh Syeikh Al-Bani). Jarak untuk menunggu kehadiran Jemaah itu tidaklah terlalu lama sehingga boleh mengganggu Jemaah lain yang sememang telah datang awal ke masjid.
2. Pendapat yang mengatakan jarak yang perlu dilakukan adalah bergantung kepada Ijtihad Imam Masjid itu sendiri dengan mengambil kira beberapa aspek:
1. Waktu yang disunatkan/digalakkan untuk melakukan solat. Ini kerana ada hadith nabi s.a.w yang bermaksud antara amalan paling yang disukai oleh Allah s.w.t adalah solat pada waktunya. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj nabi s.a.w juga ditunjukkan oleh Allah s.w.t tentang azab yang menimpa umatnya kerana dosa melengahkan solat.
2. Kemampuan Jemaah untuk hadir ke masjid. Contohnya sekiranya hari biasa Jemaah dapat datang awal ke masjid disebabkan tiada apa-apa halangan, maka jarak antara azan dan iqamah adalah singkat sahaja. Tetapi dalam situasi lain pula, contohnya hari hujan yang mengakibatkan halangan kepada Jemaah untuk datang awal ke masjid, maka jarak antara azan dan iqamah boleh dilewatkan seketika. Ini berdasarkan kepada peristiwa di mana nabi s.a.w ada ketikanya apabila dilaungkan azan maka baginda s.a.w keluar ke masjid, dan apabila melihat bilangan Jemaah yang sedikit maka baginda s.a.w akan duduk seketika menunggu Jemaah sehingga ramai barulah iqamah dilaungkan. Ada ketikanya pula baginda s.a.w keluar apabila azan dilaungkan dan melihat bilangan Jemaah yang ramai maka terus iqamah untuk solat. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a :” كان النبي-صلى الله عليه وسلم-يصلّي... العشاء أحياناً وأحياناً: إذا رآهم اجتمعوا عجل، وإذا رآهم أبطئوا أخر” maksudnya nabi s.a.w solat Isya kadang-kadang macam ini, dan kadang-kadang macam ini: iaitu apabila baginda s.a.w melihat bilangan Jemaah sudah berkumpul (ramai) maka disegerakan solat, dan ada ketikanya apabila baginda s.a.w melihat bilangan Jemaah yang perlahan (sedikit) maka baginda s.a.w melewatkan solat (hadith diriwaytkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab waktu-waktu solat, bab waktu Maghrib no560).
* Apapun bergantung kepada individu itu sendiri, mereka yang menjaga solat mereka sedaya upaya untuk melakukan solat pada waktunya, tetapi mereka yang ambil mudah dalam urusan solat ini sedaya upaya mencari alasan dan kelonggaran dalam melaksanakan solat. Ini kerana solat itu amatlah berat melainkan untuk mereka yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. Ada golongan yang solat pun akan mendapatkan kemurkaan Allah s.w.t kerana mereka melakukan solat dalam keadaan malas….firman Allah s.w.t yang bermaksud: celakalah mereka yang bersolat….
* Imam Ali r.a berkata, amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah mereka yang bangun pada waktu malam yang sangat dingin (musim sejuk) dan mengambil wuduk lalu solat kepada Allah s.w.t dan mereka yang berpuasa pada siang hari yang sangat panas (musim panas) sedangkan pada masa itu berhajatkan kepada makanan dan minuman.