Sunday, 28 June 2015

RAMADHAN BULAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T


Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipanjangkan usia sehingga dapat bertemu Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya rahmat dari Allah s.w.t adalah terbuka seluas-luas sepanjang dalam bulan Ramadhan ini. Persediaan menyambut Ramadhan ini bermula seawal bulan Rejab dengan doa: (اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ) dan sekarang ini Allah s.w.t telah memperkenankan doa kita dengan menemukan kita dengan Ramadhan untuk sekian kalinya. Oleh itu apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan setelah kita berada dalam bulan Ramadhan ini. Adakah kita telah melipat gandakan amal ibadah kita, menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t, menjaga hubungan kita sesama manusia, menjaga hubungan kita dengan alam sekitar dan sebagainya. Atau pun kita sekadar jadi pemerhati kepada bulan Ramadhan ini. Lebih malang lagi terdapatnya golongan yang merasakan bulan Ramadhan ini adalah sebagai satu bebanan dan masalah. Rebutlah peluang Ramadhan yang telah berada di hadapan mata kita. Sabda Nabi s.a.w:
أَتَاكُمْ رَمَضَانُ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ، فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.
Maksudnya: Sesungguh telah datang kepada kamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu berpuasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Demi Allah dalam bulan ini ada suatu malam yang kebaikannya lebih dari seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sesungguhnya telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” (2:186)

Huraian ayat:
* Tafsir al-Baghwiy menyatakan bahawa terdapat tiga peristiwa dalam ayat ini:
i.Orang Yahudi  berkata kepada penduduk Madinah, bagaimana mungkin Allah s.w.t mendengar doa seseorang hamba sedangkan nabi s.a.w pernah menyatakan yang jarak antara langit dan bumi adalah selama 500 tahun perjalanan kaki. Maka turunlah ayat ini.
ii. Seorang Arab Badui kepada Nabi Saw yang bertanya: “Apakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kami dapat munajat/memohon kepada-Nya, atau jauh, sehingga kami harus menyerunya?”. Nabi Saw terdiam, hingga turunlah ayat ini
iii. Lantas Nabi SAW bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan bersamamu.

* Ayat ini merupakan ayat Tauhid yang menunjukkan seorang hamba hanya meminta kepada Allah s.w.t sama ada dalam keadaan senang atau susah. Tidak mensyirikkan Allah s.w.t dengan meminta dan bergantung selain daripada Allah s.w.t.
* Perkataan (دَعَانِ) dalam ayat ini menunjukkan bahawa apabila seseorang hamba itu meminta sesuatu daripada Allah s.w.t, dua anggota perlu berjalan serentak iaitu lidah yang melafazkan dan hati yang membenarkan. Berdoa kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh, tidak putus asa dan ikhlas semata-mata keranaNya.
* Ayat doa ini terletak selepas susunan ayat kawajipan puasa, tatacara perlaksanaannya dan batas sempadannya. Ia menunjukkan hubungan yang rapat antara ibadat puasa dan doa- Sayyid Qutb. Antaranya ialah doa orang berpuasa adalah doa yang sangat mustajab. Hadith dari nabi s.a.w:
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ، وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَيَقُولُ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ.
Maksudnya: Ada tiga golongan yang tak akan ditolak doanya; Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yangg teraniaya. Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berfirman: Demi keagunganKu, sesungguh Aku akan menolong kamu walau pun beberapa saat.
 ﴿ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴾
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang bijak/cerdik ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang gagal adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah”.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ، وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ، وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ، ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، " أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى، قَالَ: آمِينَ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ، فَقَالَ: آمِينَ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: آمِينَ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ: آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ؟ قَالَ: لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ، ثُمَّ قَالَ: شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ، فَقُلْتُ: آمِينَ، ثُمَّ قَالَ: شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ، فَقُلْتُ: آمِينَ "

Wednesday, 6 August 2014

...Maksud huruf-huruf Arab dalam kitab Turath Arab...



Ketika membaca kitab turath Arab terutamanya yang berkaitan dengan ilmu lughat, pasti akan berjumpa dengan beberapa istilah huruf yang mungkin boleh mengelirukan contohnya istilah (مهمـَلة، معجمـَة، الموحدة، المثناة، المثلثة). Istilah-istilah ini sebenarnya merupakan sifat untuk betuk setiap huruf. Istilah ini dipelopori dan diguna pakai oleh sarjana silam untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Ini kerana, pada masa itu, huruf-huruf yang terdapat dalam bahasa Arab tidak mempunyai titik, oleh itu kaedah ini digunakan untuk membezakan satu huruf dengan huruf yang lain contohnya dalam kumpulan (ب ت ث) dan dalam kumpulan (ج ح خ). Sedikit panduan untuk rujukan bersama berkaitan dengan huruf-huruf Hija’iyyah dalam bahasa Arab yang terdapat dalam kitan turath.

Huruf (الألف) : Tidak mempunyai sebarang sifat.
Huruf (الباء)  : Dikenali dengan (الموحدة) bermaksud titik satu.
Huruf (التاء)  : Dikenali dengan (المثناة الفوقية) bermaksud dua titik, dibawah huruf.
Huruf (الثاء)  : Dikenali dengan (المثلثة), bermaksud tiga titik.

Huruf-huruf ini (الباء-التاء-الثاء) ini juga dikenali dengan nama huruf (المعجمة) yang bermaksud huruf-huruf yang mempunyai titik. Manakala huruf-huruf yang tidak mempunyai titik pula dikenali dengan nama huruf (مهملا). Kategori huruf-huruf ini seperti berikut:

المعجمة
المهملة
الموحدة
المثناة
الموحدة الفوقية
المثناة التحتية
الجيم
الحاء
الفاء
القاف
النون
الياء
الخاء
الدال




الذال
الراء




الزاي
السين




الشين
الصاد




الضاد
الطاء




الظاء
العين




الغين
الكاف





اللام





الميم





الهاء





الواو






Selain itu, huruf (الدال المعجمة) bermaksud huruf (الذال) dan huruf (السين المعجمة) bermaksud huruf (الشين).

Thursday, 27 March 2014

...Hadith Tentang Kelebihan Ahli Al-Qur'an di Akhirat Kelak...




رقم الحديث: 1179من كتاب شرح السنة للحسين بن مسعود البغوي 516

(حديث مرفوع) أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ أَحْمَدَ الْمَلِيحِيُّ، أنا أَبُو مَنْصُورٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَمْعَانَ، نا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ الْجَبَّارِ، نا حُمَيْدُ بْنُ زَنْجُوَيْهِ، نا أَبُو نُعَيْمٍ، نا بَشِيرُ بْنُ الْمُهَاجِرِ الْغَنَوِيُّ، نا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ:
كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمِعْتُهُ، يَقُولُ: تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلا يَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ" ثُمَّ سَكَتَ سَاعَةً، ثُمَّ قَالَ: "تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا الزَّهْرَاوَانِ، وَإِنَّهُمَا تُظِلانِ صَاحِبَهُمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ غَيَايَتَانِ، أَوْ فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، وَإِنَّ الْقُرْآنَ يَأْتِي صَاحِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يَنْشَقُّ عَنْهُ قَبْرُهُ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ، فَيَقُولُ لَهُ: هَلْ تَعْرِفُنِي؟ فَيَقُولُ: مَا أَعْرِفُكَ، فَيَقُولُ: أَنَا صَاحِبُكَ الْقُرْآنُ الَّذِي أَظْمَأْتُكَ بِالْهَوَاجِرِ، وَأَسْهَرْتُ لَيْلَكَ، وَإِنَّ كُلَّ تَاجِرٍ مِنْ وَرَاءِ تِجَارَتِهِ، وَإِنَّكَ الْيَوْمَ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تِجَارَةٍ، فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ، وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا، فَيَقُولانِ: بِمَ كُسِينَا هَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُمَا: بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ، ثُمَّ يُقَالُ: اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا، فَهُوَ فِي صُعُودٍ مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلا". هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ .

Hadith al-Marfu'. Diceritakan kepada kami Abd al-Wahid bin Ahmad al-Malihiy, diceritakan kepada kami Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Sam’an, diceritakan kepada kami Abu Ja’far Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Jabbar, diceritakan kepada kami Humaid bin Zanjuwaih, diceritakan kepada kami Abu Nu’aim, diceritakan kepada kami Basyir bin al-Muhajir al-Ghanawiy, diceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidat, daripada bapanya berkata:

Ketika aku duduk bersama-sama dengan nabi s.a.w, maka aku mendengar daripada baginda bersabda: Pelajarilah surah al-Baqarah sebab mempelajarinya adalah keberkatan & meninggalkannya adalah kerugian. Para penyihir tak berupaya untuk mengalahkannya. Kemudian baginda diam sesaat, lalu bersabda: Pelajarilah surah al-Baqarah & surah Ali Imran, sesungguhnya kedua-dua surah itu dinamakan 'al-Zahrawan' & kedua surah itu juga akan menaungi pembacanya pada hari kiamat. Kedua-dua surah seakan-akan seperti dua buah awan atau dua benda yang boleh menaungi manusia atau dua kumpulan burung yang melebarkan sayapnya. Sesungguhnya Al-Qur'an akan menemui pembacanya pada hari kiamat ketika kubur terbelah seperti seorang lelaki pucat (wajahnya karena takut). Ia berkata kepada pembacanya; Adakah engkau mengenaliku? Ia menjawab: Aku tak mengenalimu. Ia berkata; Aku adalah temanmu, Al-Qur'an yang telah menyebabkan kamu merasa dahaga ketika panas terik dan berjaga ketika waktu malam. Sesungguhnya setiap peniaga akan mempertahankan perniagaannya dan sesungguhnya aku pada hari ini akan mempertahankan setiap urusanmu. Lalu kekuasaan (al-Mulk) diberikan di tangan kanan pembaca Al-Qur'an itu & keberkekalan (al-Khuld) di tangan kirinya, serta dipakaikan mahkota kehormatan di kepalanya. Sementara kedua orang tuanya dipakaikan dengan dua pakaian yang tidak ternilai harganya walaupun dibandingkan dengan seisi dunia. Kedua orang tuanya berkata; Kenapa kami dipakaikan dengan pakaian ini? Dikatakan kepada keduanya; Kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an (membaca, memahami, menyakini dan mengamalkannya). Kemudian dikatakan kepadanya; Bacalah & naiklah ke tingkat-tingkat syurga serta bilik-biliknya. Maka ia pun terus naik selama ia membaca, baik secara cepat maupun secara lambat.

Martabat hadith ini adalah Hassan Qarib kerana terdapat padanya perawi yang dhaif iaitu Basyir bin al-Muhajir.