Monday 18 January 2010

...المعاني للفعل الأمر في اللغة العربية ...


المعنى للفعل الأمر
ومن معاني للفعل الأمر التي وردت في الأيات الكريمة:
1. ﴿وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ﴾ الوجوب
2. ﴿فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًۭا ۖ ﴾- الندب
3. ﴿كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ ﴾- الاباحة
4. ﴿ٱعْمَلُوا۟ مَا شِئْتُمْ ۖ ﴾- التهديد
5. ﴿وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْ ۖ ﴾- الارشاد
6. ﴿قلْ تَمَتَّعُوا۟ فَإِنَّ مَصِيرَكُمْ إِلَى ٱلنَّارِ﴾- الانذار
7. ﴿كُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ ﴾- الامتنان
8. ﴿ٱدْخُلُوهَا بِسَلَٰمٍ ءَامِنِينَ ﴾- الاكرام
9. ﴿كُونُوا۟ قِرَدَةً خَٰسِـِٔينَ﴾- التسخير
10. ﴿ كُن فَيَكُونُ ﴾- التكوين
11. ﴿فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِ﴾- التعجيز
12. ﴿ذُقْ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْكَرِيمُ ﴾- الاهانة
13. ﴿ٱصْلَوْهَا فَٱصْبِرُوٓا۟ أَوْ لَا تَصْبِرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْكُمْ﴾- التسوية
14. ﴿رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَٰتِحِينَ ﴾- الدعاء
15. ﴿ٱنظُرْ كَيْفَ ضَرَبُوا۟ لَكَ ٱلْأَمْثَالَ فَضَلُّوا۟ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلاً﴾- التعجب
16. ﴿قلْ فَأْتُوا۟ بِٱلتَّوْرَٰةِ فَٱتْلُوهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ ﴾-التكذيب
17. ﴿ٱنظُرُوٓا۟ إِلَىٰ ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَيَنْعِهِۦٓ﴾- الاعتبار
18. ﴿فَٱقْضِ مَآ أَنتَ قَاضٍ﴾- التفويض
19. ﴿ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ ﴾- الانعام

Saturday 16 January 2010

...Pencemaran Syariat...




Syariah menurut metodologi ilmu Islam membawa maksud apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk hambanya. Ia meliputi bidang akidah, ibadat, akhlak, muamalat, munakahat dan apa sahaja tata cara hidup di dunia ini. Semua syariat ini adalah sebagai panduan agar hambanya beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Namun begitu apabila disebut akidah dan syariah, kebiasaannya syariah akan lebih ditafsirkan sebagai hal-hal yang melibatkan perundangan atau tata cara hidup manusia di dunia. Pencemaran syariat adalah disebabkan manusia itu sendiri yang melanggar undang-undang Allah dan tata cara hidup sebagai seorang mukmin. Pencemaran syariat ini berlaku disebabkan oleh dua musuh utama umat Islam, pertamanya adalah syaitan dan keduanya ialah hawa nafsu. Selain itu, kefahaman Islam yang salah dan kurangnya ilmu berkaitan dengan Islam antara penyebab lain kepada berlakunya pencemaran syariat di kalangan umat Islam.

Friday 15 January 2010

...Sejarah Awal Wanita Berkathan...




Hadith Nabi saw menyebut tentang lima perkara fitrah manusia:
عن أبي هريرة رضي اللَّه عنه قال، قال رسول اللَّه الفطرة خمس أو خمس من الفطرة الختان، والاستحداد، ونتف الإبط، وقص الشارب، وتقليم الأظافر.                        - متفق عليه -
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah saw bersabda: “Fitrah itu ada lima: berkhatan, mencabut bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, mengunting misai dan memotong kuku”

Menjadi rutin setiap minggu Kitab Qashas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir akan ditelaah. Sampai kepada kisah Nabi Allah Ibrahim a.s. Mungkinlah sesuatu yang menarik dalam bab ini berkisarkan kepada kisah awal wanita berkhatan. Sebagaimana yang diceritakan oleh al-Suhailiy (ada pendapat yang mengatakan banyak yang Israeliyat kalau diriwayatkan oleh al-Suhailiy) bahawa isteri Nabi Ibrahim a.s Sarah disebabkan perasaan cemburu kepada Hajar kerana melahirkan Nabi Allah Ismail hasil hubungan dengan Nabi Allah Ibrahim, maka dia bersumpah untuk memotong tiga anggota badannya. Atas nasihat Nabi Allah Ibrahim untuk tidak memudaratkan isterinya, baginda menyuruh isterinya itu memotong (membuat lubang) di kedua belah telinga dan memotong (berkhatan) sedikit  cebisan daging yang ada di kemaluannya. Inilah sejarah awal bertindik dan berkhatan wanita di dunia ini.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Marfu’ bahawa Rasulullah saw memerintah supaya wanita Ansar berkhatan. Hikmah wanita yang berkhatan mampu untuk mencerahkan wajah dan menceriakan suami (أشرق للوجه، وأحظى للزوج).
Sehingga sekarang ibadat ini diwajibkan oleh Islam (Syafi’iah & Malikiyah) dan disunatkan oleh mazhab yang lain. Untuk agama Yahudi adalah satu kewajipan kerana mereka mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Agama Kristian pula sebahagian daripada mereka mengamalkan dan sebahagian yang lain tidak.

Wa Allahu ‘Alam
Sumber : Qashas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir, m/s 138

...Mana Nak Cari Anak Raja Macam Ni...Melainkan Di Kelantan Sahaja...



Adalah lebih afdal sekiranya seorang bapa yang sakit didoakan sendiri oleh anaknya. Inilah yang berlaku di negeri Kelantan. Pemangku Sultan menjadi imam solat hajat untuk memohon kesejahteraan ayahandanya. Susah nak dapat raja macam ni. Suatu ketika dahulu orang Perak bangga sebab Sultannya pernah menjawat jawatan sebagai hakim dan Raja Muda nya ada PHD. Kira tergolong dalam golongan cerdik pandai. Bukan senang nak cari keluarga bangsawan macam tu. Tetapi sekarang ni kemelut politik yang berlaku di Perak, nampak gayanya imej istana sangat tercalar.

Sekali lagi negeri Kelantan mendahului negeri-negeri yang lain. Macam mana usaha yang dilakukan untuk memburukkan imej Kerajaan Kelantan tetapi tidak berjaya, sebaliknya imej itu semakin bersinar. Inilah berkat kempimpinan ulama...baldatun toibah wa rabbur ghafur...


Thursday 14 January 2010

...Gerhana Matahari & Peristiwa Kewafatan Putera Ibrahim...




Hari Ini Insya-Allah akan berlaku Gerhana Matahari Separa bermula jam 3.15 petang. Gerhana bulan dan matahari adalah antara kebesaran Allah swt. Peristiwa gerhana matahari pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw dan kebetulan pada hari yang sama adalah hari kewafatan putera baginda Saidina Ibrahim. Masyarakat Arab Jahiliyah mendakwa bahawa peristiwa gerhana itu ada kaitan dengan kewafatan putera Ibrahim. Baginda saw bersabda:
إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتم ذلك فافزعوا إلى ذكر الله وإلى الصلاة.
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah.


...Manusia Ini Patut Ditembak Mati Sahaja!




Mahkamah Amsterdam mensabitkan lima dakwaan terhadap Geert Wilders, anggota parlimen Belanda dari kelompok sayap kiri pengarah filem "Fitna" yang menghina Islam dan Al-Quran.
Kumpulan penuntut pengadilan Wilders mengatakan dakwaan yang akan mereka ajukan untuk mengheret Wilders ke penjara sudah muktamad dan berada dalam proses yang terakhir. Ia akan diajukan dalam persidangan minggu depan. Wilders antara lain dikenakan tuduhan telah melakukan penghinaan agama dan melontarkan kenyataan anti-Muslim.

Seperti diketahui, selain memperlekehkan Al-Quran dalam filemnya yang berjudul "Fitna". Wilders yang dikenal anti-Islam kerap melontarkan kenyataan kebenciannya terhadap Islam dan Muslim. Wilders misalnya pernah menyebut Islam sebagai agama fasis, menggesa pengharaman kitab suci Al-Quran di Belanda dan menyebut Al-Quran sebagai kitab yang mirip buku Mein Kampf yang ditulis tokoh Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Wilders juga dikenakan dakwaan telah melontarkan kenyataan yang menghasut dan diskriminasi karena anggota parlimen Belanda itu pernah menyebut bahawa anak-anak muda asal Maroco sebagai anak-anak muda yang bengis, mengatakan juga bahawa sempadan Belanda harus ditutup untuk semua imigran non-Barat dan menyatakan bahwa "inovasi Islam" di Belanda harus dihentikan.

Meskipun dikenakan lima dakwaan berat, Wilders ternyata hanya terancam hukuman satu tahun penjara jika semua dakwaan itu terbukti. Hukuman yang sangat ringan bagi orang yang telah memperlekehkan agama dan melontarkan kenyataan-kenyataan provokatif terhadap Islam dan Muslim.

Tak hairan jika Wilders hukuman yang dikenakan padanya cuma sebuah "proses politik" dan ia menyatakan keyakinannya bahawa pengadilan tidak akan mengenakan hukuman yang berat padanya.


...Perang Fatwa ( Ulama Azhar ..VS ..Ulama Palestin & Al-Qardawi)




Percangghan dan perselisihan fatwa antara Ikatan Ulama Palestin (Rabithah Ulama Filasthin) dengan Ulama Mesir Al-Azhar (Majma al-Buhuts al-Islamiyyah) Al-Azhar Mesir telah berlaku dan mengelirukan banyak pihak terutamanya masyarakat awam. Ini memberi kelebihan kepada pihak Israel apabila ulama Islam sesama mereka bertelagah dalam menjaga kepentingan masing-masing dengan tidak melihat kepada maslahat Ummah Islam.

Ulama Palestin mengkritik tajam Al-Azhar, yang diketuai oleh Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi, berkaitan fatwanya tentang "halalnya secara syari'at bagi Mesir untuk membangun dan membina tembok logam di sepanjang sempadan antara Mesir-Gaza".

Berkaitan fatwa yang kontroversi oleh pihak Al-Azhar ini, Ulama Palestin mendakwanya dengan "fatwa dibayar" dan "sama sekali bukan fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani, dan pendengaran".
Sebelumnya, tercetusnya "perang fatwa" (harb al-fatwa) antara Al-Azhar dengan Ikatan Ulama Palestin berkaitan hukum membangun dan membina tembok logam di sepanjang sempadan wilayah Mesir-Gaza oleh pihak pemerintahan Mesir, yang panjangnya mencapai 5 kilometer serta tinggi dan dalamnya 13 meter.

Al-Azhar memandang apa yang dilakukan oleh pemerintahannya adalah "sah dan halal secara syara', bahkan diharuskan". Hal ini, menurut Al-Azhar, kerana sudah menjadi hak setiap negara untuk melakukan apa saja guna mengamankan daerah kekuasaannya, termasuk dengan membangun tembok benteng di sepanjang wilayah sempadan.

Fatwa tersebut bertentangan dengan fatwa Ikatan Ulama Palestin, yang menegaskan tindakan pembangunan tersebut haram secara syara'. Fatwa ini juga selari dengan fatwa yang diwartakan oleh Ikatan Ulama Muslim Internasional (yang diketuai oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi), Dewan Ulama Aljazair, Ikatan Ulama Syari'ah di Teluk Arab, dan lain-lain.

Fatwa Al-Azhar sendiri juga mendapat tentangan dari pihak dalaman Al-Azhar, iaitu oleh Front Ulama Al-Azhar (Jabhah 'Ulama al-Azhar).


Tuesday 12 January 2010

...في ذمة الله...(Belasungkawa)



القرضاوي بصحبة العلامة الراحل
فقر العباد إلى عفو ربه، يوسف القرضاوي، يحتسب عند الله تعالي أخاه الحبيب، صديق العمر، ورفيق الدرب، وزميل الشباب والكهولة والشيخوخة، العالم الرباني، والداعية الإسلامي، البحَّاثة المحقِّق، العلاَّمة الأستاذ الدكتور: عبد العظيم محمود الديب، الذي وافته المنية صباح اليوم(20 محرم سنة 1431هـ - الموافق 6 يناير 2010م). بمستشفي حمد بالدوحة، إثر عملية جراحية، وقد دفن بالدوحة، وصلَّى عليه بعد عصر اليوم، جمع خفير من إخوانه وتلاميذه ومحبيه.

...Pemimpin Islam Yang Tidur - Nasihat Al-Bootiy




Jika Anda mendengar mereka (Amerika) mengucapkan kata “Al-Qaidah”, ketahuilah bahwa terjemahannya tak lain adalah aktivis Muslim yang aktif yang harus dicurigai. Dunia Islam harus menyadari, baik pemimpin dan masyarakatnya akan fakta-fakta berikut ini:

Pemimpin Amerika sekarang ini bukan memimpin untuk kemaslahatan negerinya… Politik Amerika sekarang tidaklah digariskan oleh undang-undang Rumah Putih…Sesunggunhya yang memimpin Amerika hari ini adalah kelompok Yahudi-Zionis yang semakin besar di Amerika dengan menggunakan cover kristiani. Yang mengendalikan Rumah Putih ialah undang-undang yang ada dalam Kitab Perjanjian Lama.

Adapun target utama yang tidak bisa dinegosiasikan dan ditawar ialah memusnahkan Islam dengan cara menghancurkan kaum Muslimin di mana saja mereka berada, apapun kondisi mereka, kendati mereka bagaikan Malaikat Rahmah yang berjalan di atas bumi dengan tenang.

Dua kata baru yang dihembuskan ke telinga kita yang belum terbiasa mendengarkannya, iaitu Al-Qaidah dan Terorisme, adalah dua senjata pemusnah Amerika yang sangat fleksibel digunakan untuk memakan korban orang-orang yang tak bersalah di serata dunia ini. Kedua senjata tersebut telah berhasil membunuh kaum Muslimin yang tak bersalah yang tidak bisa dicelakakan sebelumnya oleh senjata apapun.

Jika Anda mendengar mereka (Amerika) mengucapkan kata “Al-Qaidah”, ketahuilah bahawa terjemahannya tak lain adalah aktivis Muslim yang aktif yang harus dicurigai. Jika Anda mendengar mereka (Amerika) berkata “Terorisme”, maka ketahuilah terjemahannya tidak lain kecuali generasi Islam yang tidak tidur menjaga kemaslahatan negeri mereka, atau yang bekerja keras untuk mengembalikan hak-hak umat mereka.

Itulah keputusan yang diambil beberapa tahun lalu dalam gua tersembunyi dan gelap gelita, dengan penghinaan yang luar biasa terhadap nilai-nilai kemanusiaan serta pelecehan terhadap lembaga-lembaga kemanusiaan.

Saatnya masyarakat Muslim dunia mencari gua tempat tidur dan sembunyi para pemimpin mereka serta para pemimpin Organisasi Konferensi Islam (OKI) dan membangunkan mereka dari tidur nyenyak, membebaskan mereka dari rasa ngantuk yang sangat berat itu agar mereka mahu membuka mata untuk melihat keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Protestan Yahudi atas nama “Perjanjian Lama”, terkait hak Islam dan kaum Muslimin. Teks keputusan itu terkait dengan penghapusan Al-Qur’an. Benar, untuk menghapus Al-Qur’an dan membersihkan bumi (negeri) Islam dari Al-Qur’an dan semua kaum Mukmin serta memberikannya (negeri-negeri Islam) itu kepada Bani Israel dengan harga yang sangat murah.

Itulah keputusan yang dikeluarkan para petinggi Taurat / Perjanjian Lama di Amerika dan para pelayan dan budak-budak Yahudi di Rumah Putih telah berjanji untuk menjalankan keputusan tersebut dengan sebaik-baiknya. Nah, apa pula gerangan keputusan yanag akan dikeluarkan oleh Dunia Islam melalui para pemimpinnya dan melalui OKI, atau melalui lembaga apa saja yang ada di Dunia Islam?

Wahai para pemimpin yang sedang nyenyak tidur di dalam gua! Mengapa kalian tidak menggali gua yang lebih dalam lagi untuk kalian bisa tidur lebih nyenyak lagi agar terbuka peluang lebar-lebar bagi orang-orang yang masih hidup? Orang-orang mulia dan terhormat di kalangan masyarakat kalian yang darah mereka mendidih di mana mereka merindukan hari kematian di jalan Allah?

Mereka telah menjadikan Islam sebagai jalan hidup dan telah berbai’ah (sumpah setia) kepada Allah, sementara kalian menjadikan diplomasi untuk hiasan lisan… Mereka telah menjadikan ubudiyah yang jujur dan takut pada Allah, sementara kalian menjadikan kata-kata hampa dan kosong yang tidak bisa diterima oleh akal dan hati.. Bersamaan dengan itu, kalian tidak pula mahu kecuali tetap hidup di atas jasad umat kalian yang terluka menganga itu….

Wahai para pemimpin yang kerdil…Jika kalian tetap tidak memiliki rasa ghirah (cemburu) atas kemuliaan yang diratah dan hak-hak yang dicabuli oleh kebijakan Amerika itu, maka paling tidak kalian harus punya rasa kasihan terhadap umat kalian yang dengan mereka kalian sampai ke kursi kekuasaan itu… Sebenarnya kalian sanggup mengubati luka umat ini dengan salah satu dari dua cara :

Dengan taubat nashuha (yang sungguh-sungguh) ikhlas karena Allah dan kemudian kembali berlindung kepada syari’at dan agama-Nya.

Atau berlapang dada pada umat dan masyarakat kalian dan membuka jalan lebar-lebar pada mereka agar mereka dapat kesempatan menganut prinsip-prinsip dan nilai-nilai agar denganya mereka dapat meniti jalan menuju ketinggian kemuliaan dan kepahlawanan..

Jika kalian tetap tidak mahu bertaubat pada Allah dan berdamai dengan-Nya, tidak mahu melirik dan mengasihani umat ini demi menyembunyikan kepala kalian dari para pembunuh dan perampas hak-hak kalian dan para perampok kekayaan ekonomi negeri kalian, maka lebih baik kalian mencari tempat tidur di dalam bumi, dari pada kalian mati terhina di atasnya. Yang demikian itu lebih baik agar lingkungan tidak dikotori oleh bau busuk dan bangkai-bangkai para pemimpin…


Monday 11 January 2010

...Perceraian Tidak Boleh Dibuat Gurau Senda...




“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) terus bersama (dengan isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. (al-Baqarah: 229)

“... dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (hakam) iaitu Seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua-duanya itu berpakat baik.” (an-Nisa’: 35)

Perceraian boleh berlaku denggan lafaz yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga sama ada secara nyata atau kiasan. Menurut mazhab Syafie kiasan perlukan kepada niat.

Maksud lafaz nyata adalah seperti aku ceraikan engkau, gugur satu talak pada dirimu,

Manakala makna kiasan seperti aku pulangkan engkau kepada ibu bapa kamu, kita berpisah, lafaz ini memerlukan niat.

apa hukum jika seorang suami bertanya kpd istrinya: "kita bercerai nak tak?"melalui ungkapan ini belum lagi jatuh talak disebabkan tiada lafaz nyata atau kiasan talak itu jatuhkan. Sekiranya isteri tidak setuju maka talak tidak jatuh, sekiranya isteri setuju, perlu juga kepada jawapan seterusnya dari suami. Contoh: “ok kita bercerai maka gugurlah satu talak pada dirimu….”


“mai cni aku nak ceraikan kau didepan mak ayah aku" sekiranya dibawa isteri itu kehadapan ibu dan ayahnya dan dilafazkan talak maka barulah talak itu jatuh. Tetapi sekiranya sekadar bertemu dan tidak melafazkan talak dihadapan ibu dan bapa maka talak itu tetap tidak jatuh melainkan ada lafaz. Situasi atau ungkapan berbeza andainya suami mengatakan kepada isterinya “sekiranya berada dihadapan ibu dan ayah kau maka kita bercerai” talak berlaku bila mana berada dihadapan ibu dan ayah tanpa perlu kepada lafaz.

Wa allahu ‘alam : sumber rujukan Islamnet.com



Thursday 7 January 2010

Fatwa Kebangsaan Isu Kalimah Allah

Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites
Alor Star Kedah
1) Ulasan/Hujah
i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar  kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.


v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.


vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.


viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam
Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah. 


ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan
Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.


x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.


xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis
kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam
menjaga maruah agama.


xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


2) Keputusan
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.


ii. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Wednesday 6 January 2010

Nabi Ibrahim a.s Tidak Menipu Melainkan ke atas Tiga Perkara Sahaja...



Seperti yang dicatat oleh Ibnu Kathir di dalam Kitabnya Qashatul An'biya', sesungguhnya Nabi Allah Ibrahim a.s pernah menipu dan hanya tiga perkara sahaja. Penipuan yang dilakukan oleh baginda ada sebab tertentu dan dibincangkan oleh para ulama dengan perbincangan yang luas. Ini kerana mustahil seorang Nabi Allah menipu kerana akan menjejaskan sifat baginda yang bersifat ma'sum. Antara perbincangan tersebut seperti mana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi.
 
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Nabi Ibrahim adalah seorang nabi yang sama sekali tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga keadaan. Dua keadaan yang melibatkan Allah, iaitu ucapan Nabi Ibrahim: إِنِّي سَقِيمٌ Yang bermaksud: “Sesungguhnya aku sakit” dan ucapan Nabi Ibrahim sendiri: بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا Yang bermaksud: “Sebenarnya patung besar inilah yang memukulnya”. Salah satunya adalah melibatkan diri Sarah. Sesungguhnya Ibrahim bersama Sarah pernah datang di wilayah seorang Raja yang diktator. Sarah adalah seorang wanita yang paling cantik. Nabi Ibrahim berkata kepada Sarah: Sesungguhnya jika raja yang diktator itu tahu bahawa kamu adalah isteriku, tentu beliau akan memaksaku untuk memiliki kamu. Jika beliau bertanya kepadamu, maka katakan kepadanya bahawa kamu adalah saudara perempuanku. Sesungguhnya kamu memang saudara perempuanku dalam Islam. Sesungguhnya di wilayah ini aku tidak melihat seorang muslim pun melainkan aku dan kamu.

Ketika Nabi Ibrahim memasuki Wilayah Raja diktator tersebut ada seorang rakyatnya yang melihat Sarah. Beliau datang kepada Raja diktator tersebut dan melaporkan: Sesungguhnya telah datang ke wilayah kamu seorang wanita yang hanya patut menjadi milik kamu. Raja tersebut mengirimkan utusan kepada Sarah dan membawanya, lalu Nabi Ibrahim a.s mendirikan sembahyang. Ketika Sarah bertemu muka dengan Raja tersebut. Beliau tidak mampu menguasai tangannya untuk memeluk Sarah kerana tangannya tergenggam erat. Beliau berkata kepada Sarah: Berdoalah kepada Allah agar Allah melepaskan tanganku, aku tidak akan menyusahkan kamu, lalu Sarah berdoa.

Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama. Raja mengulangi ucapannya, maka Sarah melakukannya. Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama dan kedua. Raja berkata: Berdoalah kepada Allah agar dia melepaskan tanganku. Demi Allah aku tidak akan menyusahkan kamu. Sarah menurut saja. Kali ini tangan Raja tersebut terlepas. Lalu Raja tersebut memanggil orang yang membawa Sarah dan berkata: Sesungguhnya yang kamu bawa kepadaku adalah syaitan bukan manusia. Usirkan beliau dari wilayahku dan berikanlah Siti Hajar kepadanya. Abu Hurairah meneruskan kata-katanya: Sarah kembali dengan berjalan kaki. Ketika Nabi Ibrahim a.s melihatnya, beliau menyambutnya seraya bertanya: Bagaimana khabarmu? Sarah menjawab: Baik, sesungguhnya Allah telah mengunci tangan orang yang ingin berbuat jahat atau serong dan memberi seorang khadam (pelayan)"




وَأَمَّا قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( ثِنْتَيْنِ فِي ذَات اللَّه تَعَالَى وَوَاحِدَة فِي شَأْن سَارَة ) فَمَعْنَاهُ أَنَّ الْكَذَبَات الْمَذْكُورَة إِنَّمَا هِيَ بِالنِّسْبَةِ إِلَى فَهْم الْمُخَاطَب وَالسَّامِع، وَأَمَّا فِي نَفْس الْأَمْر فَلَيْسَتْ كَذِبًا مَذْمُومًا لِوَجْهَيْنِ: أَحَدهمَا أَنَّهُ وَرَّى بِهَا، فَقَالَ فِي سَارَة: أُخْتِي فِي الْإِسْلَام، وَهُوَ صَحِيح فِي بَاطِن الْأَمْر، وَسَنَذْكُرُ إِنْ شَاءَ اللَّه تَعَالَى تَأْوِيل اللَّفْظَيْنِ الْآخَرَيْنِ. وَالْوَجْه الثَّانِي أَنَّهُ لَوْ كَانَ كَذِبًا لَا تَوْرِيَةَ فِيهِ لَكَانَ جَائِزًا فِي دَفْع الظَّالِمِينَ وَقَدْ اِتَّفَقَ الْفُقَهَاء عَلَى أَنَّهُ لَوْ جَاءَ ظَالِم يَطْلُب إِنْسَانًا مُخْتَفِيًا لِيَقْتُلَهُ، أَوْ يَطْلُب وَدِيعَة لِإِنْسَانٍ لِيَأْخُذَهَا غَصْبًا، وَسَأَلَ عَنْ ذَلِكَ، وَجَبَ عَلَى مَنْ عَلِمَ ذَلِكَ إِخْفَاؤُهُ وَإِنْكَار الْعِلْم بِهِ، وَهَذَا كَذِب جَائِز بَلْ وَاجِب لِكَوْنِهِ فِي دَفْع الظَّالِم، فَنَبَّهَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَنَّ هَذِهِ الْكَذَبَات لَيْسَتْ دَاخِلَة فِي مُطْلَق الْكَذِب الْمَذْمُوم.
 



Tuesday 5 January 2010

18SX (Adab-adab Malam Pengantin)



Malam tadi...tiba-tiba dapat sms dari nombor yang tidak dikenali...bertanya tentang tip-tip kerukunan bersama isteri. Katanya nak jadi suami hujung Februari ni...Ingatkan masalah agama aje yang orang tanya, tapi masalah kerukunan alam perkahwinan pun orang tanya juga...Berikut beberapa adab yang disebutkan di dalam warisan agama kita untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat:.

1. Kebenaran niat.
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, “Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka: seorang yang berjihad di jalan Allah, seorang budak (berada di dalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya.” (HR. Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairah)

2. Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang isteri mempercantik dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu di antara keduanya atau melakarnya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin mahupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhias dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
“Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”   (Al Baqarah: 228)

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur janggut, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

3. Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya.
Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad dari Asma binti Yazid bin as-Sakan berkata,”Aku pernah menghias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi baginda saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Baginda saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu baginda meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata, “Maka aku menegurnya” Dan aku katakan kepadanya, “Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw.” Asma berkata, “Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit.”

4. Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, “Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkatan dengan mengatakan: Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih-Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya..”


5. Melaksanakan solat dua rakaat.
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat dibelakang (suaminya) dan berdoa,”Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bin Khoirin- Wahai Allah berkatilah aku di dalam keluargaku dan berkatilah mereka di dalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau mengkehendaki (kami) berpisah dengan kebaikan pula”.

6. Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda,”Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana-Wahai Allah jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah syaitan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami-sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak bisa dicelakai syaitan selamanya.”

7. Diharamkan baginya mencerita hal-hal yang rahsia di antara suami isteri.
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda,”boleh jadi seorang lelaki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang isteri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya,”Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan syaitan lelaki berhubungan dengan syaitan perempuan di jalan lalu (syaitan laki-laki) menutupi (syaitan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.”

8. Berwuduk di antara dua jimak walau pun mandi adalah lebih utama.
Apabila seorang lelaki menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwuduk sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al-Khudriy berkata,”Rasulullah saw bersabda, ”Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudia dia ingin mengulanginya lagi maka berwuduklah di antara kedua (jimak) itu.”

Di dalam sebuah riwayat,”Seperti wuduk hendak solat.” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,”Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahawa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. dia berkata,”Aku bertanya kepadanya,”Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih.”

Bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwuduk dengan wuduk seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahawa Umar berkata,”Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ baginda saw menjawab, “Ya, hendaklah dia berwuduk.” Di dalam sebuah riwayat, “Berwudhuk dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah.”

Wuduk ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw,”Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwuduk jika mahu.” Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata,”Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi.”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata,”Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwuduk atau bertayammum.”

9. Mandi berduaan.
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah berkata,”Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan,”tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata,”Mereka berdua dalam keadaan junub.”

Dari hadits diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hdits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,”Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap isteri atau budakmu.” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadits ini, karena kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

10. Bersenda gurau dengan isteri.
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw,”… Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu.” (HR. Bukhari dan Muslim) dan di dalam riwayat Muslim,”Engkau boleh bahagia dengannya dan dia boleh bahagia denganmu.”

Di antara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau baginda mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat di dalam as-Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata,”Nabi saw mencium sebagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwuduk lagi.” Ini sebagai dalil bahwa mencium isteri tidaklah membatalkan wuduk.

11. Dibolehkan ‘Azl.
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azl yaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata,”Kami melakukan ‘azl sementara al-Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat,”Kami melakukan ‘azl pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan baginda saw tidaklah melarangnya.”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl karena hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyak keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ”Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian dihadapan semua umat pada hari kiamat.”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azl selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan….

12. Mengunjungi kerabat pada pagi harinya.
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya.. berdasarkan hadits Anas berkata,”Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian baginda saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, baginda lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

...Aib Ya Akhi...




Mengungkap Aib Seseorang
Pada dasarnya diharamkan bagi seorang muslim mengungkapkan aib saudaranya kerana ini termasuk kedalam perbuatan ghibah, iaitu mengungkapkan aib saudaranya sesama muslim pada saat orang itu tidak ada dihadapannya dan saudaranya itu tidak menyukainya jika berita tersebut sampai kepadanya tanpa adanya suatu keperluan.
Para ulama mengharamkan ghibah ini jika dilakukan tanpa adanya suatu kepentingan bahkah termasuk kedalam kategori dosa besar, sebagaimana disebutkan didalam firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

“Dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”                                                                                                                                            (Al Hujurat : 12)

Di dalam shahih Muslim dari hadits al ‘Ala bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:
“Tahukah kalian apa itu ghibah?” para sahabat menjawab,”Allah dan Rasul-Nya lah yang mengetahuinya.” baginda saw bersabda, “Engkau menyebutkan apa-apa yang tidak disukai oleh saudaramu.” Baginda saw ditanya,”Apa pendapatmu, jika pada saudaraku itu benar ada apa yang aku katakan?” baginda saw bersabda,”Jika apa yang engkau katakan itu benar (ada pada saudaramu) maka sungguh engkau telah melakukan ghibah dan jika apa yang engkau katakan itu tidak benar maka engkau telah berdusta.”

Namun ghibah atau menyebutkan aib saudaranya untuk suatu kepentingan maka dibolehkan, dan diantara hal-hal yang dibolehkannya ghibah adalah :

1. Adanya unsur kezaliman.
Dibolehkan bagi seorang yang dizalimi untuk mengadukannya kepada penguasa atau hakim atau orang yang memiliki kemampuan untuk menghentikan kezaliman orang yang berbuat zalim itu kemudian orang itu mengatakan,”Sesungguhnya si A telah mezalimiku, dia telah berbuat ini kepadaku, dia telah mengambil itu dariku atau sejenisnya.”

2. Meminta pertolongan untuk menghentikan kemungkaran dan mengembalikan orang-orang yang berbuat maksiat kepada kebenaran dengan penjelasannya yang mengatakan kepada orang yang diharapkan kesanggupannya untuk menghilangkan kemungkaran dengan mengatakan,”Si A melakukan ini dan itu maka cegahlah dia, atau perkataan sejenisnya.” Maksudnya adalah untuk menghilangkan kemungkaran dan jika tidak ada maksud yang demikian maka diharamkan.


3. Meminta fatwa, seperti penjelasannya kepada seorang mufti,”Ayahku telah menzalimiku atau saudaraku atau fulan dengan perbuatan ini. Adakah balasannya? Bagaimana caranya untuk melepaskan diri dari perbuatan itu dan mendapatkan hakku serta mencegah kezaliman itu terhadapku?’ atau perkataan-perkatan seperti itu, maka hal ini dibolehkan untuk suatu kepentingan.

Namun yang lebih baik baginya adalah dengan mengatakan,”Bagaimana pendapatmu tentang seorang lelaki yang melakukan perbuatan ini dan itu, atau seorang suami atau isteri yang melakukan ini dan itu atau sejenisnya.” Ia hanya menyampaikan maksudnya tanpa menyebutkan orangnya meski jika menyebutkan orangnya pun dibolehkan, berdasarkan hadits Hindun yang mengatakan,”Wahai Rasulullah saw sesungguhnya Abu Sufian adalah seorang yang kikir…” dan Rasulullah saw tidaklah melarang Hindun.
4. Memberikan peringatan kepada kaum muslimin dari keburukan dan kejahatannya. Hal itu dalam lima bentuk sebagaimana disebutkan Imam Nawawi:

a. Mengungkapkan ‘cacat’ para perawi dan saksi yang memiliki cacat, ini dibolehkan menurut ijma’ bahkan diwajibkan demi menjaga syariah.

b. Memberitahukan dengan cara ghibah saat bermusyawarah dalam permasalahan keluarga besan, atau yang lainnya.

c. Apabila engkau menyaksikan orang yang membeli sesuatu yang mengandung cacat atau sejenisnya lalu engkau mengingatkan si pembeli yang tidak mengetahui perihal itu sebagai suatu nasihat baginya bukan bertujuan menyakitinya atau merosakkannya.

d. Apabila engkau menyaksikan seorang yang faqih, berilmu berkali-kali melakukan perbuatan fasiq atau bid’ah sedangkan orang itu menjadi rujukan ilmu sementara kemudharatan yang ada di dalam perbuatan itu masih tersembunyi maka hendaklah engkau menasihatinya dan menjelaskan perbuatannya itu dengan tujuan memberikan nasihat.

e. Terhadap seorang yang memiliki kekuasaan (amanah) yang tidak ditunaikan sebagaimana mestinya disebabkan dirinya tidak memiliki kemampuan atau kerana kefasikannya maka hendaklah hal itu diungkapkan kepada orang yang memiliki autoriti atau kemampuan untuk menggantikan orang tersebut dengan orang lain yang lebih mampu, tidak mudah tertipu dan istiqomah.

5. Apabila kefasikan atau bid’ah yang dilakukannya sudah tampak terang maka dibolehkan mengungkapkan yang tampak terang itu saja dan tidak dibolehkan baginya mengungkapkan aib-aib selain itu kecuali jika ada sebab lainnya.

6. Sebagai pengenalan atau pemberitahuan… apabila seseorang telah dikenal dengan gelar si Rabun, si Pincang, si Biru, si Pendek, si Buta, si Capik atau sejenisnya maka dibolehkan baginya untuk mengenalkannya dengan perkataan itu dan diharamkan menyebutkannya dengan maksud menghinakannya akan tetapi jika dimungkinkan untuk pengenalannya dengan selain gelar-gelar itu maka hal ini lebih utama. (al Mausu’ah al Fiqhiyah juz II hal 11445 – 1146)

Dengan demikian dibolehkan mengungkapkan aib korupsi yang dilakukan para pemimpin disebabkan adanya kemaslahatan didalamnya iaitu untuk menghentikan kezalimannya yang dapat merugikan negara dan menyengsarakan masyarakat dan agar kepimpinan lainnya tidak melakukan perbuatan itu atau pun agar pemimpin itu diganti dengan pemimpin lainnya yang lebih baik dan amanah.


Mentaati Pemimpin
Selain hadits-hadits sebutkan diatas yang memerintahkan seorang muslim untuk mendengar dan mentaati pemimpinnya maka terdapat hadits-hadits lainnya, antaranya:

Sabda Rasulullah saw,”Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemui keadaan itu?’ Beliau saw bersabda,”Hendaklah engkau berkomitmen (iltizam) dengan jama’atul muslimin dan imam mereka.” (HR. Bukhari)


Sabda Rasulullah saw,”Barangsiapa yang melepaskan tangannya (baiat) dari suatu keaatan maka ia akan bertemu Allah pada hari kiamat tanpa adanya hujjah (alasan) baginya. Dan barang siapa mati sementara tanpa ada baiat di lehernya maka ia mati seperti kematian jahiliyah.” (HR. Muslim)

Maksud kata “pemimpin/imam” yang harus didengar dan ditaati di dalam hadits-hadits di atas adalah pemimpin seluruh kaum muslimin atau khalifah atau imam syar’iy yang dipilih oleh Ahlu al Halli wa al Aqdi yang merupakan perwakilan dari seluruh kaum muslimin bukan pemimpin suatu organisasi, jama’ah, parti, perkumpulan atau bukan pula penguasa suatu negara, pemimpin suatu daerah atau yang sejenisnya.

Sehingga apabila seorang pemimpin suatu organisasi atau jamaah atau seorang penguasa suatu negeri memerintahkan kemaksiatan walaupun dirinya masih melaksanakan solat maka ia tidak boleh ditaati karena tidak ada ketaatan didalam maksiat kepada Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Tidak ada ketaatan dalam suatu kemaksiatan akan tetapi ketaatan kepada hal yang ma’ruf.” (HR. Bukhori dan Muslim)-(baca: Hukum Berhenti Berjama'ah)
Wallahu A’lam