Sunday, 30 December 2012

Hadith Tentang 10 Perbuatan Fitrah Manusia



Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a berkaitan dengan sepuluh perkara fitrah yang dilakukan oleh manusia. Sabda nabi s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (1998:1:223:261):

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَشْرٌ مِنْ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ، وَالسِّوَاكُ، وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ، وَقَصُّ الْأَظْفَارِ، وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ، وَنَتْفُ الْإِبِطِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ) قَالَ زَكَرِيَّاءُ قَالَ مُصْعَبٌ وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ).

Maksudnya: Daripada ‘Aisyah r.a berkata, nabi s.a.w telah bersabda: Sepuluh perkara termasuk fitrah iaitu mengunting misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, bersuci dengan air (berkata Zakariyya’ berkata Mus’ab aku lupa yang kesepuluh melainkan ia adalah berkumur-kumur).