Bersyukur
kepada Allah s.w.t kerana dipanjangkan usia sehingga dapat bertemu Ramadhan
yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya rahmat dari Allah s.w.t adalah
terbuka seluas-luas sepanjang dalam bulan Ramadhan ini. Persediaan menyambut
Ramadhan ini bermula seawal bulan Rejab dengan doa: (اللَّهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ) dan sekarang ini Allah s.w.t telah memperkenankan doa kita
dengan menemukan kita dengan Ramadhan untuk sekian kalinya. Oleh itu apakah
tindakan yang sepatutnya kita lakukan setelah kita berada dalam bulan Ramadhan
ini. Adakah kita telah melipat gandakan amal ibadah kita, menjaga hubungan kita
dengan Allah s.w.t, menjaga hubungan kita sesama manusia, menjaga hubungan kita
dengan alam sekitar dan sebagainya. Atau pun kita sekadar jadi pemerhati kepada
bulan Ramadhan ini. Lebih malang lagi terdapatnya golongan yang merasakan bulan
Ramadhan ini adalah sebagai satu bebanan dan masalah. Rebutlah peluang Ramadhan
yang telah berada di hadapan mata kita. Sabda Nabi s.a.w:
أَتَاكُمْ رَمَضَانُ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ،
فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ،
وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، لِلَّهِ
فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.
Maksudnya: Sesungguh
telah datang kepada kamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu
berpuasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup,
syaitan-syaitan dibelenggu. Demi Allah dalam bulan ini ada suatu malam yang
kebaikannya lebih dari seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya
(tidak beramal baik didalamnya), sesungguhnya telah diharamkan (tidak mendapat
kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ
أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي
لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾
Maksudnya: “Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka
hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” (2:186)
Huraian ayat:
* Tafsir
al-Baghwiy menyatakan bahawa terdapat tiga peristiwa dalam ayat ini:
i.Orang
Yahudi berkata kepada penduduk Madinah,
bagaimana mungkin Allah s.w.t mendengar doa seseorang hamba sedangkan nabi
s.a.w pernah menyatakan yang jarak antara langit dan bumi adalah selama 500
tahun perjalanan kaki. Maka turunlah ayat ini.
ii. Seorang
Arab Badui kepada Nabi Saw yang bertanya: “Apakah Tuhan kita itu dekat,
sehingga kami dapat munajat/memohon kepada-Nya, atau jauh, sehingga kami harus
menyerunya?”. Nabi Saw terdiam, hingga turunlah ayat ini
iii. Lantas
Nabi SAW bersabda kepada mereka yang bermaksud: Hai manusia, perlahankan suara
kamu dalam berdoa kerana kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan tidak kepada
yang ghaib. Sesungguhnya kamu berdoa kepada yang Maha mendengar, dekat dan
bersamamu.
* Ayat ini
merupakan ayat Tauhid yang menunjukkan seorang hamba hanya meminta kepada Allah
s.w.t sama ada dalam keadaan senang atau susah. Tidak mensyirikkan Allah s.w.t
dengan meminta dan bergantung selain daripada Allah s.w.t.
* Perkataan (دَعَانِ) dalam ayat ini menunjukkan bahawa apabila seseorang hamba itu
meminta sesuatu daripada Allah s.w.t, dua anggota perlu berjalan serentak iaitu
lidah yang melafazkan dan hati yang membenarkan. Berdoa kepada Allah s.w.t
dengan bersungguh-sungguh, tidak putus asa dan ikhlas semata-mata keranaNya.
* Ayat doa ini
terletak selepas susunan ayat kawajipan puasa, tatacara perlaksanaannya dan
batas sempadannya. Ia menunjukkan hubungan yang rapat antara ibadat puasa dan
doa- Sayyid Qutb. Antaranya ialah doa orang berpuasa adalah doa yang sangat
mustajab. Hadith dari nabi s.a.w:
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ : ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ،
وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ،
وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَيَقُولُ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ
وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ.
Maksudnya:
Ada tiga golongan yang tak akan ditolak doanya; Pemimpin yang adil, orang yang
berpuasa hingga berbuka dan doa orang yangg teraniaya. Allah akan mengangkatnya
di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan
untuknya seraya berfirman: Demi keagunganKu, sesungguh Aku akan menolong kamu
walau pun beberapa saat.
﴿ وَإِن
تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴾
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ
وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ
Maksudnya: “Orang
yang bijak/cerdik ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk
bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang gagal adalah orang yang mengikuti
hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah”.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ
يُصَلِّ عَلَيَّ، وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ فَلَمْ
يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ، وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ، ثُمَّ انْسَلَخَ
قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، " أَنّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ
الأُولَى، قَالَ: آمِينَ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ، فَقَالَ: آمِينَ، ثُمَّ رَقَى
الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: آمِينَ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ:
آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ؟ قَالَ: لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ، فَانْسَلَخَ
مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ، ثُمَّ قَالَ: شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ
وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ، فَقُلْتُ: آمِينَ، ثُمَّ
قَالَ: شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ، فَقُلْتُ: آمِينَ "