Wednesday, 6 August 2014

...Maksud huruf-huruf Arab dalam kitab Turath Arab...



Ketika membaca kitab turath Arab terutamanya yang berkaitan dengan ilmu lughat, pasti akan berjumpa dengan beberapa istilah huruf yang mungkin boleh mengelirukan contohnya istilah (مهمـَلة، معجمـَة، الموحدة، المثناة، المثلثة). Istilah-istilah ini sebenarnya merupakan sifat untuk betuk setiap huruf. Istilah ini dipelopori dan diguna pakai oleh sarjana silam untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Ini kerana, pada masa itu, huruf-huruf yang terdapat dalam bahasa Arab tidak mempunyai titik, oleh itu kaedah ini digunakan untuk membezakan satu huruf dengan huruf yang lain contohnya dalam kumpulan (ب ت ث) dan dalam kumpulan (ج ح خ). Sedikit panduan untuk rujukan bersama berkaitan dengan huruf-huruf Hija’iyyah dalam bahasa Arab yang terdapat dalam kitan turath.

Huruf (الألف) : Tidak mempunyai sebarang sifat.
Huruf (الباء)  : Dikenali dengan (الموحدة) bermaksud titik satu.
Huruf (التاء)  : Dikenali dengan (المثناة الفوقية) bermaksud dua titik, dibawah huruf.
Huruf (الثاء)  : Dikenali dengan (المثلثة), bermaksud tiga titik.

Huruf-huruf ini (الباء-التاء-الثاء) ini juga dikenali dengan nama huruf (المعجمة) yang bermaksud huruf-huruf yang mempunyai titik. Manakala huruf-huruf yang tidak mempunyai titik pula dikenali dengan nama huruf (مهملا). Kategori huruf-huruf ini seperti berikut:

المعجمة
المهملة
الموحدة
المثناة
الموحدة الفوقية
المثناة التحتية
الجيم
الحاء
الفاء
القاف
النون
الياء
الخاء
الدال




الذال
الراء




الزاي
السين




الشين
الصاد




الضاد
الطاء




الظاء
العين




الغين
الكاف





اللام





الميم





الهاء





الواو






Selain itu, huruf (الدال المعجمة) bermaksud huruf (الذال) dan huruf (السين المعجمة) bermaksud huruf (الشين).

No comments:

Post a Comment