Friday 2 October 2009

...Bila imam berkhutbah, maka diamlah kamu...!

Khutbah Jumaat Victory Hall, Loughborough University United Kingdom
2 Oktober 2009

Jumaat terakhir ketika berada di bumi minoriti umat Islam, di United Kingdom, entah bila kaki ini akan menjejaki semula di bumi yang kononnya dicanangkan dunia sebagai bumi yang maju serba serbi, tetapi hakikatnya tidak, maju dari aspek fizikal tetapi begitu tandus dari aspek rohani…

Khatib yang rasanya dari bangsa Arab hari ini berkhutbah atas tajuk Ikhwah sesama Muslim. Khutbah yang disampaikan dalam keadaan yang serba ringkas tidak seperti di Malaysia, tetapi sarat dengan nasihat, teguran dan ingatan. Khutbahnya tetap sempurna dari segi rukun dan syarat sah walaupun khatib hanya memakai seluar jeans, t-shirt dan tidak berkopiah. Terdetik seketika sekiranya keadaan ini berlaku di Malaysia, satu Malaya akan heboh isu pakaian khatib.

Khutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan masih mengekalkan rukun- rukun dalam bahasa Arab. Khutbah dilakukan dengan cara spontan dan tidak membaca teks. Tidak sebagai khatib-khatib di Malaysia yang membaca khutbah. Aku sendiri pun imam bertugas di sebuah masjid dan surau diri Jumaat, masih lagi membaca khutbah dan tidak berkhutbah. Dengan situasi khutbah-khutbah yang hendak dibaca perlu ditapis terlebih dahulu oleh Jakim atau pejabat agama. Imam tidak diberi kebebasan untuk berkhutbah sendiri. Pernah ketika Jumaat sebelum PRU ke-12, ada puak-puak yang tidak puas hati seolah-olah menyidir mereka membuat laporan polis. Hebahnya situasi khutbah di Malaysia!

Antara kandungan isi khutbah hari ini :
  • Ikatan syahadat itu lebih kuat dari ikatan pertalian darah.
  • Islam ini adalah bersaudara (surah al-Hujurah) tanpa mengenal erti bangsa, keturunan, warna kulit, dan sebagainya.
  • Pelajar baru dan pelajar lama adalah saudara sesama Islam. Sebagaimana sahabat nabi dari peristiwa hijrah, golongan Muhajirin dan Ansar. Ikatan yang terbina berpaksikan kepada syahadat.
 Persoalan sebagai minoriti di bumi ini, terutamanya orang Malaysia:
  • Kenapa masih ada lagi yang tidak solat Jumaat sedangkan Solat Jumaat itu adalah Syiar?
  • Kenapa masih ada lagi perasaan pentingkan diri sendiri sedangkan sesama Islam itu adalah Ukhuwah?
  • Kenapa ibadat solat itu tidak diutamakan sedangkan solatlah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah swt?
  • Dalam mengamalkan Islam dalam seluruh kehidupan kita, Islam itu terlalu mudah dan tidak membebankan umatnya. Di sana ada rukhsah yang diharuskan oleh syariat.
  • Kita singgah di dunia ini terlalu seketika, ibarat bayi dilahirkan diazankan dan kita mati disolatkan. Terlalu singkat jarak antara azan dan solat, itulah ibarat tempoh masa kita di dunia ini…carilah alaman sebanyak yang mungkin…
Roundhill Way, Leicestershire

No comments:

Post a Comment