Bila sebut masjid al-Aqsa kebanyakkan yang terlintas di benak kita adalah gambar masjid yang kubahnya berwarna kuning keemasan. Itulah yang sememangnya masyhur di kalangan umat Islam seluruh dunia. Inilah juga kejayaan pihak Yahudi Laknatullah untuk mengalih pandangkan pandangan umat Islam. Sememangnya berjaya usaha mereka sehinggalah keseluruh negara umat Islam. Tetapi itu sebenarnya adalah penyelewangan dan pembohongan yang sangat nyata. Lebih malang dan sedih lagi ada juga di kalangan mereka yang berpendidikan agama (dalam istilah yang mudah golongan ustaz dan ustazah) pun tak faham dan keliru mana satu masjid al-Aqsa. Persoalannya kenapa tak nak kaji, bukalah kitab sirah dan telaah, seterusnya sampaikan kepada umum tentang fakta yang sebenarnya. Ini tidak, golongan ini pun sama samar-samar dan tidak pasti dengan ilmu mereka sendiri.
Macam situasi orang Melayu dulu-dulu, upacara karut dan syirik mandi safar kat tepi pantai kononnya untuk tolak bala, lebih malang lagi ada ustaz yang tukang baca doa sebelum upacara mandi safar. Udahlah jahil, murakkab plak tu. Lebih bengong lagi ada pula pak-pak karut nak hidupkan semula upacara seumpama ini dengan hasrat agar generasi akan datang tahu akan adat istiadat orang Melayu. Pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat memang tak relevan dalam agama Islam. Sebab berpegang pada pepatah inilah ramai di kalangan mudi-mudi yang sanggup buang anak mereka. Betul juga sebab mereka berpegang pada pepatah melayu biar mati anak...so matilah anak itu. Kena ingat anak inilah yang akan mendoakan kita nanti, Insya Allah...tapi adat boleh buat apa...kot-kot tok adat dapat mendoakan kita nanti...isk-isk
Berbalik kepada cerita mana satu yang sebenarnya masjid Al-Aqsa ni...kat bawah ni ada gambarnya, maka telitilah betul-betul, ada mata lihat, ada telingan dengar, ada otak fikir, ada hati selami...jangan jadi macam al-an'am bal adoll...Sedikit maklumat masjid Al-Aqsa, kalau nak detail lagi boleh buka kitab sirah, contohnya kitab kisah al-anbiyak Ibn Kathir dalam kisah nabi Ishak a.s.
1. Masjid al-Aqsa masjid yang kedua dibina dalam sejarah manusia. Masjid yang pertama adalah Makkah. Jarak antara keduanya adalah 40 tahun.
2. Banyak pendapat yang mengatakan bahawa masjid al-Aqsa ini mula-mula dibina adalah nabi Adam a.s. Ibn Kathir mengatakan bahawa Nabi Allah Adam a.s bukan seorang rasul...kenapa ye? bacalah sendiri apakah sebabnya.
3. Nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.smembina semula masjid al-Aqsa ini dan juga Kaabah.
4. Nabi Daud a.s pun terlibat dalam membina semula masjid al-Aqsa ini. Istilah sekarang ni renovation lah.
5. Nabi Sulaiman a.s menyempurnakan renovation masjid al-Aqsa ini. Semua nabi dari kalangan bani Israel. Sebab tu Israel sekarang mendakwa al-Aqsa milik mereka. Malangnya masjid al-Aqsa yang dibina oleh nabi Sulaiman a.s ini dimusnahkan oleh raja Nebuchadnezzar Babylon (Iraq Kuno) pada tahun 587SM. Orang Yahudi juga mendakwa masjid al-Aqsa yang dibina oleh nabi Sulaiman ini sebagai Heykal Sulaiman (tempat ibadat). Apa masalahnya dengan Yahudi mabuk ni (kata-kata P.Ramlee), nabi Sulaiman bina bangunan itu untuk menyembah Allah s.w.t. So bangunan itu namanya masjidlah. Itu pun tak faham lagi.
6. Orang Yaudi membina semula kat tapak yang sama (Masjid al-Aqsa) pada tahun 167Sm tetapi musnah lagi sekali pada tahun 70M. Selepas itu masjid al-Aqsa dah tak ada bangunannye, yang tinggal hanyalah tapaknya sahaja. Tapak itu menjadi tempat buangan sampah (jahat betul musuh Islam ni) dan terbiar begitu sahaja sehinggalah Quds ini dikuasai oleh Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar al-Khatab pada tahun 637M. Tempohnya yang terbiar sekitar 600 tahun (lama sangat tu). Kita bacakan kisah Saidina Umar al-Khatab ketika memasuki kota Quds, dengan linangan air mata kesyukuran, beliau melakukan solat dua rakaat di kawasan tapak masjid al-Aqsa ini. Bermulalah pembinaan semua masjid al-Aqsa oleh Saidina Umar (kubahnya berwarna hitam)
7. Khalifah Umaiyyah yang bernama Malik bin Marwan telah meneruskan pembinaan masjid Al-Aqsa ini dan telah membina sebuah masjid lagi yang dikenali sebagai masjid Qubbatul Sahra (Kubah Kuning Keemasan) sekitar tahun 691H.
8. Ada satu tempat yang mana mayshur mengatakan tempat nabi Muhammad s.a.w menambat tunggangan baginda (al-Buraq) ketika peristiwa Isra' Mikraj. Tempat ini yang dinamakan tembok hajat untuk orang Yahudi. Alah yang selalu kita tengok orang Yahudi baca buku kecil dan mengadap tembok..ahaks itulah dia. Ini pun kawasan suci mereka.
9. Masjid al-Aqsa ini kemudian ditakluki oleh musuh Islam sekitar 300 tahun lamanya. Akhirnya seorang panglima perang yang bernama Salehuddin Al-Ayubiy (sunni) dari kerajaan Fatimiyah di Mesir telah membebaskan sekali lagi masjid al-Aqsa ini.
10. Israel pernah minta kepada Sultan Abd Hamid II yang Eropah kenali sebagai The Sick Man agar diserahkan masjid Al-Aqsa ini kepada Yahudi. Sultan Abd Hamid II ini merupakan Sultan terakhir kerajaan Utthamaniyah di Qastantiniyyah (Istanbul) sebelum Turkey jatuh ketangan rejim Yahudi yang bertopengkan Islam Mustafa Kamal At-Tartuk. Dalam keadaan kerajaan yang semakin lemah yang mendapat tekanan dari bangsa Arab dan Eropah, Sultan Abd Hamid II menjawab dengan tegas : "Al-Aqsa ini milik umat Islam, bukan milikku secara peribadi, sekiranya mahu maka mintalah kepada semua umat Islam, aku tidak mahu dipersalahkanoleh anak cucuku kelak di masa hadapan". Baca risalah phd yang bertajuk "Sohwah Rijalul Marid". Peristiwa kejatuhan sistem khalifah Islam Turkey diraikan oleh bangsa Arab yang bengong dengan menukarkan kepada istilah "Thaurat Arabiyyah Kubro". Yang jahil pun meraikan hari ini. Inilah hari jatuhnya sistem berkhalifah umat Islam.
11. Pada tahun 1967, Yahudi memasuki secara haram bumi Palestine. Bangsa Arab Palestine memulakan sejarah hitam mereka sampai sekarang ini. hari ini dikenali sebagai Hari Nukhbah yang bermaksud kesedihan, ratapan dan sebagainya. Mereka manyambut hari ini setiap tahun. Apalah Arab ni, hari sejarah hitam mereka yang memulakan episod di tanah air sendiri pun disambut. Dah berapa lama sambut, tetapi masjid al-Aqsa masih lagi dalam cengkaman zionis.
12. Kawasan Haram as-Syarif meliputi kawasan masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Kuning. Ini kawasan suci umat Islam. Yahudi pun kata ini kawasan suci mereka. Kristian pun nak mengaku juga, tak plak mereka mengaku Tanjung Bunga ke, Genting Highland ke kawasan mereka. Macam yang Dugong Ayah Pin buat.
Inilah sedikit serba ringkas berkaitan dengan masjid Al-Aqsa. Kalau ada maklumat salah betulkan sendiri. Bukalah kitab-kitab original dalam bahasa Arab. Jangan refer pada kitab yang telah diterjemahkan. ok faham....
Inilah dia Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Ini Pandangan Masjid Al-Aqsa dari dekat.
Ini dia masjid Kubah a-Sohrah yang ramai orang ingat Masjid al-Aqsa
Jarak antara kedua-dua masjid. Harap tak keliru dah selepas ini