Thursday 25 March 2010

...Ustaz Nak Bagitahu Yang Mana Satu Masjid Al-Aqsa, JGn Keliru Lagi Selepas ini...

Bila sebut masjid al-Aqsa kebanyakkan yang terlintas di benak kita adalah gambar masjid yang kubahnya berwarna kuning keemasan. Itulah yang sememangnya masyhur di kalangan umat Islam seluruh dunia. Inilah juga kejayaan pihak Yahudi Laknatullah untuk mengalih pandangkan pandangan umat Islam. Sememangnya berjaya usaha mereka sehinggalah keseluruh negara umat Islam. Tetapi itu sebenarnya adalah penyelewangan dan pembohongan yang sangat nyata. Lebih malang  dan sedih lagi ada juga di kalangan mereka yang berpendidikan agama (dalam istilah yang mudah golongan ustaz dan ustazah) pun tak faham dan keliru mana satu masjid al-Aqsa. Persoalannya kenapa tak nak kaji, bukalah kitab sirah dan telaah, seterusnya sampaikan kepada umum tentang fakta yang sebenarnya. Ini tidak, golongan ini pun sama samar-samar dan tidak pasti dengan ilmu mereka sendiri. 

Macam situasi orang Melayu dulu-dulu, upacara karut dan syirik mandi safar kat tepi pantai kononnya untuk tolak bala, lebih malang lagi ada ustaz yang tukang baca doa sebelum upacara mandi safar. Udahlah jahil, murakkab plak tu. Lebih bengong lagi ada pula pak-pak karut nak hidupkan semula upacara seumpama ini dengan hasrat agar generasi akan datang tahu akan adat istiadat orang Melayu. Pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat memang tak relevan dalam agama Islam. Sebab berpegang pada pepatah inilah ramai di kalangan mudi-mudi yang sanggup buang anak mereka. Betul juga sebab mereka berpegang pada pepatah melayu biar mati anak...so matilah anak itu. Kena ingat anak inilah yang akan mendoakan kita nanti, Insya Allah...tapi adat boleh buat apa...kot-kot tok adat dapat mendoakan kita nanti...isk-isk

Berbalik kepada cerita mana satu yang sebenarnya masjid Al-Aqsa ni...kat bawah ni ada gambarnya, maka telitilah betul-betul, ada mata lihat, ada telingan dengar, ada otak fikir, ada hati selami...jangan jadi macam al-an'am bal adoll...Sedikit maklumat masjid Al-Aqsa, kalau nak detail lagi boleh buka kitab sirah, contohnya kitab kisah al-anbiyak Ibn Kathir dalam kisah nabi Ishak a.s.

1. Masjid al-Aqsa masjid yang kedua dibina dalam sejarah manusia. Masjid yang pertama adalah Makkah. Jarak antara keduanya adalah 40 tahun.

2. Banyak pendapat yang mengatakan bahawa masjid al-Aqsa ini mula-mula dibina adalah nabi Adam a.s. Ibn Kathir mengatakan bahawa Nabi Allah Adam a.s bukan seorang rasul...kenapa ye? bacalah sendiri  apakah sebabnya.

3. Nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.smembina semula masjid al-Aqsa ini dan juga Kaabah.

4. Nabi Daud a.s  pun terlibat dalam membina semula masjid al-Aqsa ini. Istilah sekarang ni renovation lah.

5. Nabi Sulaiman a.s menyempurnakan renovation masjid al-Aqsa ini. Semua nabi dari kalangan bani Israel. Sebab tu Israel sekarang mendakwa al-Aqsa milik mereka. Malangnya masjid al-Aqsa yang dibina oleh nabi Sulaiman a.s ini dimusnahkan oleh raja Nebuchadnezzar Babylon (Iraq Kuno) pada tahun 587SM. Orang Yahudi juga mendakwa masjid al-Aqsa yang dibina oleh nabi Sulaiman ini sebagai Heykal Sulaiman (tempat ibadat). Apa masalahnya dengan Yahudi mabuk ni (kata-kata P.Ramlee), nabi Sulaiman bina bangunan itu untuk menyembah Allah s.w.t. So bangunan itu namanya masjidlah. Itu pun tak faham lagi.

6. Orang Yaudi membina semula kat tapak yang sama (Masjid al-Aqsa) pada tahun 167Sm tetapi musnah lagi sekali pada tahun 70M. Selepas itu masjid al-Aqsa dah tak ada bangunannye, yang tinggal hanyalah tapaknya sahaja. Tapak itu menjadi tempat buangan sampah (jahat betul musuh Islam ni) dan terbiar begitu sahaja sehinggalah Quds ini dikuasai oleh Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar al-Khatab pada tahun  637M. Tempohnya yang terbiar sekitar 600 tahun (lama sangat tu). Kita bacakan kisah Saidina Umar al-Khatab ketika memasuki kota Quds, dengan linangan air mata kesyukuran, beliau melakukan solat dua rakaat di kawasan tapak masjid al-Aqsa ini. Bermulalah pembinaan semua masjid al-Aqsa oleh Saidina Umar (kubahnya berwarna hitam)

7. Khalifah Umaiyyah yang bernama Malik bin Marwan telah meneruskan pembinaan masjid Al-Aqsa ini dan telah membina sebuah masjid lagi yang dikenali sebagai masjid Qubbatul Sahra (Kubah Kuning Keemasan) sekitar tahun 691H.

8. Ada satu tempat yang mana mayshur mengatakan tempat nabi Muhammad s.a.w menambat tunggangan baginda (al-Buraq) ketika peristiwa Isra' Mikraj. Tempat ini yang dinamakan tembok hajat untuk orang Yahudi. Alah yang selalu kita tengok orang Yahudi baca buku kecil dan mengadap tembok..ahaks itulah dia. Ini pun kawasan suci mereka.

9. Masjid al-Aqsa ini kemudian ditakluki oleh musuh Islam sekitar 300 tahun lamanya. Akhirnya seorang panglima perang yang bernama Salehuddin Al-Ayubiy (sunni) dari kerajaan Fatimiyah di Mesir telah membebaskan sekali lagi masjid al-Aqsa ini.

10. Israel pernah minta kepada Sultan Abd Hamid II yang Eropah kenali sebagai The Sick Man agar diserahkan masjid Al-Aqsa ini kepada Yahudi. Sultan Abd Hamid II ini merupakan Sultan terakhir kerajaan Utthamaniyah di Qastantiniyyah (Istanbul) sebelum Turkey jatuh ketangan rejim Yahudi yang bertopengkan Islam Mustafa Kamal At-Tartuk. Dalam keadaan kerajaan yang semakin lemah yang mendapat tekanan dari bangsa Arab dan Eropah, Sultan Abd Hamid II menjawab dengan tegas : "Al-Aqsa ini milik umat Islam, bukan milikku secara peribadi, sekiranya mahu maka mintalah kepada semua umat Islam, aku tidak mahu dipersalahkanoleh anak cucuku kelak di masa hadapan". Baca risalah phd yang bertajuk "Sohwah Rijalul Marid". Peristiwa kejatuhan sistem khalifah Islam Turkey diraikan oleh bangsa Arab yang bengong dengan menukarkan kepada istilah "Thaurat Arabiyyah Kubro". Yang jahil pun meraikan hari ini. Inilah hari jatuhnya sistem berkhalifah umat Islam.

11. Pada tahun 1967, Yahudi memasuki secara haram bumi Palestine. Bangsa Arab Palestine memulakan sejarah hitam mereka sampai sekarang ini. hari ini dikenali sebagai Hari Nukhbah yang bermaksud kesedihan, ratapan dan sebagainya. Mereka manyambut hari ini setiap tahun. Apalah Arab ni, hari sejarah hitam mereka yang memulakan episod di tanah air sendiri pun disambut. Dah berapa lama sambut, tetapi masjid al-Aqsa masih lagi dalam cengkaman zionis.

12. Kawasan Haram as-Syarif meliputi kawasan masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Kuning. Ini kawasan suci umat Islam. Yahudi pun kata ini kawasan suci mereka. Kristian pun nak mengaku juga, tak plak mereka mengaku Tanjung Bunga ke, Genting Highland ke kawasan mereka. Macam yang Dugong Ayah Pin buat.

Inilah sedikit serba ringkas berkaitan dengan masjid Al-Aqsa. Kalau ada maklumat salah betulkan sendiri. Bukalah kitab-kitab original dalam bahasa Arab. Jangan refer pada kitab yang telah diterjemahkan. ok faham....


Inilah dia Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.


Ini Pandangan Masjid Al-Aqsa dari dekat.

Ini dia masjid Kubah a-Sohrah yang ramai orang ingat Masjid al-Aqsa

Jarak antara kedua-dua masjid. Harap tak keliru dah selepas ini






Monday 8 March 2010

...Macam Nie Pun Ada Ke....?


Sekumpulan wanita cuba untuk solat disaf lelaki pada hari ahad 7/3/2010 baru-baru ini di masjid di Washington Center US. Alasan yang mereka berikan adalah hak sama rata antara lelaki...kenapa ada pemisahan dari aspek gender. Mereka pun berhak untuk solat di tempat (saf lelaki).

Alahai...macam-macam dah berlaku sekarang ni...makin celaru bila pemikiran Aminah Wadud ni mula m meresap di kalangan orang Islam. Di Malaysia satu hari nanti sekiranya tidak dibendung dari awal akan adanya situasi sebegini bahkan lebih teruk lagi.

Teringat plak pada kisah nabi s.a.w. Kenapa ketika hayat nabi dan zaman sahabat, tak pernah plak isteri-isteri nabi minta solat di saf lelaki sedangkan ikut kelayakan mereka lebih layak kerana mereka ini golongan yang paling hambir dengan nabi s.a.w. Jawapannya mudah, sebab isteri-isteri nabi s.a.w ini orang yang mengetahui hukum hakam dan dengar kata, tak macam golongan seangkatan dengan Aminah Wadud ni, bodoh tak boleh diajar, sombong plak tu....isk-isk....

Thursday 4 March 2010

...Khutbah Jumaat 5 Mac 2010 (Selepas Maulidur Rasul)

Ulama & Maulidur Rasul

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ...

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. Firman Allah dalam  ayat 144 surah ali Imran:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌۭ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُ ۚ أَفَإِين مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْـًۭٔا ۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)? Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur.

Kita masih berada bulan Rabiul Awwal, bulan dalam memperingati Maulidurrasul s.a.w. Pujian ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w meniti di mulut-mulut umat Islam bagi menandakan betapa kasih dan sayangnya kita terhadap nabi yang banyak menabur jasa dalam menyampaikan risalah Islam. Nabi Muhammad s.a.w perlu dijadikan contoh teladan yang paling mulia oleh seluruh umat manusia dalam semua perkara samada dari segi akhlaknya, pemerintahannya, kemasyarakatannya dan seluruh kehidupannya.

Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan segala kemewahan dunia kerana bimbang lebih ramai umatnya akan dikufurkan dan dihanyutkan oleh godaan dunia yang mempesona. Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan ketua keluarga, pemimpin negara, nabi kepada seluruh umat manusia telah menunjukkan kepada kita semua melalui percakapan dan perbuatannya yang berdasarkan wahyu bukannya nafsu tentang bagaimanakah cara yang terbaik di dalam mengejar keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Kini lebih 1400 tahun nabi Muhammad s.a.w meninggalkan kita, kerana keyakinan yang tinggi terhadap kebenaran dan kesucian Islam maka kita sebagai umat yang menyatakan bahawa kita lebih cintakan akhirat melebihi cinta kita terhadap dunia fana terus menerus memperjuangkan pelaksanaan Islam dalam diri dan seluruh aspek kehidupan. Ini bagi membuktikan bahawa kita mahu menjadi golongan yang dikasihi dan dicintai oleh nabi iaitu golongan yang mencintai dan mengasihi nabi walau pun tidak pernah bertemu dengan baginda semasa hayatnya dan juga terus mengikut ajaran nabi dan memperjuangkan Islam.

Perjuangan dalam meneruskan dakwah Islam dan pelaksanaan seluruh sistem Islam yang melibatkan ibadat, kemasyarakatan, pemerintahan telah diwariskan kepada para ulama’ akhirat yang soleh dan bertaqwa. Hadis nabi yang menyatakan ” العلماء ورثة الأنبياء “iaitu para ulama’ itu merupakan pewaris para nabi dalam mengembangkan usaha dakwah dan melaksanakan seluruh amanah Allah dalam mentadbir dunia dengan hukuman Allah dan menjaga kesucian Islam daripada dicemari oleh tangan-tangan kotor yang berusaha menjauhkan umat manusia daripada  ajaran Islam yang menyeluruh. Nabi Muhammad s.a.w turut menyatakan bahawa umat manusia tidak akan sesat selama-lamanya jika terus menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pedoman dalam setiap tindakan mereka.

Inilah betapa hebat dan terjaganya Islam di mana Allah telah menyatakan bahawa al-Quran terus terjaga daripada sebarang pengurangan atau penambahan oleh mana-mana pihak sehingga ia menjadi sumber tertinggi kepada seluruh umat manusia. Al-Quran tidak akan terjadi sebagaimana kitab Taurat dan Injil yang telah diselewengkan sesuka hati oleh paderi dan pendita yahudi dan kristian. Hadis nabi turut dijaga oleh ulama’ dari segi kesohihannya sebelum dijadikan hujah di mana para ulama’ hadis sentiasa berusaha dalam menolak hadis-hadis palsu agar kesucian hadis nabi terus terjaga.

Pemilihan ulama’ sebagai pewaris kepada perjuangan nabi turut meletakkan Islam sebagai agama yang berasaskan ilmu bukannya terdiri di atas kejahilan dan paksaan. Ulama’ akhirat perlu memikul amanah yang berat ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa. Memandangkan betapa besarnya peranan ulama’ dalam mengembalikan semula keagungan Islam sebagai agama yang memerintah dunia bukannya agama yang diperintah oleh manusia berdasarkan akal yang lemah bersesuaian dengan peranan ulama’ sebagai pewaris kepada perjuangan nabi maka musuh-musuh Islam terus memainkan peranan penting dalam memburuk-burukkan para ulama’ yang ikhlas berjuang untuk Islam bukannya untuk kepentingan peribadi dan harta di dunia ini.

Yahudi dan Kristian terutamanya tidak senang duduk apabila melihat ulama’ menjadi ketua kepada umat Islam dalam memperjuangkan Islam. Kristian tidak dapat menafikan kepentingan paderi dan cerdik pandai mereka sebelum ini dalam menyebarkan kristian dan pembangkit semangat juang dalam menghancurkan Islam terutama semasa penjajahan tetapi setelah amalan sekularisme diamalkan akibat cengkaman paderi yang begitu kuat ke atas rakyat maka pengikut Kristian sendiri memisahkan di antara peranan paderi dan pemerintah. Kita juga dapat melihat peranan paderi dan ilmuan yahudi di dalam kerajaan Israel hari ini di mana paderi inilah yang memainkan peranan besar dalam menghasut umat yahudi terutama melalui kitab Talmud yang merupakan kitab yang paling keras menentang Islam dan bangsa selain daripada yahudi di mana paderi yahudi ini merupakan penyokong kuat terhadap kebiadapan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi Palestin.

Tanpa peranan dan semangat yang ditanamkan oleh golongan ulama’, paderi, sami atau ilmuan dalam agama maka perjuangan seluruh agama tidak begitu kuat. Oleh itu kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasulNya maka semestinya terus berada dibelakang para ulama’ yang ikhlas berjuang untuk sama-sama meninggikan kalimah Allah yang tinggi. Biar dikeji, dicaci, dimaki dan dilontar dengan pelbagai tohmahan namun perjuangan Islam mesti terus diteruskan sehingga hari qiamat. Kita begitu yakin dengan janji kemenangan oleh Allah kepada Islam yang sempurna ini. Waktu dan ketika untuk datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah itu sudah begitu hampir.  Cuma persediaan kita dalam melahirkan diri sebagai umat yang bakal dianugerahkan dengan kemenangan yang dijanjikan ini sahaja yang mesti disiapkan segera. Tiada lagi masa untuk kita berehat dan bergurau senda untuk mencapai perkara ini.

Kekuatan Islam juga tidak berdiri di atas kekuatan perseorangan tetapi ia tertegak di atas kekuatan jemaaah. Perjuangan Islam mesti dilakukan ikhlas kerana Allah bukannya disebabkan seseorang pemimpin. Oleh itu Allah sendiri mengingatkan umat Islam agar tidak kembali murtad disebabkan kewafatan nabi kerana nabi merupakan pemimpin yang juga akan mati setelah selesainya tugas yang dijalankan. Tugas dan peranan nabi selepas itu mesti diteruskan oleh para ulama’ bukannya terhenti dengan kewafatan nabi s.a.w. Kita ingat bagaimana adanya umat Islam yang kembali murtad dan ramai yang lemah semangat serta tidak kurang yang tidak dapat menerima hakikat bahawa nabi telah wafat termasuk Sayyidina Umar al-Khottab sendiri sehingga dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah di hadapan para muslimin dan mengeluarkan kata-katanya yang tegas:
أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات ، ومن كان يعبد الله  فإن الله حي لا يموت
Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak sekali-kali akan mati.

Oleh itu kita jangan letakkan perjuangan disebabkan seseorang tetapi ia mesti dilakukan secara jemaah agar kekuatan dan perjuangan Islam terus kuat dan utuh. Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah.
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ. فإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ.
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن