Wednesday, 6 August 2014

...Maksud huruf-huruf Arab dalam kitab Turath Arab...



Ketika membaca kitab turath Arab terutamanya yang berkaitan dengan ilmu lughat, pasti akan berjumpa dengan beberapa istilah huruf yang mungkin boleh mengelirukan contohnya istilah (مهمـَلة، معجمـَة، الموحدة، المثناة، المثلثة). Istilah-istilah ini sebenarnya merupakan sifat untuk betuk setiap huruf. Istilah ini dipelopori dan diguna pakai oleh sarjana silam untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Ini kerana, pada masa itu, huruf-huruf yang terdapat dalam bahasa Arab tidak mempunyai titik, oleh itu kaedah ini digunakan untuk membezakan satu huruf dengan huruf yang lain contohnya dalam kumpulan (ب ت ث) dan dalam kumpulan (ج ح خ). Sedikit panduan untuk rujukan bersama berkaitan dengan huruf-huruf Hija’iyyah dalam bahasa Arab yang terdapat dalam kitan turath.

Huruf (الألف) : Tidak mempunyai sebarang sifat.
Huruf (الباء)  : Dikenali dengan (الموحدة) bermaksud titik satu.
Huruf (التاء)  : Dikenali dengan (المثناة الفوقية) bermaksud dua titik, dibawah huruf.
Huruf (الثاء)  : Dikenali dengan (المثلثة), bermaksud tiga titik.

Huruf-huruf ini (الباء-التاء-الثاء) ini juga dikenali dengan nama huruf (المعجمة) yang bermaksud huruf-huruf yang mempunyai titik. Manakala huruf-huruf yang tidak mempunyai titik pula dikenali dengan nama huruf (مهملا). Kategori huruf-huruf ini seperti berikut:

المعجمة
المهملة
الموحدة
المثناة
الموحدة الفوقية
المثناة التحتية
الجيم
الحاء
الفاء
القاف
النون
الياء
الخاء
الدال




الذال
الراء




الزاي
السين




الشين
الصاد




الضاد
الطاء




الظاء
العين




الغين
الكاف





اللام





الميم





الهاء





الواو






Selain itu, huruf (الدال المعجمة) bermaksud huruf (الذال) dan huruf (السين المعجمة) bermaksud huruf (الشين).

Thursday, 27 March 2014

...Hadith Tentang Kelebihan Ahli Al-Qur'an di Akhirat Kelak...




رقم الحديث: 1179من كتاب شرح السنة للحسين بن مسعود البغوي 516

(حديث مرفوع) أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ أَحْمَدَ الْمَلِيحِيُّ، أنا أَبُو مَنْصُورٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَمْعَانَ، نا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ الْجَبَّارِ، نا حُمَيْدُ بْنُ زَنْجُوَيْهِ، نا أَبُو نُعَيْمٍ، نا بَشِيرُ بْنُ الْمُهَاجِرِ الْغَنَوِيُّ، نا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ:
كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمِعْتُهُ، يَقُولُ: تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلا يَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ" ثُمَّ سَكَتَ سَاعَةً، ثُمَّ قَالَ: "تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا الزَّهْرَاوَانِ، وَإِنَّهُمَا تُظِلانِ صَاحِبَهُمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ غَيَايَتَانِ، أَوْ فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، وَإِنَّ الْقُرْآنَ يَأْتِي صَاحِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يَنْشَقُّ عَنْهُ قَبْرُهُ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ، فَيَقُولُ لَهُ: هَلْ تَعْرِفُنِي؟ فَيَقُولُ: مَا أَعْرِفُكَ، فَيَقُولُ: أَنَا صَاحِبُكَ الْقُرْآنُ الَّذِي أَظْمَأْتُكَ بِالْهَوَاجِرِ، وَأَسْهَرْتُ لَيْلَكَ، وَإِنَّ كُلَّ تَاجِرٍ مِنْ وَرَاءِ تِجَارَتِهِ، وَإِنَّكَ الْيَوْمَ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تِجَارَةٍ، فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ، وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا، فَيَقُولانِ: بِمَ كُسِينَا هَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُمَا: بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ، ثُمَّ يُقَالُ: اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا، فَهُوَ فِي صُعُودٍ مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلا". هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ .

Hadith al-Marfu'. Diceritakan kepada kami Abd al-Wahid bin Ahmad al-Malihiy, diceritakan kepada kami Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Sam’an, diceritakan kepada kami Abu Ja’far Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Jabbar, diceritakan kepada kami Humaid bin Zanjuwaih, diceritakan kepada kami Abu Nu’aim, diceritakan kepada kami Basyir bin al-Muhajir al-Ghanawiy, diceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidat, daripada bapanya berkata:

Ketika aku duduk bersama-sama dengan nabi s.a.w, maka aku mendengar daripada baginda bersabda: Pelajarilah surah al-Baqarah sebab mempelajarinya adalah keberkatan & meninggalkannya adalah kerugian. Para penyihir tak berupaya untuk mengalahkannya. Kemudian baginda diam sesaat, lalu bersabda: Pelajarilah surah al-Baqarah & surah Ali Imran, sesungguhnya kedua-dua surah itu dinamakan 'al-Zahrawan' & kedua surah itu juga akan menaungi pembacanya pada hari kiamat. Kedua-dua surah seakan-akan seperti dua buah awan atau dua benda yang boleh menaungi manusia atau dua kumpulan burung yang melebarkan sayapnya. Sesungguhnya Al-Qur'an akan menemui pembacanya pada hari kiamat ketika kubur terbelah seperti seorang lelaki pucat (wajahnya karena takut). Ia berkata kepada pembacanya; Adakah engkau mengenaliku? Ia menjawab: Aku tak mengenalimu. Ia berkata; Aku adalah temanmu, Al-Qur'an yang telah menyebabkan kamu merasa dahaga ketika panas terik dan berjaga ketika waktu malam. Sesungguhnya setiap peniaga akan mempertahankan perniagaannya dan sesungguhnya aku pada hari ini akan mempertahankan setiap urusanmu. Lalu kekuasaan (al-Mulk) diberikan di tangan kanan pembaca Al-Qur'an itu & keberkekalan (al-Khuld) di tangan kirinya, serta dipakaikan mahkota kehormatan di kepalanya. Sementara kedua orang tuanya dipakaikan dengan dua pakaian yang tidak ternilai harganya walaupun dibandingkan dengan seisi dunia. Kedua orang tuanya berkata; Kenapa kami dipakaikan dengan pakaian ini? Dikatakan kepada keduanya; Kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an (membaca, memahami, menyakini dan mengamalkannya). Kemudian dikatakan kepadanya; Bacalah & naiklah ke tingkat-tingkat syurga serta bilik-biliknya. Maka ia pun terus naik selama ia membaca, baik secara cepat maupun secara lambat.

Martabat hadith ini adalah Hassan Qarib kerana terdapat padanya perawi yang dhaif iaitu Basyir bin al-Muhajir.