Friday, 17 December 2010

Ya Allah! Aku Rindukan Perjuangan Ini....

Hidup ini hanyalah pinjaman seketika yang diberikan oleh Allah s.w.t. Beruntunglah mereka yang menggunakan dunia ini untuk mencari kehidupan akhirat yang kekal abadi. Tapi ramai manusia yang terpesona dan asyik dengan nikmat dunia ini. Manusia sering kali tewas dengan hawa nafsu, Ya Allah! Peliharalah kami dari terpesona dengan tipu daya kehidupan di dunia ini. Ya Allah! Biarlah hati kami ini sentiasa merindui jalan perjuangan-MU, Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan mereka yang syahid dalam memdaulatkan kemuliaan agama-Mu di atas muka bumi ini. Slogan orang berjuang “be a good muslim or die as syuhada”….

Alangkah indah dan mulianya mereka ini, hayat mereka di dunia ini di sudahi dengan sebaik-baik kesudahan. Moga mereka berbahagia di akhirat kelak, Ya Allah aku rindukan perjuangan ini!

1. Sukarelawan dari Turki syahid diserang tentera yahudi pada 31 Mei 2010, ketika kapal bantuan dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

2. AsSyahid Dr Aziz Ar Rantisi
"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang. Seandainya Rantisi, AzZahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam dan semuanya gugur syahid, demi Allah kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan2 kita mengenggam senapang di dunia. InsyaAllah roh2 kita akan berpelukan di sisi Allah. Untuk itu biarkanlah Sharon dan kawan konspirator menggantung harapannya disini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini". Amanat terakhir. Syahid 17 April 2004.

3. AsSyahid Hassan Al Banna
Syahid pada 12 Februari 1949. Seorang Mujaddid abad ini.

4. AsSyahid Sheikh Ahmad Yassin
Syahid 22 Mac 2004 dibom Yahudi

5. Yahya Ayyash
Seorang engineer HAMAS yang sangat ditakuti oleh Israel, Pakar dalam membuat bom. Syahid pada 5 Januari 1996 dibom melalui satelit apabila beliau mengangkat telefon bimbitnya.

6. As Syahid Nizar Muhammad Rayyan
Pemimpin kanan Hamas juga Mufti Hamas, terbunuh dibedil Israel di apartmen beliau. Syahid bersama keempat-empat isteri dan sepuluh orang anak. AsSyahid pernah menghantar anak lelakinya sebagai pengebom berani mati yang berjaya membunuh 2 askar Israel. Syahid pada 1 Januari 2009

7. As Syahidah Zainab al-Ghazali
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah. Syahid pada 8 Ogos 2005 memperjuangkan Islam sepanjang hayat semasa pemerintahan rejim Jemal Abdel Nasser Mesir.

8. Sister Aminah As Silmi
Presiden Internasional Union of Muslim Women, organisasi yang mengukir banyak prestasi di bawah kepemimpinannya. Syahid kemalangan kereta di Newport, Tennesse, Amerika Syarikat pada 6 Mac 2010. Mutiara dari bumi Amerika, kisah sayu dan ranjau sepanjang jalan dari kristianiti menuju mardhatillah.

9. Marwa Al Sherbini

Syahid pada 1 Julai 2009 ditikam 18 kali di hadapan suami dan anak dalam mahkamah Jerman mempertahankan hijab.Beliau hamil 3 bulan semasa ditikam. 

10. As Syahid Fauzi Ismail
Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama. Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka tercatatlah selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail . Syahid 28 Julai 1989.

11. As Syahid Ustaz Ibrahim Libya
Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh syahid. Polis memanggil operasi mereka sebagai ‘Operasi Angkara/ Operasi Hapus.

12. Almarhum Ustaz Fadhil Noor
Syahid dalam perjuangan Islam pada 23 Jun 2002

13. As Syahid Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

14. Syuhada Tak Bai selatan Thailand
Terbunuh syahid dalam tahanan tentera Thai pada 25 Oktober 2004. Penunjuk2 perasaan ini disumbat beramai-ramai dan bertindih-tindih dengan tangan terikat kebelakang dalam trak askar. 78 mati sesak nafas dan 35 mayat lagi ditemui terapung di dalam sungai.

15. Menunggu Hukuman Mati Sabit Kesalahan- Syeikh Abu Bakar Ba'asyir
Pada 13 Disember 2010, Abu Bakar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan beberapa jenayah mengikut undang-undang anti-keganasan, termasuk menyediakan dana untuk kegiatan pengganas dan menggalakkan orang lain melakukan keganasan, berhubung kem latihan militan yang ditemui di Aceh awal tahun ini. “Dakwaan paling berat ialah dia menghasut orang lain supaya melakukan jenayah keganasan, yang membawa hukuman mati,” kata Ketua Pendakwa raya Indonesia.

Thursday, 16 December 2010

Pokok Krismas Termahal di dunia...Hebat Orang Arab!




Emirat Arab bersatu telah melancarkan sebatang pokok krismas dengan harga 11 juta dolar di sebuah hotel di ibukota Abu Dhabi menjelang Sambutan Tahun Baru Kristian 2011. Pengurus Besar Emirates Palace Hotel, Hans Olbertz mengumumkan sedemikian pada hari Rabu (15/12) bahawa pokok krismas yang ada di hotelnya adalah "pokok krismas yang termahal pernah ada," dengan nilai harga lebih dari 11 juta dolar!
Dengan ketinggian 13-meter (40 kaki), pokok krismas dari pine tiruan yang terletak di lobi hotel, dihiasi dengan busur perak dan emas, hiasan berbentuk bola dan lampu putih kecil. Kalung, anting-anting dan perhiasan lainnya terpasang di cabang-cabang pohon memberikan nilai lebih dari pokok krismas ini.
Pokok krismas tersebut memiliki jumlah 181 berlian, mutiara, zamrud, zafir dan batu berharga lainnya, kata Khalifa Khouri, pemilik Style Gallery, yang menyediakan perhiasan. Pokok itu sendiri harganya sekitar 10.000 dolar. Kata Olbertz. "Jika ditambah perhiasan maka pokok krismas ini memiliki nilai lebih dari 11 juta dolar - saya anggarkan bernilai 11,4, 11,5 juta dolar."
Emirates Palace Hotel bercadang untuk menghubungi Guinness book of World Record untuk memasukkan pokok krismas ini dalam catatan mereka, yang dapat membuat tawaran agar tersenarai sebagai pokok yang dihiasi paling mahal di dunia.

Tuesday, 14 December 2010

10 Perkara Keagamaan Penting 2010

Sepanjang tahun 2010, telah menyaksikan pelbagai peristiwa keagamaan yang penting telah menjadi perhatian seluruh dunia terutamanya dunia umat Islam. Antara 10 peristiwa penting 2010 yang telah tercatat sebagai catatan sejarah adalah: 

1. Kempen Membakar Al-Qur'an 2010 sempena untuk mempringati peristiwa 9/11 oleh Pastor Terry Jones (Laknaktullah) Florida, Amerika Syarikat.


2. Pembangunan Masjid di Wilayah Ground Zero
Pembangunan masjid dan pusat masyarakat Islam yang diusulkan dibangun di Park51 beberapa blok dari lokasi Ground Zero, kawasan tempat serangan 9/11 terjadi. Setidaknya 60% warga Amerika menentang pembangunan masjid tersebut, meskipun presiden Obama sendiri mendukung hak umat Islam AS untuk membangun masjid dan pusat komunitas Islam itu.

3. Kebangkitan Islamofobia di Eropah
Selama 12 bulan terakhir gelombang permusuhan terhadap Islam (Islamofobia) semakin meningkat di Eropah Barat, meskipun telah ada usaha yang dilakukan oleh umat Islam  untuk melawan hal itu dan mencuba melakukan dialog secara berterusan bagi memberi penjelasan tentang Islam.


Di antara gerakan Islamofia terkenal yang terjadi pada tahun 2010 adalah pembatasan dan pelarangan penggunaan jilbab, terutama di Eropah Barat, terakhir di Sepanyol, yang memperlakukan larangan jilbab di kawasan bangunan kerajaan pada bulan lalu. Perancis adalah salah satu negara pertama di Eropah Barat, yang parlimennya bersetuju untuk larangan memakai purdah di tempat umum, tindakan Perancis ini akan disusul oleh negara Belanda, Denmark, British dan Belgium.

4. Perlantikkan Syeikh Al-Azhar yang baru
Setelah Syeikh Al-Azhar, Muhammad Tanthawi meninggal dunia, Dr. Ahmad At-Thayib pada bulan March lalu dipilih untuk sebagai Syeikh al-Azhar yang baru.

5. Penghinaan Terhadap Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a oleh Yassir Habib
Lelaki kelahiran Kuwait tahun 1979 ini, menjadi semakin terkenal setelah ceramah-ceramahnya di London secara terang-terangan menghina Ummul mukminin Aisyah. Sosok Ummul Mukminin Sayyidah Aisyah, RA ia tuduh dengan tuduhan yang "tidak-tidak". Dalam tuduhannya itu, Habib bahkan telah melanggar batas-batas etika. Yasir Habib adalah seorang da'i dan ulama muda Syi'ah yang berasal dari Kuwait. Pada bulan Disember tahun 2004, dirinya bermigrasi ke London. Sebelumnya pada bulan November tahun 2003, dia pernah ditangkap dan dipenjara selama satu tahun oleh pemerintah Kuwait atas tuduhan 'mengutuk' sahabat terkemuka dan isteri Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Aisyah Radiallahuanhum, sehubungan dengan rakaman ceramah tertutup peribadinya.


Pada bulan Februari 2004 dia dibebaskan di bawah pengampunan tahunan yang diumumkan oleh Amir Kuwait pada kesempatan Hari Nasional negara, tetapi kemudian ditangkap kembali beberapa hari kemudian. Yasir al-Habib kemudian 'melarikan diri' dari Kuwait sebelum dia dijatuhi hukuman 25 tahun penjara. Menjelang akhir September, pemerintah Kuwait mencabut hak kewarganegaraan Yasir Habib selain alasan penghinaan terhadap para sahabat dan isteri Rasulullah, dia juga memiliki kewarganegaraan berganda Kuwait-Britain yang menurut aturan pemerintah Kuwait hal tersebut dilarang.


Masih menjelang akhir September, pemerintah Kuwait telah meminta pihak interpol untuk menangkap Yasir Habib dan menyerahkannya ke Kuwait untuk diadili. "Kami terpaksa meminta interpol bertindak berdasarkan permintaan dari jaksa penuntut umum Kuwait untuk membawa Habib ke pengadilan di Kuwait," kata menteri dalam negeri Kuwait Syaikh Jabir Al-Khalid pada waktu itu. Namun ada yang menarik dari kes Yasir Habib ini, para ibu di Morocco banyak memberikan nama anak perempuan mereka yang baru lahir dan akan lahir dengan nama Aisyah, merujuk kepada nama isteri Rasulullah yang telah dinistakan oleh Yasir Habib. Para ibu tersebut menyatakan bahawa tindakan mereka ini sebagai jawapan sederhana atas penghinaan Habib terhadap ummul mukminin Aisyah, Ra.

6. Kenyataan Coptic Bishop Mesir terhadap Nabi Isa a.s dan Al-Qur'an
Sekretari gereja koptik Mesir, Bishop telah menimbulkan kehebohan dikalangan umat Islam, setelah pada bulan September lalu dirinya mempersoalkankan kredibiliti ayat-ayat Al-Quran yang menyangkal tentang penyaliban nabi Isa.

7. Penganiyaan Terhadap Penganut Kristian Timur Tengah
Tebusan terhadap sebuah gereja kristian di Irak oleh tentera Amerika dan mengakibatkan puluhan warga Kristian tewas di gereja tersebut juga menjadi catatan penting dalam peristiwa keagamaan yang menghebohkan pada tahun 2010 ini.

8. Vatican dan scandal pencabulan seks terhadap kanak-kanak
Pada bulan March 2010 media melaporkan adanya ratusan pencabulan seksual yang dilakukan para pastor katolik terhadap anak-anak yang dilakukan di Ireland, Jerman dan Belgium. Meski Paus Benedictus telah meminta maaf, namun para keluarga korban menuntut adanya tindakan Paus yang lebih tegas atas kes yang memalukan Vatikan ini.

9. Perempuan boleh menjadi Imam dalam Agama Kristian
Untuk pertama kalinya dalam sejarah wakil-wakil dari gereja-gereja evangelis Protestan" Timur pada tahun 2010 menyepakati bolehnya "imam" perempuan dalam masyarakat kristen protestan di Timur Tengah termasuk Mesir, yang hal ini bertentangan dengan keadaan yang berlaku di gereja-gereja Katolik dan Ortodoks.

10.Paus Benedictus XVI menyokong penggunaan kondom
Selama ini Paus Vatikan menolak seruan untuk penggunaan kondom, namun sekitar dua bulan yang lalu Paus mengubah 'fatwa'nya dan membolehkan umat katolik menggunakan kondom untuk mencegah merebaknya wabak Aids yang meningkat.