Tuesday, 17 December 2013

Hadith Pokok Kurma Menangis...



Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhariy (hadith nombor 3563) dari Jabir bin Abdillah r.a dalam bab tanda-tanda kenabian tentang perihalan tangisan pokok kurma kerana nabi s.a.w menggantikannya dengan mimbar baru ketika berkhutbah: 

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلَى شَجَرَةٍ أَوْ نَخْلَةٍ، فَقَالَتْ لَهُ امْرَأَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ، أَوْ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلا نَجْعَلُ لَكَ مِنْبَرًا؟ قَالَ:"إِنْ شِئْتُمْ "فَجَعَلُوا لَهُ مِنْبَرًا، فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ذَهَبَ إِلَى الْمِنْبَرِ، فَصَاحَتِ النَّخْلَةُ صِيَاحَ الصَّبِيِّ، فَنَزَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَضَمَّهَا إِلَيْهِ، كَانَتْ تَئِنُّ أَنِينَ الصَّبِيِّ الَّذِي يَسْكُتُ، كَانَتْ تَبْكِي عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنَ الذِّكْرِ عِنْدَهَا.

Maksudnya: “Dari Jabir bin Abdillah r.a berkata, dahulu Rasulullah s.a.w pada hari Jumaat selalu berdiri di sebatang pokok kurma. Lalu seorang wanita dari kalangan Ansar berkata atau seorang lelaki: Wahai Rasulullah! mahukah engkau kami buatkan mimbar? Rasulullah menjawab: “Jika kamu sudi buatlah”. Lalu mereka membuatkannya. Bila tiba hari Jumaat, Rasulullah keluar menuju mimbar (yang baru itu), lalu menangislah pokok kurma itu seperti tangisan seorang bayi. Lalu Rasul s.a.w pun turun kemudian menyentuh pokok (kayu) yang menangis seperti tangisan seorang anak kecil dan ia pun diam. Pokok kurma itu menangis kerana kebiasaannya dahulu mendengar zikir yang diucapkan di sisinya”.  

Sunday, 21 July 2013

Kisah Ibn Huzaifah al-Yaman (penyimpan rahsia Nabi s.a.w) dan Umar al-Khatab r.a


Kisah yang menarik untuk difikirkan. Tutur kata yang keluar dari mulut orang yang soleh umpama butiran mutiara yang sangat berharga. Kisahnya, saidina Umar r.a bertemu dengan Huzaifah al-Yaman dan bertanyakan khabarnya, bagaimanakah keadaannya padavpagi ini. Maka Huzaifah al-Yaman menjawab:

"sesungguhnya pada pagi ini aku bencikan yang HAK dan cintakan kepada FITNAH, aku bersaksikan dengan sesuatu yang aku TIDAK MELIHATNYA, aku menjaga sesuatu yang BUKAN MAKHLUK, aku bersalat TANPA WUDUK dan aku mempunyai sesuatu di atas muka bumi yang ALLAH s.w.t tidak memilikinya".

Mendengar jawapan dari Huzaifah al-Yaman, saidina Umar r.a menjadi sangat marah dan terus beredar serta berazam akan memberi balasan (memukul) suatu hari nanti. Ketika saidina Umar r.a beredar beliau bertemu dengan saidina Ali r.a. Maka Ali r.a bertanya kepada sahabatnya apakah yang menyebabkannya menjadi terlalu marah. Maka Umar r.a menceritakan dialognya bersama-sama dengan Huzaifah al-Yaman sebentar tadi. Response saidina Ali r.a terhadap jawapan Huzaifah al-Yaman ialah:

-Sesungguhnya benarlah ia bencikan yang HAK dan cintakan kepada FITNAH sebab HAK yang dimaksud olehnya adalah kematian, manakala FITNAH pula ialah anak-anak dan harta benda.

- Sesungguhnya benarlah ia menjadi saksi kepada benda yang tidak dilihat olehnya, iaitu dia bersaksikan tentang kewujudan Allah, kematian, kebangkitan semula, hari kiamat, syurga dan neraka. Semua perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

- Sesungguhnya benarlah ia sentiasa menjaga sesuatu yang bukan MAKHLUK, iaitu Al-Qur'an Al-Karim. Al-Qur'an bukan makhluk yang bersifat musnah, tetapi ia merupakan Kalam Allah s.w.t yang bersifat qadim.

-Sesungguhnya benarlah ia bersalat tanpa wuduk, salat itu ialah salawat ke atas nabi s.a.w.

-Sesungguhnya benarlah ia mempunyai sesuatu di atas muka bumi yang Allah tidak memilikinya iaitu dia memiliki anak dan isteri, sedangkan Allah s.w.t itu bersifat tunggal, tidak beranak, tidak diperanakkan dan tidak pula mempunyai isteri. 

Mendengar jawapan dari saidina Ali. r.a, maka saidina umar menggungkapkan kata-katanya yang masyhur:

"كُلُّ النَّاسِ أَعْلَمُ مِنْ عُمَرَ"

Sunday, 30 December 2012

Hadith Tentang 10 Perbuatan Fitrah Manusia



Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a berkaitan dengan sepuluh perkara fitrah yang dilakukan oleh manusia. Sabda nabi s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (1998:1:223:261):

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَشْرٌ مِنْ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ، وَالسِّوَاكُ، وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ، وَقَصُّ الْأَظْفَارِ، وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ، وَنَتْفُ الْإِبِطِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ) قَالَ زَكَرِيَّاءُ قَالَ مُصْعَبٌ وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ).

Maksudnya: Daripada ‘Aisyah r.a berkata, nabi s.a.w telah bersabda: Sepuluh perkara termasuk fitrah iaitu mengunting misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, bersuci dengan air (berkata Zakariyya’ berkata Mus’ab aku lupa yang kesepuluh melainkan ia adalah berkumur-kumur).

Thursday, 29 November 2012

Ayat Al-Qur’an Sebagai Pagar Rumah



Bila masuk rumah baru, antara perkara yang perlu dilakukan ialah pastikan pagar rumah dalam keadaan baik. Zaman sekarang ni, pagar rumah dah jadi macam satu keperluan. Rumah yang berpagar dan berkunci pun kena pecah juga. Setelah kita berusaha, urusan selebihnya serah kepada Allah s.w.t.

Dalam Islam untuk memastikan rumah dan isi rumah terselamat dari sebarang jenayah dan gangguan, jangan dilupa untuk memagarnya dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Karim. Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Qur’an di dalamnya seumpama kubur yang gelap, suci dan sepi. Oleh itu janganlah kita jadikan rumah kita seumpama kubur.

Trend sekarang ramai yang telah berminat semula kepada cara Islam termasuklah dalam urusan memagar rumah. Rumah dipagar bukan sekadar dari pelakuan jenayah, tapi yang lebih utama dari gangguan makhluk halus seperti iblis, syaitan, jin, sihir dan sebagainya.  Tapi yang masalahnya, ada kumpulan tertentu yang menjadikan urusan memagar rumah ni sebagai bisnes. Kos untuk memagar rumah bergantung kepada keadaan rumah dan pemiliknya. Paling murah pun kosnya RM500 ke atas. Kalau sehari boleh pagar sebiji rumah, sebulan dapat 10 biji rumah pun dah cukup.

So untuk menjimatkan kos, dan mudah-mudahan lebih berkat, eloklah buat sendiri. Sebab kalo diri sendiri yang berdoa kepada Allah s.w.t, Insya Allah doa tersebut lebih kyusuk dan mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkannya. Terdapat banyak ayat untuk memagar rumah yang menjadi amalan ulama terdahulu. Kalau buka tafsir Ibn Kathir, boleh rujuk tafsiran surah Al-Baqarat bab fadhilat dan kelebihan surah Al-Baqarat. Ada ayat yang berkaitan dengan pendinding rumah agar tidak dimasuki oleh syaitan. Amalan ayat untuk memagar rumah antaranya:

1. Keseluruhan surah Al-Baqarah. Kalo baru nak masuk rumah/baru pindah, sebelum mula tidur kat rumah tu eloknya baca satu surah Al-Baqarat dalam rumah tersebut. Lagi bagus kalo ada ramai yang boleh membaca, setiap orang baca pada setiap penjuru rumah. Sebab rumah yang dibacakan dengan surah Al-Baqarah syaitan tidak akan masuk. Kalo jin dan syaitan sedia ada dalam rumah tersebut, maka ia akan bertempiaran lari. Kalo dapat diulang bacaaan surah Al-Baqarat ini sebanyak tiga kali.

2. Sekiranya rasa agak berat untuk membaca surah Al-Baqarat secara keseluruhan disebabkan oleh halangan-halangan tertentu, makan ringkasannya dengan membaca 11 ayat dari surah Al-Baqarah. Ayat-ayat tersebut ialah:

Nombor ayat
Ayat
1-5
الـم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
255-257
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256) اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
284-286
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (284) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ  مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)


Seterusnya membaca 4 ayat dari surah Ali ‘Imran dan 1 ayat dari surah Al-Mukminun:

Ali ‘Imran
Ayat
18-19

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
26-27
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
Al-Mukminun
Ayat
29
وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (29)

Langkah seterusnya, laungkan azan dekat setiap bilik dan setiap penjuru rumah. Setelah selesai azan maka rejamkan syaitan/iblis/jin dengan membaca ayat dibawah ditapak tangan kemudian isyaratkan lontaran ketiang sebanyak tiga kali. Bacaan tersebut ialah:

بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه.

Maka selesailah urusan memagar rumah. Kalau dapat buat sebanyak 7 hari berturut-turut. Sekiranya tak dapat 3 hari berturut-turut. Kalau tak dapat juga, sekali pun oklah dari tak ada langsung. Paling TERBAIK baca tiap-tiap hari kat rumah. Bukan panjang pun ayatnya. Kalaulah kita perasan, semua ayat ni ada dalam Al-Mathurat kecuali ayat dari 18-19 surah Ali Imran dan ayat 29 dari surah Al-Mukminun. So Al-Mathurat kita baca setiap pagi dan setiap petang, ayat 18-19 surah Ali Imran pula kita baca dalam wirid selepas sembahyang dan ayat 29 surah Al-Mukminun plak kita baca setiap kali pulang dan masuk ke dalam rumah. Jadi, sebenarnya amalan harian kita ini adalah bacaan-bacaan untuk memagar rumah, so tak perlulah panggil orang untuk memagarkannya. Insya Allah memagar rumah dengan ayat-ayat Al-Qur’an lebih hebat dari mengawasinya dengan CCTV.

Tuesday, 27 November 2012

Penggunaan lafaz (سَلَّمَ) dan (سَلِّمْ) dalam selawat


i. Lafaz (سَلَّمَ) dalam bentuk Al-Fiil Al-Madi.:

وصَلَّى اللهُ على محمدٍ وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وبَارَكَ وسَلَّمَ

Perkataan
Al-‘Irab
(صَلَّى) (بَارَكَ) dan (سَلَّمَ)
Fiil Al-Madi
Hukum: Al-Mabni
Tandanya: Al-Fathat



ii. Lafaz (سَلِّمْ) dalam bentuk Al-Fiil Al-Amr/Perintah:


اللَّهمَ صَلِّ على سَيِّدِنَا محمدٍ وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وبَارِكْ وسَلِّمْ

Perkataan
Al-‘Irab
(صَلِّ)
Fiil Al-Amr
Hukum: Al-Mabni
Tandanya: Digugurkan huruf Al-I‘Lat

(بَارِكْ) dan (سَلِّمْ)
Fiil Al-Amr
Hukum: Al-Mabni
Tandanya: Al-Sukun

MAKSUD AL-WASILAH (الوسيلة) DALAM AL-QUR’AN, AL-HADITH DAN ATHAR



 1. Makna wasilah (الوسيلة) yang terdapat dalam Al-Qur’an Al-Karim, Al-Hadith dan Athar As-Sahabat:

i. Makna (الوسيلة) dalam Al-Qur’an Al-Karim dalam firman Allah s.w.t surah Al-Maidah ayat 35:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya

ii. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’ ayat 57:
Maksudnya:Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya.

Ulama mentafsirkan perkataan (الوسيلة) dalam kedua-dua ayat ini sebagai jalan mencari keredhaan Allah s.w.t dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan ketaqwaan.

ii. Makna (الوسيلة) dalam hadith nabi s.a.w, sabda nabi s.a.w:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ-              .صحيح مسلم-

Maksudnya: Dari Abdillah bin ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya dia mendengar nabi s.a.w bersabda: Sekiranya kamu mendengar seruan azan, maka berkatalah seperti mana yang dikatannya kemudian berselawatlah ke atasku, maka sesungguhnya barang siapa yang selawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat, kemudian mohonlah kepada Allah ke atasku Al-Wasilah. Sesungguhnya ia adalah kedudukan di dalam syurga, tidak memperolehi olehnya melainkan hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharapa agar akulah orangnya. Barang siapa yang memohon ke atasku Al-Wasilah maka halallah (layaklah) ke atasnya Al-Syafaat.
Maksud (الوسيلة) dalam hadith ini ialah satu kedudukan yang tinggi dan terpuji dalam syurga Allah s.w.t. Sering dibaca dalam doa selepas azan: (آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ) yang bermaksud: berikanlah kedudukan yang tinggi dan kelebihan.

iii. Athar sahabat. Saidina Umar Al-Khattab yang meminta kepada bapa saudar nabi s.a.w Al-Abbas r.a untuk mendoakan ke atasnya selepas kewafatan nabi s.a.w. Ulama sepakat mengatakan harus meminta kepada orang yang masih hidup untuk mendoakan ke atas diri kita atau ke atas diri orang yang telah mati. Ini juga di kenali sebagai (الوسيلة). Tetapi haram hukumnya meminta kepada orang yang telah mati sebagai perantara (الوسيلة) dalam berdoa. Ini kerana orang yang telah mati tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang hidup dan semua amalannya telah terputus melainkan tiga perkara, seperti hadith nabi s.a.w:
عن أبي هريرة أن رسول الله قال: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له. -رواه مسلم-
Maksudnya: Sekiranya mati anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.