i. Makna (الوسيلة)
dalam Al-Qur’an Al-Karim dalam firman Allah s.w.t surah Al-Maidah ayat 35:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ﴾
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah
kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan
mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya
ii. Firman Allah s.w.t dalam surah
Al-Isra’ ayat 57:
Maksudnya:Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing
mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat),
sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya.
Ulama mentafsirkan perkataan (الوسيلة)
dalam kedua-dua ayat ini sebagai jalan mencari keredhaan Allah s.w.t dan mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t dengan ketaqwaan.
ii. Makna (الوسيلة)
dalam hadith nabi s.a.w, sabda nabi s.a.w:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ
صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي
الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ
أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ- .صحيح مسلم-
Maksudnya:
Dari Abdillah bin ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya dia mendengar nabi s.a.w
bersabda: Sekiranya kamu mendengar seruan azan, maka berkatalah seperti mana
yang dikatannya kemudian berselawatlah ke atasku, maka sesungguhnya barang
siapa yang selawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat
ke atasnya dengan sepuluh selawat, kemudian mohonlah kepada Allah ke atasku
Al-Wasilah. Sesungguhnya ia adalah kedudukan di dalam syurga, tidak memperolehi
olehnya melainkan hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharapa agar akulah
orangnya. Barang siapa yang memohon ke atasku Al-Wasilah maka halallah
(layaklah) ke atasnya Al-Syafaat.
Maksud
(الوسيلة)
dalam hadith ini ialah satu kedudukan yang tinggi dan terpuji dalam syurga
Allah s.w.t. Sering dibaca dalam doa selepas azan: (آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ) yang bermaksud:
berikanlah kedudukan yang tinggi dan kelebihan.
iii. Athar sahabat. Saidina Umar Al-Khattab
yang meminta kepada bapa saudar nabi s.a.w Al-Abbas r.a untuk mendoakan ke
atasnya selepas kewafatan nabi s.a.w. Ulama sepakat mengatakan harus meminta kepada
orang yang masih hidup untuk mendoakan ke atas diri kita atau ke atas diri
orang yang telah mati. Ini juga di kenali sebagai (الوسيلة).
Tetapi haram hukumnya meminta kepada orang yang telah mati sebagai perantara (الوسيلة)
dalam berdoa. Ini kerana orang yang telah mati tidak memberi apa-apa manfaat
kepada orang hidup dan semua amalannya telah terputus melainkan tiga perkara,
seperti hadith nabi s.a.w:
عن أبي هريرة أن
رسول الله قال:
إذا مات ابن آدم انقطع
عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له. -رواه مسلم-
Maksudnya: Sekiranya mati anak Adam maka terputuslah
amalannya melainkan tiga: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak
soleh yang mendoakannya.
Org hidup tiada kuasa utk memberi kesan, orang mati pun begitu. Yang ada kuasa dan memberi kesan hanyalah Allah. Percaya org hidup ada kuasa dan meninggalkan kesan maka jatuh syirik.
ReplyDeleteAmalan tawassul yg diamalkan ASWJ kpd arwah yg diketahui dekat dgn Allah ketika hidupnya, bukan bermaksud meminta kpd org mati. Tetapi berwasilah dgn keberkatan arwah, mudah-mudahan Allah perkenankan doa kita. Hal ini kerana tidak semua org makbul doanya, ada yg terhijab kerana dosa-dosa.