Bila masuk rumah baru, antara perkara yang
perlu dilakukan ialah pastikan pagar rumah dalam keadaan baik. Zaman sekarang
ni, pagar rumah dah jadi macam satu keperluan. Rumah yang berpagar dan berkunci
pun kena pecah juga. Setelah kita berusaha, urusan selebihnya serah kepada
Allah s.w.t.
Dalam Islam untuk memastikan rumah dan isi rumah terselamat dari sebarang jenayah dan gangguan, jangan dilupa untuk memagarnya dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Karim. Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Qur’an di dalamnya seumpama kubur yang gelap, suci dan sepi. Oleh itu janganlah kita jadikan rumah kita seumpama kubur.
Trend sekarang ramai yang telah berminat semula
kepada cara Islam termasuklah dalam urusan memagar rumah. Rumah dipagar bukan
sekadar dari pelakuan jenayah, tapi yang lebih utama dari gangguan makhluk halus
seperti iblis, syaitan, jin, sihir dan sebagainya. Tapi yang masalahnya, ada kumpulan tertentu
yang menjadikan urusan memagar rumah ni sebagai bisnes. Kos untuk memagar rumah
bergantung kepada keadaan rumah dan pemiliknya. Paling murah pun kosnya RM500
ke atas. Kalau sehari boleh pagar sebiji rumah, sebulan dapat 10 biji rumah pun
dah cukup.
So untuk menjimatkan kos, dan mudah-mudahan
lebih berkat, eloklah buat sendiri. Sebab kalo diri sendiri yang berdoa kepada
Allah s.w.t, Insya Allah doa tersebut lebih kyusuk dan mudah-mudahan Allah
s.w.t memakbulkannya. Terdapat banyak ayat untuk memagar rumah yang menjadi amalan
ulama terdahulu. Kalau buka tafsir Ibn Kathir, boleh rujuk tafsiran surah
Al-Baqarat bab fadhilat dan kelebihan surah Al-Baqarat. Ada ayat yang berkaitan
dengan pendinding rumah agar tidak dimasuki oleh syaitan. Amalan ayat untuk
memagar rumah antaranya:
1. Keseluruhan surah Al-Baqarah. Kalo baru nak
masuk rumah/baru pindah, sebelum mula tidur kat rumah tu eloknya baca satu
surah Al-Baqarat dalam rumah tersebut. Lagi bagus kalo ada ramai yang boleh
membaca, setiap orang baca pada setiap penjuru rumah. Sebab rumah yang
dibacakan dengan surah Al-Baqarah syaitan tidak akan masuk. Kalo jin dan
syaitan sedia ada dalam rumah tersebut, maka ia akan bertempiaran lari. Kalo
dapat diulang bacaaan surah Al-Baqarat ini sebanyak tiga kali.
2. Sekiranya rasa agak berat untuk membaca
surah Al-Baqarat secara keseluruhan disebabkan oleh halangan-halangan tertentu,
makan ringkasannya dengan membaca 11 ayat dari surah Al-Baqarah. Ayat-ayat
tersebut ialah:
Nombor ayat
|
Ayat
|
1-5
|
الـم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ
لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ
وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
|
255-257
|
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ
الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ
مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) لَا إِكْرَاهَ
فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ
بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ
الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256) اللَّهُ
وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ
النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ
|
284-286
|
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا
فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ
يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ
وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (284) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ
إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ
وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا
وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ
اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا
اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا
وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ
عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى
الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)
|
Seterusnya membaca 4 ayat dari surah Ali ‘Imran
dan 1 ayat dari surah Al-Mukminun:
Ali ‘Imran
|
Ayat
|
18-19
|
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا
إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ
لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ
الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ
مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ
فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
|
26-27
|
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي
الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ
تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي
اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ
الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
|
Al-Mukminun
|
Ayat
|
29
|
وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ (29)
|
Langkah seterusnya, laungkan azan dekat setiap
bilik dan setiap penjuru rumah. Setelah selesai azan maka rejamkan
syaitan/iblis/jin dengan membaca ayat dibawah ditapak tangan kemudian
isyaratkan lontaran ketiang sebanyak tiga kali. Bacaan tersebut ialah:
بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه.
Maka selesailah urusan memagar rumah. Kalau dapat buat
sebanyak 7 hari berturut-turut. Sekiranya tak dapat 3 hari berturut-turut. Kalau
tak dapat juga, sekali pun oklah dari tak ada langsung. Paling TERBAIK baca
tiap-tiap hari kat rumah. Bukan panjang pun ayatnya. Kalaulah kita perasan,
semua ayat ni ada dalam Al-Mathurat kecuali ayat dari 18-19 surah Ali Imran dan
ayat 29 dari surah Al-Mukminun. So Al-Mathurat kita baca setiap pagi dan setiap
petang, ayat 18-19 surah Ali Imran pula kita baca dalam wirid selepas
sembahyang dan ayat 29 surah Al-Mukminun plak kita baca setiap kali pulang dan
masuk ke dalam rumah. Jadi, sebenarnya amalan harian kita ini adalah
bacaan-bacaan untuk memagar rumah, so tak perlulah panggil orang untuk
memagarkannya. Insya Allah memagar rumah dengan ayat-ayat Al-Qur’an lebih hebat
dari mengawasinya dengan CCTV.
Assalamualaikum wbt Tuan!
ReplyDeleteQobiltu!
Saya mohon salin dan amalkan ayat Al Quran ini
Semoga memberi manafaat dan barokah dunia dan akhirat Amin........
Terima kasih ustaz saipol. :)
ReplyDelete