“salam ustaz, sy nak kepastian.kwn sy dpt msj dr suaminya.ktnya: ktnya "awk bliklh, kt bercerai dkt mhkmah.kt dh xblh hdup skali dh. kt akan bercerai". apakah jtuh talak suami brkt cm 2?apa y ptut dbuat?”
Ustaz menjawab : Talak tidak jatuh lagi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh suami. Sekarang ini Pejabat Agama memperuntukkan talak perlu dijatuhkan di dalam mahkamah demi untuk menjaga kepentingan dan hak wanita. Mana-mana talak yang luar mahkamah hukumnya adalah sah sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan perlu membayar sejumlah denda.
Ungkapan suami yang menunjukkan talak belum berlaku: bercerai dkt mahkamah dan kita akan bercerai. Maksudnya talak akan digugurkan di mahkamah, selagi tidak berada di mahkamah maka talak tidak berlaku.
Talak adalah jalan penyelesaian yang terakhir, sekiranya demi untuk kebaikkan bersama dan agar tidak berlaku mana-mana kezaliman pada pasangan di samping untuk mengelakkan daripada berlakunya penderhakaan kepada pasangan, maka talak itu diharuskan dalam Islam. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Ketaatan seorang anak adalah kepada ibu bapanya, dan ketaatan seorang isteri adalah kepada suaminya selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Hidup berumah tangga ini kadang-kadang tidak seindah yang disangkakan, tidak sehebat yang diimpikan. Dalam hidup berumah tangga perlu banyak bersabar, saling faham memahami dan bertolak ansur. Suami perlu faham tanggung jawabnya dan perlu dilaksanakan amanah tersebut. Isteri pula perlu faham akan situasi dan kedudukannya sebagai seorang isteri dan perlu memahami tanggung jawab seorang suami.
Apabila berlakunya perkahwinan maka tanggung jawab seorang gadis berpindah dari ibu bapanya kepada suaminya, tetapi seorang lelaki apabila berlaku perkahwinan, tanggung jawab yang sedia ada kepada ibu bapa tidak beralih sebaliknya kekal dan perlu memikul tanggung jawab satu lagi iaitu tanggung jawab terhadap isterinya. Bertambahnya tanggung jawab untuk seorang suami, tetapi untuk isteri beralih atau berpindah tanggung jawabnya.
Perkahwinan itu satu ibadah, jangan melihat perkahwinan itu dari sudut nafsu sahaja. Kita berkahwin untuk mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah. Sekiranya melalui perkahwinan boleh mendekatkan diri kita kepada Allah maka perkukuhkanlah perkahwinan itu, Tetapi sekiranya perkahwinan itu akan menjauhkan dan melalaikan kita dari Allah swt maka hindarilah ia. Perkahwinan itu memerlukan kepada ilmu yang secukupnya dan tidak mencukupi dengan bekalan nafsu semata-mata. Rasulullah saw sendiri pun pernah mengalami masalah rumah tangga dengan isteri-isteri baginda, apalah lagi kita manusia biasa ni.
Kisah Rabiatul Adawiyah yang menolak pinangan Hassan al-Basri dengan memberikan 2 alasan:
1. Aku ini wanita dianugerahkan dengan 9 nafsu dan 1 akal, dan kamu lelaki dianugerahkan 9 akal dan 1 nafsu. Kenapa aku boleh mengunakan akal ku yang 1 untuk mengemudi nafsu ku yang 9, tetapi kenapa kamu lelaki tidak menggunakan akal mu yang 9 untuk mengemudi nafsu mu yang 1?
2. Aku tidak mahu berkongsi cintaku kepada Pencipta dengan sesuatu yang lain. Cintaku sepenuhnya telah diberikan kepada Penciptaku. Pulanglah kamu…
No comments:
Post a Comment