Saturday, 6 February 2010

...Qardawi Pun Difitnah...sah! tanda-tanda akhir zaman...


Dalam komentar pertamanya Syeikh Yusuf Qardhawi, presiden persatuan ulama Islam internasional terkilan atas insiden pemasangan poster-poster tentang dirinya di tebing barat yang sedang berjabat tangan dan berpelukan dengan para rahib Yahudi. Syeikh Qardhawi menyatakan bahawa hal tersebut membuktikan bahwa pihak penyokong Mahmud Abbas dalam keadaan terdesak telah melakukan penipuan serta fitnah untuk beroleh sokongan.
Qardhawi menyatakan hal ini dalam khutbah Jumaat beliau di sebuah masjid di Doha Qatar. Beliau menyatakan bahawa pihak penyokong Mahmud Abbas telah menyalah gunakan foto-fotonya di tebing barat disebabkan oleh fatwa beliau agar Mahmud Abbas di rejam kerana menyokong Israel menyerang Gaza, padahal Qardhawi sendiri berjabat tangan dengan para rahib Yahudi.
Dalam khutbahnya, Syeikh Qardhawi berkata: "Hal ini memperlihatkan bahawa penyokong-penyokong Mahmud Abbas benar-benar erdesak dan telah melakukan penipuan serta fitnah". Qardhawi menjelaskan bahawa para rahib yang berkunjung ketempatnya serta berjabat tangan bahkan berpelukan dengan dirinya, merupakan rahib Yahudi yang menentang pendirian negara Israel dan anti zionisme. Gambar ini sebenarnya telah diekplotasi dan disalah-ertikan oleh golongan-golongan yang berkepentingan.
Sebelum ini Syeikh Qardhawi telah menggesa agar presiden Palestina, Mahmud Abbas di rejam di Makkah, setelah Abbas meminta penundaan pemungutan suara - berkaitan mengenai laporan dari Goldstone yang mengutuk kejahatan Zionis Israel sewaktu mereka melakukan keganasan di tebing Gaza.
Atas alasan inilah pihak Mahmud Abbas di tebing Barat melancarkan kempennya untuk menyerang peribadi Syeikh Yusuf Qardhawi melalui teks khutbah jumaat yang diedarkan ke masjid-masjid di tebing barat dan pemasangan poster-poster di tebing barat yang memaparkan Syeikh Qardhawi berjabat tangan dengan yahudi. Hal ini bertujuan untuk menggambarkan bahawa Syeikh Qardhawi pada dasarnya bermuka-muka dan tidak mempunyai pendirian yang tetap, dari satu sudut beliau menyerukan untuk berperang melawan Israel sedangkan di satu sudut yang lain pula beliau berjabatan tangan dan berpelukkan dengan para rahib Yahudi.
·         Syeikh Al-Azhar Tantawi mengharuskan Mesir membina tembok dengan alasan untuk menjaga kepentingan orang Mesir. Adakah beliau terlupa bahawa semua orang Islam itu adalah bersaudara, tidak dipisahkan oleh sempadan-sempadan negeri yang dipropagandakan oleh orang kuffar. Orang Palestine, orang Mesir, orang Jordan, orang Melayu semuanya adalah bersaudara, yang menyatukan kita adalah syahadah 1islam.
·         Mahmud Abbas sendiri seorang Arab Palestine yang beragama Islam dan pemimpin Parti Fatah tetapi sanggup untuk menangguhkan laporan terhadap tentera yahudi yang telah membunuh orang Palastine. Bodoh betullah arab sorang ni, sama macam Yaser Arafat, namanya je orang Arab Islam, tapi sokong yahudi. Berapa banyak nyawa orang Islam yang telah terkorban tidak pula diendahkan, asyik-asyik perdamaian, yang untung orang yahudi…betul kata Qardawi, manusia ni elok direjam je.
·         Dekat Malaysia pun ada juga yang macam ni, bila ulama masuk politik dan beri komen yang berdasarkan (……) krebeliti mereka sebagai ulama mula dipertikaikan. Kes di Negeri darul Ridzuan sebagai contoh terbaik, kesihan ulama tu dicemuh hebat. Baru-baru ni pula sudah ada tulisan di internet yang mempersoalkan krebeliti seorang “tokoh agama” yang tokey nasi kandar di negeri sebelah utara kerana memberi ulasan tentang politik. Harap-harap jangan jadi Ular dalam Semak udahlah. Wa Allahu ‘Alam. Kita ni  "1 islam, akhidah didahulukan, syariat diutamakan."

No comments:

Post a Comment