Tuesday, 10 August 2010

Resepi Bubur Lambuk…Zaman berzaman…




Sempena Ramadhan ni…antara menu yang mungkin boleh menambah selera semasa bersahur dan berbuka adalah juadah bubur lambuk...Tapi tak ada dalam sunnah makan bubur lambuk ni, so hukumnya adalah diharuskan. Sebab baginda s.a.w menggalakkan berbuka dengan tamar atau air
 (إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرَاً فَعَلَى الْمَاءِ فَإِنَّه طَهُورٌ) dan bersahur pun macam tu. Yang membezakan puasa kita dengan puasa orang yahudi adalah makan sahur. Jadi bersahurlah walaupun dengan setenguk air(تسحر ولو جرعة ماء ، ونعم سحور المؤمن التمر). Sebenarnya kalau berbuka dan bersahur dengan tamar ni boleh menambahkan tenaga. Sekiranya makan nasi, kadang-kadang jadi lesu dan rasa berat nak melakukan amal ibadat sebab perut dah kenyang. Berbalik kepada resepi tadi,

*Basuh beras macam nak masak nasi.
*Tumis kan bawang kecil, bawang putih (boleh tumis guna margerin kalau suka).
*Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.Tumiskan sekali udang kering.
*Masukkan air, daging/ayam/sea food, beras.
*Masukkan halia yg telah diketuk, serai, daun kunyit, daun pandan.
*Masukkan garam, serbuk perisa, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah.
*Kiub ayam atau Maggie secukup rasa kalau suka. Masukkan bunjut sup sekali.
*Bila sudah beras sudah masak, last sekali masukkan hirisan lobak merah, kacang tanah.
*Daun sup, daun bawang dan taburkan bawang goring.

Siap dan boleh sedekah pada jiran tetangga…moga rezeki kita diberkati Allah s.w.t.

Monday, 9 August 2010

رمضان كريم...



رمضان كريم...

رمضان يذكرك بالجائعين
ويخبرك بأن هناك بائسين
وأن في العالمين مساكين
لتكون عوناً لإخوانك المسلمين

اللهم افتح لنا فيه أبواب الجنان
وأغلق عنا فيه أبواب النيران
ووفقنا فيه تلاوة القرآن
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

اللهم اجعلنا فيه من المستغفرين
واجعلنا فيه من عبادك الصالحين
واجعلنا فيه من أوليائك المقربين
برأفتك يا أرحم الراحمين

ريحة العطر والمسك والعود
رمضان علينا وعليكم يعود
شهر الكرم والخير والجود 
تهاني لكم من قلب ودود

Saturday, 7 August 2010


Untuk Kau Yang Bernama Wanita…

Kau yang bernama wanita
Ditakdirkan suatu hari nanti kita akan bersama
Melayari bahtera bahagia
Dengan ikatan tulus perkahwinan
Usah kau impikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak
Juga usah kau harapkan...
kesempurnaan yang mutlak dari diri ini

Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukannya sehebat baginda tercinta
Aku tidak pula sekacak nabi Yusuf a.s
Mahupun setulus Saidana Hasan dan Hussin
Tidak juga segagah Saidina Ali dan Hamzah
Lelaki terpuji
Juga tidak mencapai martabat pahlawan syuhada,
Merintis jalan untuk kebenaran

Kau yang bernama wanita
Mengertilah dengan waras
keislamanaku hanyalah lelaki akhir zaman
yang masih cuba mempertahankan
maruah dan kesucian diri sebagai muslim
berlandaskan garisanNYA
dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini
yang serba palsu lagi menjijikkan
dengan kemampuan diri, yang tinggal sekuman cuma

Kau yang bernama wanita
dengan keranaNYA semata-mata
tidak kutagihkan apa-apa dari mu
cuma kupinta sebuah pengertian
dan kasih sayang suci
BAHAWA DIRIMU ,
ADALAH AMANAH UNTUKKU
SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA….



Tuesday, 3 August 2010

Kisah Qana’ah dan Budget Tambahan RM80 Juta Negeri Perak…




Kisah 1: Tiga orang pemuda yang menjumpai harta, mereka bersetuju untuk mengagihkan harta itu sama banyak. Dalam pada itu, seorang ditugaskan untuk membeli makanan di pekan. Ketika dalam perjalanan ke pekan pemuda itu berbisik pada dirinya, alangkah eloknya sekiranya harta itu diboloti dirinya sendiri, maka dia meletakkan racun dalam makanan tersebut. Manakala dua orang pemuda yang tinggal berpakat untuk membunuh kawannya yang membeli makanan dan harta itu akan diagihkan untuk mereka berdua sahaja. Apabila pemuda yang membeli makanan itu pulang, maka ia dibunuh oleh rakannya. Setelah itu kedua-dua rakannya memakan makanan yang telah diracuni dan mereka pun mati. Seorang pun tidak dapat harta tersebut disebabkan oleh sifat tamak dan tiadanya al-QANA’AH.
Kisah 2: Saidatina Aisyah r.a telah dihadiahkan beberapa bakul yang berisi anggur. Maka ia memerintahkan agar budak suruhannya untuk sedekah kepada golongan fakir miskin. Budak suruhan itu telah menyimpan satu bakul tanpa pengetahuan saidatina Aisyah r.a. Apabila petang saidatina Aisyah mendapati ada sebakul anggur dirumahnya maka dia bertanya kepada budak suruhannya: “Apakah ini?” Maka budak suruhannya memberitahu bahawa dia menyimpan sebakul anggur untuk tujuan makanan saidatina Aisyah dan baginda s.a.w. Lantas saidatina Aisyah r.a menjawab: buat apa sampai sebakul, setangkal atau dua tangkal anggur sudah mencukupi….Inilah al-QANA’AH.
Kisah 3: Sahabat yang bernama Hakim bin Hizam r.a telah bertemu dengan nabi s.a.w lantas meminta sebahagian daripada harta. Lantas nabi s.a.w memberikannya. Kemudian dia meminta untuk kali kedua dan nabi s.a.w memberikannya. Lantas ia meminta untuk kali yang ketia dan nabi s.a.w memberikannya dan nabi s.a.w bersabda kepada ibn Hizam dengan tujuan untuk mendidik dan mengajarnya. “Wahai Hakim, sesungguhnya manusia ini cenderung kepada harta dunia sebagaimana cenderungnya manusia terhadap buah-buahan yang sedap dan lazat, barang siapa yang mengambilnya dengan perasaan yang mencukupi dan tidak tamak maka ia akan diberkati, barang siapa yang ,mengambilnya dengan berlebih-lebihan maka tidak akan diberkati ke atasnya. Seumpama bila seseorang makan tetapi tidak pernah kenyang. Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
Semenjak hari itu Hakim berjanji kepada nabi s.a.w untuk tidak meminta dan mengambil dari seseorang sehinggalah dia meninggalkan dunia ini. Pada pemerintahan Abu Bakar r.a beliau memberikan sebahagian harta pada Hakim tetapi ditolak olehnya. Pada pemerintahan Umar r.a beliau memberikan sebahagian harta pada hakim tetapi ditolak olehnya. Lantas Umar r.a berkata: “Wahai sekalian muslimin, bersaksikanlah sesungguhnya aku telah memberikan bahagian Hakim kepadanya dari hasil dari harta rampasan perang tetapi dia telah menolaknya. Itulah al-QANA’AH yang ada pada diri Hakim selepas dinasihati oleh nabi s.a.w walaupun haknya sendiri dan dia layak untuk memilikinya tetapi dia menolak. Dia hidup atas usaha dan kerjanya tanpa mengharap pemberian dari orang lain.
Kisah 4: Sahabat yang bernama Salman al-Farisi r.a telah dilantik menjadi gabenor di satu daerah dengan bayaran gaji Lima Ribu Dirham. Beliau telah mensedekahkan kesemua gaji beliau. Beliau membeli kulit pohon tamar (Kaus)dengan harga satu dirham dan membuat bekas daripadanya dan menjualnya dengan harga tiga dirham. Dari tiga dirham tadi satu dirham disedekahkan, satu dirham dibeli makanan untuk keluarganya dan satu dirham lagi dibeli kaus yang baru. Begitulah pusingan duit yang diperolehi dan dibelanjakan. Inilah sifat al-QANA’AH.
Apa itu Al-QANA’AH?
Merasa redha dan mencukupi terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t terhadapnya. Tidak melihat apa yang ada pada orang lain dan tidak merasa tamak ke atasnya. Tidak meminta-minta pada orang lain apatah lagi untuk mengambil dan merampas hak orang lain untuk kepentingan dan kepuasan hidupnya di dunia ini. Tamakkan harta, cinta dan sukakan kepada harta merupakan sifat mereka yang tiada Qanaah. Nabi s.a.w tidur di atas jerami dan apabila bangun sahabat melihat bekas dan kesan pada badan nabi s.a.w. Maka sahabat bercadang untuk memberikan nabi s.a.w tempat tidur yang lebih selesa tetapi ditolak oleh nabi s.a.w dan bersabda kepada para sahabat: “ Aku tidak berhajatkan kepada dunia, ada pun dunia padaku umpama seorang pengembara yang berlindung seketika dibawah bayang pokok, kemudian akan meneruskan perjalanan dan meninggalkannya”.
RM 80 Juta…di manakah sifat al-Qana’ah Pemimpin Terhadap Amanah Rakyat?
Ustaz dah pesan pada bakal-bakal ustaz dan ustazah (UPSI), Insya Allah bila antum semua dah bekerja nanti, duit gaji yang masuk dalam akaun antum semua tu kena ingat, di situ ada duit anak yatim, duit fakir miskin, duit ibu tunggal dan hak orang ramai. Walau pun masuk dalam akaun antum, tapi menjadi tanggung jawab antum untuk mengagihkan kepada mereka yang berhak. Gaji yang kita dapat itu dibayar untuk kerja yang kita lakukan, tapi masalahnya kadang-kidang kita buat kerja tak cukup, tapi gaji tetap dapat penuh, jadi adakah gaji yang kita dapat itu benar-benar bersih atau ada unsur-unsur syubhat? Tak mampu rasanya kita nak praktikkan apa yang dilakukan oleh sahabat yang bernama Salman Al-Farisi r.a tapi dapat tempias sedikit pun elhamdulilah. Tak rugi kita jihad harta di jalan Allah s.w.t, pasti diganjari oleh-Nya.
Kalau ustaz dapat RM80 juta,pejam celik mata rasanya. Tak pernah lihat duit sebanyak tu, nak kira angka kosong kat belakang pun tak tahu banyaknya. Elhamdulilah Allah s.w.t tak uji dengan ujian itu. Tapi kalau dapat elhamdulilah juga…banyak tu. Dalam duit tu ada hak fakir miskin, ada hak anak yatim, ada hak ibu tunggal, ada hak armalah, ada hak ibn sabil, ada hak al-qarimin dan macam-macam lagi. Jangan duit yang sebanyak itu hanya untuk golongan tertentu sahaja. Hanya diagihkan dan dinikmati oleh golongan-golongan tertentu, sedangkan nasib golongan-golongan di atas tidak terbela. Yang miskin terus daif, yang kaya terus berkuasa dan rakus…Inilah peranan golongan guru, bagitahu dan mengingatkan mereka tentang sifat al-QANA’AH.

Thursday, 29 July 2010

...Kaedah Pengajaran Alim Ulama...



Seseorang penuntut ilmu perlu mengutamakan penyucian jiwa daripada akhlak yang buruk dan sifat-sifat tercela kerana ilmu adalah ibadah hati. Dia juga hendaklah memutuskan hubungan dari setiap perkara yang mengganggunya. Apabila pemikiran berbelah bagi, kemampuannya untuk mengenali dan memahami kebenaran akan berkurangan.
Penuntut ilmu hendaklah menyerahkan dirinya kepada guru sebagaimana seorang pesakit menyerah dirinya kepada doktor. Dia juga hendaklah merendah diri kepada gurunya dan bersungguh-sungguh berkhidmat kepadanya. Ibnu Abbas r.a pernah memimpin unta Zaid bin Thabit r.a dan berkata: “Beginilah kami disuruh melakukannya pada ulama”.
Apabila penuntut ilmu sombong dan tidak mahu mengambil faedah dari sesuatu yang dianggap bukan satu kemajuan, dia sebenarnya adalah jahil. Ini kerana hikmah atau kebijaksanaan itu adalah barangan orang mukmin yang hilang. Dimana sahaja dia mendapatinya, dia hendaklah mengambilnya.
Hendaklah dia meninggalkan pendapatnya kerana mendengar pendapat gurunya. Sesungguhnya kesilapan guru lebih bermanfaat daripada sikapnya yang menganggap dirinya betul. Ini bukanlah satu tindakan yang baik kerana dia sewajarnya menjelaskan kesilapan gurunya itu dengan cara penuh hikmah dan baik, Ini adalah kaedah asas dalam agama kita yang suci. Saidina Ali r.a berkata:
“Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah kamu hendaklah memberi salam kepada semua orang secara umum tetapi memberi salam kepadanya secara khusus. Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya. Jangan sesekali kamu mengenyitkan mata di hadapannya, jangan terlalu banyak bertanya kepadanya, jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan, jangan kamu mendesaknya ketika dia merasa malas dan jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan.
Kamu jangan memegang bajunya ketika dia bangkit berdiri. Jangan mendedahkan sesuatu rahsia kepadanya, jangan mengumpat seseorang di hadapannya dan jangan sengaja mencari kesilapan dirinya. Sekiranya dia tersalah, hendaklah kamu menerima alasannya. Jangan kamu berkata kepadanya: “Aku telah mendengar si fulan kata begini atau pendapat sifulan itu berbeza dengan kamu”. Jangan kamu bercerita tentang seorang ulama yang lain ketika bersamanya, jangan berpaling meninggalkannya kerana terlalu lama bersamanya dan janganlah kamu menolak untuk berkhidmat kepadanya. Apabila dia berhajat kepada sesuatu, sepatutnya kamu hendaklah mendahului orang lain untuk menunaikannya. Kedudukannya adalah sama seperti pohon kurma. Kamu menunggu –nunggu bilakah sesuatu darinya akan gugur kepadamu.
Orang yang baru mempelajari ilmu perlu berwaspada daripada mendengar perkara-perkara yang menjadi perselisihan pendapat di kalangan ulama kerana ia boleh mengelirukan akalnya dan melemahkan pemikirannya. Dia hendaklah mengambil perkara yang terbaik daripada setiap perkara. Ini kerana umurnya tidak mencukupi bagi mempelajari kesemua ilmu. Kemudian dia hendaklah menumpukan sebahagian besar tenaganya untuk mempelajari semulia-mulia ilmu iaitu ilmu berkaitan dengan akhirat. Dengannya ia akan beroleh keyakinan sepertimana yang dimiliki oleh Abu Bakar al-Sideq r.a sehingga rasulullah s.a.w mengiktiraf beliau dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Abu Bakar mendahului kamu bukan kerana banyak berpuasa atau solat tetapi kerana sesuatu yang tertanam teguh du dalam dadanya (keyakinan)”.

BAL3093 Group A

Assalamualaikum...

Bersempena bulan sya'ban dan ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi, dengan ini:

Asignt Nas Al-Dinny yang sepatutnya dihantar esok...dibenarkan hantar pada hari Isnin 2 Ogos 2010 selewatnya-lewatnya jam 9.00am.Sebarang kelewatan tidak akan diterima...

Al-Ustaz

Sunday, 25 July 2010

Penangguhan Kuliah pada 26/7/2010

Salam perhatian untuk pelajar kursus berikut:

BAB3073 GA (Kaedah Pengajaran Bahasa Arab) Jam 14pm ditangguhkan
BAL3093 GA (Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus Jam 17.00 pm ditangguhkan

Ma'al Asif
-al-ustaz-