Tuesday, 3 August 2010

Kisah Qana’ah dan Budget Tambahan RM80 Juta Negeri Perak…




Kisah 1: Tiga orang pemuda yang menjumpai harta, mereka bersetuju untuk mengagihkan harta itu sama banyak. Dalam pada itu, seorang ditugaskan untuk membeli makanan di pekan. Ketika dalam perjalanan ke pekan pemuda itu berbisik pada dirinya, alangkah eloknya sekiranya harta itu diboloti dirinya sendiri, maka dia meletakkan racun dalam makanan tersebut. Manakala dua orang pemuda yang tinggal berpakat untuk membunuh kawannya yang membeli makanan dan harta itu akan diagihkan untuk mereka berdua sahaja. Apabila pemuda yang membeli makanan itu pulang, maka ia dibunuh oleh rakannya. Setelah itu kedua-dua rakannya memakan makanan yang telah diracuni dan mereka pun mati. Seorang pun tidak dapat harta tersebut disebabkan oleh sifat tamak dan tiadanya al-QANA’AH.
Kisah 2: Saidatina Aisyah r.a telah dihadiahkan beberapa bakul yang berisi anggur. Maka ia memerintahkan agar budak suruhannya untuk sedekah kepada golongan fakir miskin. Budak suruhan itu telah menyimpan satu bakul tanpa pengetahuan saidatina Aisyah r.a. Apabila petang saidatina Aisyah mendapati ada sebakul anggur dirumahnya maka dia bertanya kepada budak suruhannya: “Apakah ini?” Maka budak suruhannya memberitahu bahawa dia menyimpan sebakul anggur untuk tujuan makanan saidatina Aisyah dan baginda s.a.w. Lantas saidatina Aisyah r.a menjawab: buat apa sampai sebakul, setangkal atau dua tangkal anggur sudah mencukupi….Inilah al-QANA’AH.
Kisah 3: Sahabat yang bernama Hakim bin Hizam r.a telah bertemu dengan nabi s.a.w lantas meminta sebahagian daripada harta. Lantas nabi s.a.w memberikannya. Kemudian dia meminta untuk kali kedua dan nabi s.a.w memberikannya. Lantas ia meminta untuk kali yang ketia dan nabi s.a.w memberikannya dan nabi s.a.w bersabda kepada ibn Hizam dengan tujuan untuk mendidik dan mengajarnya. “Wahai Hakim, sesungguhnya manusia ini cenderung kepada harta dunia sebagaimana cenderungnya manusia terhadap buah-buahan yang sedap dan lazat, barang siapa yang mengambilnya dengan perasaan yang mencukupi dan tidak tamak maka ia akan diberkati, barang siapa yang ,mengambilnya dengan berlebih-lebihan maka tidak akan diberkati ke atasnya. Seumpama bila seseorang makan tetapi tidak pernah kenyang. Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
Semenjak hari itu Hakim berjanji kepada nabi s.a.w untuk tidak meminta dan mengambil dari seseorang sehinggalah dia meninggalkan dunia ini. Pada pemerintahan Abu Bakar r.a beliau memberikan sebahagian harta pada Hakim tetapi ditolak olehnya. Pada pemerintahan Umar r.a beliau memberikan sebahagian harta pada hakim tetapi ditolak olehnya. Lantas Umar r.a berkata: “Wahai sekalian muslimin, bersaksikanlah sesungguhnya aku telah memberikan bahagian Hakim kepadanya dari hasil dari harta rampasan perang tetapi dia telah menolaknya. Itulah al-QANA’AH yang ada pada diri Hakim selepas dinasihati oleh nabi s.a.w walaupun haknya sendiri dan dia layak untuk memilikinya tetapi dia menolak. Dia hidup atas usaha dan kerjanya tanpa mengharap pemberian dari orang lain.
Kisah 4: Sahabat yang bernama Salman al-Farisi r.a telah dilantik menjadi gabenor di satu daerah dengan bayaran gaji Lima Ribu Dirham. Beliau telah mensedekahkan kesemua gaji beliau. Beliau membeli kulit pohon tamar (Kaus)dengan harga satu dirham dan membuat bekas daripadanya dan menjualnya dengan harga tiga dirham. Dari tiga dirham tadi satu dirham disedekahkan, satu dirham dibeli makanan untuk keluarganya dan satu dirham lagi dibeli kaus yang baru. Begitulah pusingan duit yang diperolehi dan dibelanjakan. Inilah sifat al-QANA’AH.
Apa itu Al-QANA’AH?
Merasa redha dan mencukupi terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t terhadapnya. Tidak melihat apa yang ada pada orang lain dan tidak merasa tamak ke atasnya. Tidak meminta-minta pada orang lain apatah lagi untuk mengambil dan merampas hak orang lain untuk kepentingan dan kepuasan hidupnya di dunia ini. Tamakkan harta, cinta dan sukakan kepada harta merupakan sifat mereka yang tiada Qanaah. Nabi s.a.w tidur di atas jerami dan apabila bangun sahabat melihat bekas dan kesan pada badan nabi s.a.w. Maka sahabat bercadang untuk memberikan nabi s.a.w tempat tidur yang lebih selesa tetapi ditolak oleh nabi s.a.w dan bersabda kepada para sahabat: “ Aku tidak berhajatkan kepada dunia, ada pun dunia padaku umpama seorang pengembara yang berlindung seketika dibawah bayang pokok, kemudian akan meneruskan perjalanan dan meninggalkannya”.
RM 80 Juta…di manakah sifat al-Qana’ah Pemimpin Terhadap Amanah Rakyat?
Ustaz dah pesan pada bakal-bakal ustaz dan ustazah (UPSI), Insya Allah bila antum semua dah bekerja nanti, duit gaji yang masuk dalam akaun antum semua tu kena ingat, di situ ada duit anak yatim, duit fakir miskin, duit ibu tunggal dan hak orang ramai. Walau pun masuk dalam akaun antum, tapi menjadi tanggung jawab antum untuk mengagihkan kepada mereka yang berhak. Gaji yang kita dapat itu dibayar untuk kerja yang kita lakukan, tapi masalahnya kadang-kidang kita buat kerja tak cukup, tapi gaji tetap dapat penuh, jadi adakah gaji yang kita dapat itu benar-benar bersih atau ada unsur-unsur syubhat? Tak mampu rasanya kita nak praktikkan apa yang dilakukan oleh sahabat yang bernama Salman Al-Farisi r.a tapi dapat tempias sedikit pun elhamdulilah. Tak rugi kita jihad harta di jalan Allah s.w.t, pasti diganjari oleh-Nya.
Kalau ustaz dapat RM80 juta,pejam celik mata rasanya. Tak pernah lihat duit sebanyak tu, nak kira angka kosong kat belakang pun tak tahu banyaknya. Elhamdulilah Allah s.w.t tak uji dengan ujian itu. Tapi kalau dapat elhamdulilah juga…banyak tu. Dalam duit tu ada hak fakir miskin, ada hak anak yatim, ada hak ibu tunggal, ada hak armalah, ada hak ibn sabil, ada hak al-qarimin dan macam-macam lagi. Jangan duit yang sebanyak itu hanya untuk golongan tertentu sahaja. Hanya diagihkan dan dinikmati oleh golongan-golongan tertentu, sedangkan nasib golongan-golongan di atas tidak terbela. Yang miskin terus daif, yang kaya terus berkuasa dan rakus…Inilah peranan golongan guru, bagitahu dan mengingatkan mereka tentang sifat al-QANA’AH.

2 comments:

  1. salam ustaz... insyaallah akan diingat pesan ust tu.. tp mngikut pmerhatian, glongan ust n ustz inilah yg paling susah nk infakkan harta..hehe... klau boleh upload skali teks arabnya ust.. bleh d ulangkaji smula maksud yg x thu td... hehe

    ReplyDelete
  2. insya allah....ebd halem

    ReplyDelete