Tuesday 20 November 2012

My Secret Resepi: Kambing Masak Black Pepper

 
Menu yang agak sesuai dihidangkan dalam bulan Ramadhan pada majlis berbuka puasa. Masak banyak-banyak then bagi orang berpuasa makan, Insya Allah besar pahala, pasti akan dibalas oleh Allah s.w.t setiap keletihan & keringat. Cara nak masak lamb/sheep ni simple aje sebenarnya, tp take time sebab nak tunggu daging tu lembut. Cara-caranya:

* Cara nak basuh daging kambing supaya tidak berbau. Daging kambing yang telah siap di potong digaul dengan tepung gandum, biar seketika about 3-5 minit, then bilas. Kalau berbau juga, ni petua org dulu2, ambil segengam daun sirih, ramas dalam air dan tapis. Ambil air daun sirih tu untuk rendam kambing, Insya Allah daging jadi lembut dan tak berbau. Tapi kalau berbau juga, nanti bagi petua lain plak, tu kena menuntuk face to face...

Bahan Black Pepper (semua bahan agak2 aje sukatan dia)...
-Bawang besar (blend)
-Bawang putih (blend)
-Cili Hijau (dibelah dua)
-Halia (blend)
-Kicap kipas Udang (Lemak manis)
-Sos tiram
-Serbuk Lada Hitam
-Serbuk lada Putih
-Asam keping
-Bungan lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih
-Minyak, sedikit gula.

Caranya: Panaskan minyak, bila minyak sudah panas tumiskan 4 serangkai. Then masukkan bahan2 yg telah dikisar. Bila sudah naik bau masukkan sos tiram, kicap dan asam keping. Kacau dan tunggu seketika sehingga masak. Seterusnya masukkan kambing tadi. Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk (tak perlu tambah air sebab air daging dah banyak).Bila daging dah lembut masukkan sedikit gula (garam tak payah letak sebab oyster sos & kicap dah masin). Seterusnya masukkan serbuk lada putih dan lada hitam (nisbah lada hitam dgn lada putih 1:2, kalo satu sudu lada hitam, kena 2 sudu lada putih). Masak seketika. Last sekali tutup api dan taburkan cil hijau yang telah dibelah dua. Tutup periuk about 2-5 minit, sedia utk di makan...

2 comments:

  1. salam...perlu ye ltk lada hitam?lg byk remph lg sedap x?

    ReplyDelete
  2. sudah letak serbuk lada hitam tak perlu letak bijinya lagi...nanti terlalu panas & pedas....makan nanti rasa PEDO/PERIK tekak...tp apa pun terpulang pada citarasa masing2...resepi diatas yg basic sahaja...

    ReplyDelete