Thursday 11 February 2010

...Alangkah BeruntunGnya Pelajar Major Bahasa Arab Sekiranya....?


Semalam (RABU 10/2/2010) ada meeting fakulti bahasa...ada beberapa perkara yang menarik untuk dirancang dan diambil tindakan secara drastik. Rasanya mula semester ini beberapa orang pelajar UPSI English Education akan buat praktikal mereka selama dua semester di sekolah kat Korea. Kalau tak silap. Rasa-rasanya jumlah mereka seramai 49 orang dengan dibiayai oleh UPSI.

Dekan pun ada cakap, kalau boleh lepas ini aktiviti seperti ini boleh dipanjangkan untuk beberapa program lain seperti bahasa cina, tamil dan yang paling penting BAHASA ARAB.

Ustaz amat harapkan agar pelajar-pelajar major Arab UPSI yang merupakan FAUJUL AWWAL sekitar 37 orang dapat buat praktikal di sekolah-sekolah di negara Arab. Supaya mereka dapat merasakan bi'ah dan suasana Arab yang sebenarnya. Supaya mereka dapat memperkukuhkan lagi uslub bahasa arab mereka. Supaya mereka rasa yakin dengan diri sendiri sebelum masuk ke alam perguruan yang sebenarnya. Supaya mereka rasa tidak kesal belajar di UPSI berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Selalunya UPSI ini dilabelkan sebagai pilihan terakhir, dah kena lelong akhir sekali dah tak dapat ke mana-mana masuklah UPSI. Supaya tanggapan seperti ini tidak lagi berulang. Supaya selepas ini ramai masyarakat luar akan pandang betapa hebatnya UPSI. Supaya selepas ini kemasukan pelajar baru tidaklah sepi dan sunyi sahaja sehingga pelajar asal bahasa arab terpaksa ditukarkan major pendidikan Islam kerana jumlah yang terlalu sedikit.

Langkah yang perlu di ambil dengan segera supaya tidak ketinggalan (masih lagi berpeluang sekiranya bermula dari sekarang) adalah merancang satu paper work bersama pensyarah. Jadikan ia sebagai projk akhir sebelun antum semua takharuj. Guna power pensyarah-pensyarah tertentu yang ada kedudukan dan cakap mereka ini didengar oleh orang atas. Antum kena bergerak dengan pastas. Jangan jadikan ia sebagai satu angan-angan, tapi jadikan ia sebagai satu cabaran dan impian yang harus dicapai.

Ustaz terfikir sekadar boleh bagi pandangan dan idea. Kalau boleh ustaz nak lihat antum semua dapat seperti mana orang lain dapat. Kenapa English boleh, kenapa bahasa Arab tak boleh, apa kurangnya bahasa Arab ini. Antumlah orang yang perlu memperjuangkan nasib antum sendiri di bumi UPSI ini. Ustaz teringin sekali membantu. Tapi..banyak tapinya:

1. Proposal phd tak siap lagi.
2. Research pun tak tulis lagi
3. Buku pun tak terbit lagi.
4. Artikel pun tak mula lagi
5. Kuliah sem ini padat sangat.
6.Kertas soalan tadi baru siap.
7. Laporan leksikografi tak buat lagi.
8. Dr. Esmeet minta tolong terjemahkan module dia. Minta maaf tak dapat tolong. Dia macam terasa aje.
9. Kitab sirah Ibn Kathir seminggu sekali kena baca (kuliah di masjid)
10. Kitab tafsir ar-razi seminggu sekali kena baca (kuliah di masjid)
11. Teks khutbah Jumaat kena buat, sebulan 2 kali bertugas.
12. Kelas bahasa Arab RISDA untuk ibu-ibu seminggu sekali. Kena telaah juga.
13. Asigntment pelajar menyusul sedikit demi sedikit.
14. Soalan dan kertas kuiz menyusul sedikit demi sedikit.
15. Al-qur'an pun tak dapat nak hafaz sepenuhnya lagi. Bilalah nak ada al-Qur'an di dada ni. Antara impian yang belum tercapai lagi.

Kadang-kadang ustaz terpaksa padam lampu dekat office, sebab ustaz tak sempat nak settlekan semua tu dengan harapan tiadalah sesiapa yang datang. Tetapi bila pelajar datang ada juga yang ketuk pintu, tak sampai hati rasanya, ustaz persilakan juga. Ustaz benar-benar minta maaf. Kadang-kadang ustaz sering lewat ke kuliah, bukannya ustaz tidur di office, tapi ada aje halangan. Selalu juga terfikir macam manalah duit gaji yang ustaz dapat bulan-bulan tu, adakah benar-benar HAK ustaz? Tadi prof "Z" datang ke fakulti, so maksudnya kena tangguh lagi kuliah. Sempat bersembang dengan En. Sidek (TESL), dalam 10 tahun ni nak kumpul duit banyak-banyak nak tanam sawit, then nak berhenti! Sekarang ni nak berjemaah kat masjid pun tak dapat sepenuhnya. Sebuklah cari dunia yang bersifat sementara ini.

Kalau boleh memang ustaz nak bantu antum....tapi itulah tapinya. Harapan ustaz antum bergeraklah, rancanglah secara berpasukan sebab ini semua adalah untuk kebaikkan antum semua. Perkara-perkara yang tak penting abaikan dahulu. Benarlah kata imam Hassan Al-Banna: Sesungguhnya kewajipan itu lebih banyak dari waktu....

4 comments:

  1. syukran ustaz.. semoga impian ustaz mjadi kenyataan.. amiin...

    ReplyDelete
  2. insy,akan kami cuba realisasikan...namun sokongan n bimbingan dr ustaz amat kami arapkn dlm kami memartabatkn bhs arab d upsi khususnya n d mata masyarakat luar amnya.

    ReplyDelete
  3. ayuh sahabat2 kita pikul tanggungjawab ini bersama..cakna untuk masa depan kita.Rabbi yassir wala tuassir

    ReplyDelete
  4. peluang terbentang untuk adik2 semua..jangan lihat saja, usaha lah untuk dapatkannya..kalu antum semua dapat praktikal di negara2 arab, alangkah beruntungnya antum semua..

    ReplyDelete