*Bunga Genggam Fatimah
Tadi balik dari solat magrib dekat masjid, ada hamba Allah datang minta tolong buatkan air selusoh. Katanya isterinya nak bersalin, minta ustaz tolong buatkan. Sebenarnya orang paling afdal buat air selusoh ini adalah suami itu sendiri. Bukan susah pun Cuma tak pernah nak ambil berat, jadi bila keadaan macam ini barulah kelam kabut.
Air selusoh ni satu ikhtiar kita sebelum seseorang wanita itu hendak bersalin terutamanya mengandungkan anak sulong agar Allah s.w.t memudahkan ibu tadi melahirkan anaknya. Diharuskan dalam Islam, tak buat pun tak ada masalah, doa pun memadai InsyaAllah dipermudahkan wanita tadi melahirkan anaknya.
Tapi orang Melayu ni terlebih advance, bukan sekadar ada air selusoh tapi ada upacara lain yang memang acap kali dibuat terutamanya mengandungkan anak sulong. Ada upacara khurafat yang dikenali melenggang perut. Jemput mak bidan melakukan upacara entah apa-apa tu dan yang paling best panggil imam untuk baca doa selamat, imam tadi pun datanglah membaca doa. Eloklah tu, dicampur adukkan antara yang hak dan batil. Tak salah kita nak ajak orang kenduri, mohon doa agar ibu tadi selamat dan dimudahkan urusan melahirkan anak, tapi jangan sesekali dicampur adukkan dengan unsure-unsur khurafat dan syirik.
Kali ni ustaz nakkongsi antara cara nak buat air selusoh. Ada macam-macam cara tapi yang pernah ustaz belajar dengan tok guru ustaz inilah caranya dan kalo orang minta tolong buatkan air selusoh, kalau keluarga terdekat ustaz guna kaedah ni, tapi kalau orang lain ustaz guna cara biasa je, sekadar membacakan ayat-ayat al-Qur’an pada air. Jadi cara ni special sikit, lepas ni kalau sudah beristeri dan bakal melahirkan anak, maka suami-suami buatlah sendiri, benda ni senang je, tak payahlah susah-susah minta orang tolong buatkan. Paling penting kita mohon dan yakin dengan pertolongan Allah s.w.t.
Cara nak buat air selusoh:
· Paling elok gunakan air zam-zam. Tapi kalau tak dapat gunakan air tadahan hujan malam Jumaat, tapi kalau panas kemarau dan hujan tak turun-turun gunakan air biasa je, air yang di tapis pun boleh. Air yang eloklah sebab air ni untuk di minum.
· Ambil kurma dan paling elok kurma nabi. Tapi kalo tak dapat kurma yusuf taiyob pun ok. Bukan nak banyak, 5 biji sahaja. Buang bijinya dan dicampurkan dengan air tadi seterusnya di blend.
· Minyak kelapa buat sendiri. Orang dulu-dulu minyak kelapa masak sendiri. So nak minyak yang ini. Sebab tu sepatutnya setiap rumah paling tidak mesti ade sebotol minyak kelapa masak sendiri. Susah nak dapat sekarang ni. Tapi kalau tak dapat minyak kelapa dara pun ok juga, kalu tak ada juga guna minyak zaitun. Selain dari minyak tu tak boleh. Campurkan sedikit dalam air yang telah dicampur dengan kurma tadi.
· Ayat-ayat al-Qur’an yang di baca untuk ramuan tadi ialah: Surah al-Fatihah tujuh kali, tiga qul tujuh kali, ayat kursi 7 kali, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah tujuh kali, surah al-Hasyr ayat 21-24 sebanyak tujuh kali. Surah al-Zalzalah ayat 1-8 (3x)
· Doa ayat ini:
· بسم الله لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب العرش العظيم الحمد الله رب العالمين…
(كأنهم يوم يرونها لم يلبثوا إلا عشية أو ضحاها)- النازعات 46-
(كأنهم يوم يرونها لم يلبثوا إلا عشية أو ضحاها)- النازعات 46-
· كأنهم يوم يرون ما يوعدو ن لم يلبثوا إلا ساعة من نهار بلاغ فهل يهلك إلا القوم الفاسقون - الأحقاف 35 –
· والله أخرجكم من بطون أُمهاتكم لا تعلمون شيئاً وجعل لكُمُ السمع والأبصار والأفئدة لعلكم تشكرون - النحل87 -
· اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا، وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
· اللهم بحقّ مريم وبحقِّ مَنْ أنزلتْ عليه سورة مريم خفّفِ عنها آمهات المخاض برحمتك يا أرحم الرحمين
· اللهم انزل المخاض من بطنها
Selesai baca ayat-ayat tersebut, maka air tadi boleh diminum seteguk pagi dan seteguk petang Sebaiknya sempat minum seminggu sebelum bersalin. Boleh juga disapu air tersebut di perut wanita yang mengandung tadi. Air tadi simpan dalam peti ais sebab ada campuran buah kurma, nanti masam plak jadinya.
Lagi satu petua orang-orang lama, dekat setiap rumah sepatutnya ada simpan pokok genggam Fatimah. Herba ni banyak dekat Makkah, so kalau orang pergi umrah, kalau mereka sudi boleh pesan. Genggam Fatimah ni ada yang jantan dan ada yang betina. Yang nak guna yang betina, macam mana nak bezakan, yang betina ada bunga-bunga kuning halus padanya. Jangan buang bunga ini, dekat bunga inilah ada penawar ubat. Rebus dan air rebusan bagi wanita yang hendak bersalin minum. Insya-Allah mohon kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan.Amin….
No comments:
Post a Comment