Thursday, 7 October 2010

Hukum Pakaian Bergambar...



[يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاساً يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشاً وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ]
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Hadith yang diriwayatkan dari al-Bukhari dan Muslim, Saidatina Aisyah r.a membeli (النمرقة) kain tudung/sarung yang mana terdapat gambar di atasnya. Ketika mana Rasulullah s.a.w pulang baginda s.a.w amat terkejut dan terus berdiri di pintu rumah dan tidak masuk ke dalamnya. Pada wajah baginda s.a.w kelihatan isyarat yang menunjukkan baginda tidak menyukainya. Lantas Saidatina Aisyah r.a berkata: “Wahai Rasulullah aku memohon ampun kepada Allah dan apakah dosaku” Maka Rasulullah s.a.w bertanya: “Dari manakah kamu mendapat kain ini” Saidatina Aisyah r.a memberitahu yang dia membelinya untuk tujuan alas tempat duduk Rasulullah dan menyelimut baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesungguhnya pemilik kain yang bergambar ini akan diazab pada hari kiamat dan maka dia diminta oleh Allah s.w.t untuk menghidupkan apa yang dicipta olehnya / lukiskan”.  Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabada: “Sesungguhnya Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya mempunyai gambar”

Sekiranya rumah yang mempunyai gambaran makhluk hidup tidak akan dimasuki oleh Malaikat, apatah lagi pakaian yang kita pakai mempunyai gamabr-gambar makhluk hidup, malaikat akan menjauhkan dari kita. Ini bermakna kita jauh dari rahmat Allah s.w.t kerana para Malaikat ini mereka mambawa rahmat dari Allah s.w.t untuk manusia.

Hukum memakai pakaian yang ada bergambar. Permasalahan ini telah dibincangkan secara meluas di kalangan ulama. Beberapa persoalan lain yang timbul dalam permasalahan ini ialah:

* Hukum mengambil/melukis/mengukir/mencetak gambar manusia dan benda-benda hidup yang lain seperti haiwan dan burung-burung.
* Hukum melukis gambar/mencetak gambar yang tidak asli seperti gambar kartun manusia atau haiwan.
* Hukum memakai pakaian yang bergambar dalam solat.
* Hukum memakai pakaian bergambar untuk kanak-kanak.
* Hukum memakai pakaian bergambar yang berunsurkan agama lain.

Kesimpulan: Islam melarang (haram) memakai pakaian yang mempunyai gambar manusia dan haiwan. Hadith Nabi s.a.w: (إن الملائكة لا تدخل بيتاً فيه صورة) “Sesungguhnya Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya mempunyai gambar”.-al-Bukhari (3226), Muslim (2160) Hadith lain (أشد الناس عذابا يوم القيامة المصورون) “Azab yang paling dahsyat untuk manusia di hari kiamat ialah tukang ambil gambar / tukang lukis”.

Perbincangan lain yang timbul adalah untuk gambar yang tidak sempurna seperti kepala tanpa badan, badan tanpa kaki dan sebagainya. Sebahagian ulama tetap melarangnya kerana ia masih lagi menyerupai kejadian Allah s.w.t.

Untuk gambar kartun pula, ada yang mengharuskan dengan alasan ia bukan gambar yang sebenarnya tetapi ia adalah khayalan pelukis sahaja, seperti gambar tikus menghisap rokok, kucing terbang dan sebagainya. Ini adalah ilustri pelukis sahaja dan ia tidak menyamai dan meniru ciptaan Allah s.w.t.

Ada hadith lain yang yang berbunyi: (لا تدع صورة إلا طمستها) “Jangan biarkan sesuatu gambar melainkan dipadamkan”

Manakala untuk gambar pemandangan ia diharuskan dalam Islam. Mudah cerita, sebagai seorang Islam tak perlulah memakai pakaian yang ada unsur seperti di atas terutamanya ketika mahu menunaikan solat. Sebab akan menganggu kekhusyukan orang lain. Islam tidak pernah melarang dari kita berhias kerana menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Cumanya Islam ada menggariskan batasan-batasan tertentu yang bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan kehidupan manusia. Ia juga membezakan agama Islam yang luhur dan suci dari agama-agama lain.Ini termasuklah memakai topi, tudung, selendang dan sebagainya yang mempunyai gambar-gambar tersebut. Ulama Saudi mengharamkan secara mutlak dalam permasalahan ini tidak kira untuk lelaki atau perempuan, kanak-kana atau orang dewasa dan termasuklah mereka yang mencetaknya.

Tetapi sekiranya gambaran itu terdapat pada permaidani atau sarung bantal dan sebagainya maka ia dibolehkan, tidak untuk pakaian. Kerana sifat gambar pada pakaian adalah untuk mengagungkannya. Ini yang tidak dibenarkan dalam Islam. Sebenarnya perbicangan ini banyak dan luas lagi…tetapi cukup sekadar ini sahaja untuk kali ini.

8 comments:

  1. assalamualaikum..
    bagaimana pula bg memakai stokin yg bergambar kartun bg wanita?tetapi wanita itu tetap memakai kain sembahyang..

    ReplyDelete
  2. Sekadar mengenai pakaian saja dah macam-macam. Penat lah aku dgn agama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bang, ingat nak masuk syurga senang ke ? kena la dapat redha Allah dulu. Ni baru sikit~setakat takleh ada gambar je..tahan je la..tu kat syurga tu lagi la nikmat dari dunia yang bila2 je nak kiamat ni.

      Delete
  3. Assalamualaikum...
    Bagaimana klu baju yg ada gambar robot contoh mcm iron man... Gaya mcm manusia tp dia sebenarnya robot. Mcm mana tu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon reply admin. sy pun tertanya2. gambar mcm kartun anime. boleh ke?

      Delete
  4. Asalam , jadi nya , baju yg ada gmbr kepala harimau haram lah ye ?

    ReplyDelete
  5. Asalam , jadi nya , baju yg ada gmbr kepala harimau haram lah ye ?

    ReplyDelete
  6. Asalam , jadi nya , baju yg ada gmbr kepala harimau haram lah ye ?

    ReplyDelete