Thursday, 12 August 2010

FATWA al-Qardawi MENGHARAMKAN ziarah ke al-QUDS...



Prof. Dr.Yusof al-Qardawi menegaskan, sesungguhnya tanggung jawab untuk membebaskan al-Aqsa dari cengkaman Yahudi-Israel adalah tanggung jawab seluruh umat Islam dan tidak dilihat sebagai isu bangsa Arab dan penduduk Palestine sahaja. Sekali lagi beliau mengulangi fatwa yang MENGHARAMKAN umat Islam untuk berkunjung ke Quds atau menziarahi Masjid al-Aqsa. Kenyataan ini dikeluarkan semasa “Muktamar Mengenali Al-Quds” yang diadakan selama dua hari bertarikh pada 13-14 Julai 2010 bertempat di Darul Hikmah Kaherah yang dianjurkan oleh Unit al-Quds Persatuan Perubatan Arab dengan kerjasama Universiti Negara Arab.

Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan adalah tidak masuk akal untuk membiarkan rakyat Palestine secara bersendirian untuk memerangi Yahudi-Israel yang dilengkapi dengan senjata nuklear di samping sokongan kuat kuasa veto Amerika Syarikat. Beliau menggesa kepada seluruh umat Islam untuk menjadikan isu agama sebagai isu utama dalam konflik ini dan bukannya isu kemanusiaan sebagaimana yang dilaungkan oleh Eropah. Pemimpin Yahudi sendiri menjadikan isu agama sebagai isu utama mereka memerangi Palestine untuk membina empayar Yahudi. Beliau menegaskan sesungguhnya isu Palestine tidak boleh diselesaikan secara rundingan damai atau apa-apa perjanjian persefahaman melainkan ia diselesaikan dengan senjata dan JIHAD. Perundingan demi perundingan politik telah dilakukan dari dahulu sampai sekarang tetapi hak Palestine terus dicabuli. Beliau juga mengingatkan tentang kegiatan Israel yang setiap hari cuba untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dengan alasan untuk membina tempat ibadat mereka. Aktiviti ini terus giat dilakukan dan mereka tidak akan berhenti dan berpuas hati selagi masjid ini tidak dirobohkan.

Ketika menjawab dan menolak alasan sesetengah pihak yang membenarkan untuk memasuki dan menziarahi Quds dengan hujah sebagai satu sokongan kepada penduduk Palestine, beliau menjelaskan perkara sebenarnya yang perlu diketahui oleh umat Islam adalah ketika melakukan urusan visa ke sana sebenarnya mereka sedang berurusan dengan Israel-Yahudi. Yuran visa yang dibayar untuk permohonan itu adalah menyumbang kepada kewangan negara Israel dan pada waktu yang sama wang itu juga salurkan untuk ketenteraan memerangi Islam-Palestine. Al-Qardawi menegaskan dan mengulangi fatwanya yang mengharamkan memasuki al-Quds selagi mana Israel terus menguasai al-Quds dan masjid al-Aqsa terus berada dalam cengkaman mereka.

2 comments:

  1. mcm mana dgn hadis rehal tu tuan?mcm mana nak kabo dekat masyarakT

    ReplyDelete
  2. Kaedah Fiqiah (الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف)
    Menziarahi tempat itu perkara yang mahbub sahaja, tidak jatuh wajib...tetapi duit yg digunakan utk urusan visa itu digunakan utk membunuh saudara muslim kita....darah musim sesama muslim adalah haram...wa allah 'a'lam...

    ReplyDelete