Monday, 23 August 2010

Siapa Sebenarnya Bumiputera di Tanah Melayu...



"The Lost City of Kota Gelanggi Archeological Find- Menyanggah Kebumiputeraan Melayu di Malaysia”

Untuk permulaan, antara maklumat yang disebutkan ialah:
1. Kerajaan Johor dan Malaysia menutup kebenaran kajian Kota Gelanggi itu kerana penemuan kajian itu memaparkan fakta bahawa kerajaan Melayu adalah sebenarnya keturunan Hindu dari kerajaan Chola India pada abad 12M yang datang menakluk Tanah Melayu.(Sebenarnya, penaklukan itu diingati oleh bangsa Melayu sebagai raja Suran dalam Sulatussalatin (Sejarah Melayu). Raja Suran dalah berkait pula dengan kerajaan Buddha Sriwijaya di Sumatera pada abad 7-13M yang menurunkan kerajaan Melayu.
Balasan kita ialah: masyarakat dan sejarawan Melayu tidak pernah menafikan kehadiran keturunan hindu-buddha sebagai punca kerajaan Melayu. Malah kita menjadikannya sejarah bangsa melayu. Tetapi raja-raja Melayu menerima sejarah global yang jauh lebih awal dari sekadar Chola India pada abad ke-12 itu. Dari sudut kerajaan di India, fahaman Melayu ialah mereka adalah keturunan dari Iskandar Zulkarnain dari Yunani (Mekadonia), yang menakluk Parsi, India dan Mesir pada 326 SM(BC). Justeru itu, semua raja Melayu baik di Malaysia, Brunei dan Indionesia adalah keturunan dari Iskandar Zulkarnain, raja yang lebih agung dari sekadar Raja Chola yang menjadi sebahagian dari turunan itu.
2. Raja Suran yang menakluk beberapa kerajaan di Tanah Melayu itu melahirkan kerajaan Sriwijaya di Palembang, Sumatera yang menjadi punca keturunan Raja-raja Melayu di seluruh Alam Melayu melalui perkahwinan dengan puteri Raja Melayu, Demang Lebar Daun  dengan 'perjanjian' atau 'waad' antara mereka untuk mengahwini puteri Demang Lebar Daun dan memberi pemerintahan kepada keturunan Raja Suran. Legenda waad antara Deman Lebar Daun, Raja Melayu dengan keturunan Raja Suran itu adalah suatu bahan  gagasan perundangan dan perlembagaan kerajaan yang amat penting. Untuk pertama kali dalam sejarah wujud gagasan 'social contract' antara raja dan rakyat Melayau yang mengangkatnya  sebagai 'Yang Dipertuan' - 'yang dijadikan Tuan'. Sebab itu semua raja Melayu dipanggil "Yang Dipertuan" oleh bangsa Melayu keraja mereka mempunyai waad dengan rakyatnya untuk sentiasa memelihara dan tidak memfadhihat rakyat Melayu. Social contract itu berlaku lama sebelum King John yang zalim, di England menerima Magna Carta (great charter) yang menjadikannya raja berperlembagaan di England pada tahun 1215 M.
3. Meskipun raja melatyu dari turunan raja suran berkahwin dengan Puterei demang Lebar Daun, maka pastilah keturunan itu telah 'masuk Melayu' atau 'jadi Melayu' melaluii perkawinan dan tidak pernah keturunan raja Suran itu dikatakan berkahwin dengan puterei dari India. maka jadilah raja itu raja Melayu. Walau bagaimanapun, meskipun Raja itu berasal dari India sebagai turunan Iskandar Zulkarnain, keadaan itu tidak menjadikan negera Melayu sebagai negara India. Seperti mana juga kerajaan India adalah dari keturanan Mogol (Genghis Khan) menurunkan Akbar the Great yang Muslim maka itu tidak menjadikan negara India sebagai negara Mogol atau Tartar. Begitu juga China yang mempunyai emperor dari keturunan Mogol Kublai Khan yang juga Muslim dan menubuhkan Yuan Dynasty tidak menjadikan China  sebagai negara Mogol atau dapat dikatakan orang Mogol mendahuli orang China di China. Jadi tuduhan bahawa turunan raja Chola adalah orang India adalah serong dan salah. Inilah yang dikatakan sebagai 'false conclusion' dalam kajian. Bangsa Melayu tetap berkuasa walaupun keturunan raja asalnya asing. Sepertimana juga Prince Philip, Duke of edinburg, England sebagai suami Queen Elizabeth,  sekarang adalah keturunan Greek-Danmark tidak menjadikan England atau Britain itu Greek ataupun Danemark. Britain tetap British.
4. Makalah ringkas itu mengutip beberapa patah perkataan Melayu yang berasal dari bahasa sanskrit sebagai bukti bahawa bangsa India telah dahulu datang ke Alam melayu. Inipun adalah pandangan yang amat dangkal dan serong serta salah dari sudut ilmu bahasa dan dinamika perubahan bahasa. Tidak ada bahasa dalam dunia kini yang tulin, jitu atau bersih dari pengaruh kosa kata asing termasuk bahasa China apa lagi bahasa Inggeris dan semua  bahasa dunia. Ambil sahaja satu halaman kamus bahasa Inggeris, kita akan temui banyak kata asing di dalamnya. Bahasa Melayu juga telah memperkaya bahasa Inggeris dengan memberikan kata-kata 'amuk' dan 'latah' dan agar-agar. Bahasa China sudah pasti penuh dengan kata-kata asing terutama tentang konsep 'buddhism' yang datang dari India ataupun istilah teknologi moden yang datang dari Amerika. Jadi untuk menjadikan kosa kata sebagai bukti kahadiran bangsa asing di Alam Melayu adalah pandangan yang amat cetek serta dangkal dan salah.
5. Dengan mengaitkan sebuah legenda yang amat kabur tentang Kota Gelanggi yang berasal dari buku sejarah tulisan bangsa Melayu,  tentang asal usul bangsa Melayu dan menuduh pula kerajaan Melayu/ Malaysia ingin menutup kebenaran sejarah, pada sejarah itu selamanya sejarah itu dijunjung oleh bangsa Melayu, adalah suatu penemuan yanag jahil, tidak ilmiah serta serong. Sekaligus tulisan itu mempunyai niat jahat, evil dan satanic. Ia mendedahkan suatu konspirasi bahawa terdapat golonganorang asing yang menggunakan institusi pengajian asing dan mungkin disokong oleh kerajaan asing dengan subahat ilmuan dalam negara yang berniat menghapuskan kedaulatan Malayu di negeri Melayu. Malaysia adalah Malay State (Malay + sia). Sia- adalah kata-kata yang bermakna state (negera) seperti dalam Indonesia, Micronesia, Polynesia, Konsep malaysia sebagai neghara Melayu telah lama digunakan sejak Hose Rizal, di Filipinan ingin menamakan negara Filipinan sebagai 'Malaysia' pada hujun abad 19. Kemudian konsep itu digunakan oleh para pengkaji Alam Melayu di Eriopah dan sejarawan R. Emerson yang menulis buku sejarah 'Malaysia: study in Indirect Rule' di Tanah Melayu.
6. Dari sudut kajian ilmiah, makalah tentang Kota Gelanggi itu adalah 'exercise in futility' yang penuh dengan 'spurious and tendentious conclusions'   serta 'completely unscientific'  dan mengandungi motif 'devilish and demonic politics'. Data-datanya adalah 'a collection of desparate statements without any logical validity and sound reasoning with defensible conclusion'.
*Dipetik dari : Profesor Datuk Dr Zainal Klin, Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya, Majlis Profesor Malaysia (MPN)

No comments:

Post a Comment