Sunday, 15 August 2010

Resepi Nasi Arab (Ruz al-Mandiy)


Cara letak daging dan nasi

 erm....macam sedap je ruz al-madi ni....


Nasi mandi ni asalnya dari negara Yaman, dahulu dimasak secara tradisional menggunakan api yang sangat besar. Biasanya ia dimasak bersempena dengan sesuatu acara. Cara masaknya dilakukan secara gotong royong dan memang sedap. Kalau di Malaysia ruz al-mandi ini boleh didapati di mat’am-mat’am Arab yang tumbuh bagaikan cendawan. Dekat jalan Ampang Kuala Lumpur ada beberapa mat’am Arab. Jadi kalau nak rasa keenakan ruz al-mandi ni boleh ke sana, tak pun masak sendiri sahaja. Sebenarnya senang aje, Cuma rajin dengan tak aje.
Resepi ruz al-mandiy ni diperolehi dari seorang sahabat Yamanie. Kebetulan berminat dengan masakan Arab ni, so cuba dan alhamdulilah memang sedap. Resepinya:

Bahan-bahan:
* Beras basmati. Rendam setengah jam kemudian toskan.
* Daging kambing fresh. Potong besar-besar(agak-agak seorang seketul). Basuh kemudian toskan.
* Cengkih, buah pelaga
*Lemon hitam – di Malaysia tak ada rasanye, nak buat sendiri senang je (ambil lemon kemudian keringkan beberapa hari sampai jadi warna hitam)
* Bawang besar (banyak), cili hijau, tomato, lobak merah, kacang gajus, daun bay
* Minyak untuk menumis (bagus minyak zaitun), sedikit karkum (kunyit-untuk warna)
* Sedikit garam dan sedikit rempah ratus (rempah kari untuk daging boleh, tak pun rempah beriayani)
* Za’faran (kalau ada-mahal sangat benda ni)

Caranya:
. Tumiskan bawang besar dengan minyak, bawang potong dadu jangan potong macam menumis orang Melayu. Masukkan buah pelaga dan cengkih tadi. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Masak sampai tomato dan bawang tu lembik. Tomato sampai jadi macam tomato paste. Masukkan cili hijau yang telah dibelah dua. Masukkan lobak merah yang telah dihiris. Masukkan air. Masukkan lemon hitam, daun bay, za’faran dan kunyit. Masak sampai mendidih. Bila mendidih tutup api dan biarkan bahan-bahan tadi sejuk (ni petua arab, kalau tidak nasi jadi lembik atau jelantah).

. Bila sudah sejuk, masukkan beras yang telah ditos tadi. Masukkan garam dan minyak zaitun lagi sedikit. Sukat air sama paras dengan nasi atau lebihkan sedikit, sebab beras dah direndam so tak perlu air banyak2 nanti lembik. Sebenarnya kalau arab masak, dia buat periuk bertingkat macam periuk kukus, tapi dia tak kukus, dia masak biasa api terus. Nasi di bawah, daging dilumur dengan garam dan rempah ratus diletakkan kat periuk  yang berlubang-lubang di atas nasi. So bila masak air daging tu menitis masuk dalam nasi, tu yang sedap tu… Kalau nak rasa betul-betul macam nasi mandi kena masak pun teknik dia pun samalah. Tapi kalau rasa payah, masak aje macam masak nasi biasa, masukkan daging di dalam beras sekali dan masak. Siap. Last sekali goring kacang dan tabur di atas nasi kalau suka, kalau tak, tidak perlu. Orang melayu masak dicampurnya gajus terus dalam nasi, kadang-kadang gajus jadi lembik sangat. Lain bangsa lain cara masaknya. Janji ada bau-bau ruz al-mandi okeylah.

. Makan dengan daging kamping yang di masak bersama dengan nasi tadi. Untuk pakej yang sempurna agar lagi berselera, boleh dihidangkan sekali dengan salatah atau fattush. Nak sedap lagi making dengan syurbah bamia atau fasulia. Resepi bamia dan fasulia menyusul kemudian. Selamat mencuba kalau sedap jangan segan-segan hantar sepinggan, kalau tak jadi, cuba lagi, Insya-Allah akan Berjaya juga akhirnya.

3 comments:

  1. salam,

    tenkiu sudi berkongsi resepi...jazaakallah khairan

    ReplyDelete
  2. memang best..jomlah datang beli di fb saya....kami ada jual http://snack.to/bh90v0wy

    FB : NasiArabAsli

    ReplyDelete
  3. nak za'faran?sila ke www.zouksaffron.blogspot.com atau smsm 014-6245 445

    ReplyDelete