Friday, 15 January 2010

...Sejarah Awal Wanita Berkathan...




Hadith Nabi saw menyebut tentang lima perkara fitrah manusia:
عن أبي هريرة رضي اللَّه عنه قال، قال رسول اللَّه الفطرة خمس أو خمس من الفطرة الختان، والاستحداد، ونتف الإبط، وقص الشارب، وتقليم الأظافر.                        - متفق عليه -
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah saw bersabda: “Fitrah itu ada lima: berkhatan, mencabut bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, mengunting misai dan memotong kuku”

Menjadi rutin setiap minggu Kitab Qashas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir akan ditelaah. Sampai kepada kisah Nabi Allah Ibrahim a.s. Mungkinlah sesuatu yang menarik dalam bab ini berkisarkan kepada kisah awal wanita berkhatan. Sebagaimana yang diceritakan oleh al-Suhailiy (ada pendapat yang mengatakan banyak yang Israeliyat kalau diriwayatkan oleh al-Suhailiy) bahawa isteri Nabi Ibrahim a.s Sarah disebabkan perasaan cemburu kepada Hajar kerana melahirkan Nabi Allah Ismail hasil hubungan dengan Nabi Allah Ibrahim, maka dia bersumpah untuk memotong tiga anggota badannya. Atas nasihat Nabi Allah Ibrahim untuk tidak memudaratkan isterinya, baginda menyuruh isterinya itu memotong (membuat lubang) di kedua belah telinga dan memotong (berkhatan) sedikit  cebisan daging yang ada di kemaluannya. Inilah sejarah awal bertindik dan berkhatan wanita di dunia ini.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Marfu’ bahawa Rasulullah saw memerintah supaya wanita Ansar berkhatan. Hikmah wanita yang berkhatan mampu untuk mencerahkan wajah dan menceriakan suami (أشرق للوجه، وأحظى للزوج).
Sehingga sekarang ibadat ini diwajibkan oleh Islam (Syafi’iah & Malikiyah) dan disunatkan oleh mazhab yang lain. Untuk agama Yahudi adalah satu kewajipan kerana mereka mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Agama Kristian pula sebahagian daripada mereka mengamalkan dan sebahagian yang lain tidak.

Wa Allahu ‘Alam
Sumber : Qashas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir, m/s 138

No comments:

Post a Comment