Daulat Tuanku!
Baginda Tuanku Bersama Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007
Gambar Kontroversi!
Hospital Mount Elizabeth
Tuanku Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra masih gering tetapi dilaporkan stabil oleh 6 doktor pakar Malaysia. Kini masih berada di hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu.
Alangkah bernasib baiknya golongan-golongan yang bernasib baik ini. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, bertanya kepada Tok Guru tentang kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri...dengan ringkas tok guru menjawab "Raja Kita Sorang Tu Saja"
Itulah peribadi Tok Guru, tidak pernah menyimpan dendam walau pun suatu ketika dahulu Istana Kelantan pernah berkrisis dengan Tok Guru. Kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan menyebabkan ramai yang senang dan selesa dengan tok guru. Dari artis yang popular (Dato' Siti Nurhaliza,) pemimpin negara luar (Lee Kuan Yew) sampailah ke model kontroversi (Kartika) semuanya menyimpan hasrat untuk bertemu dengan Tok Guru. Apa specialnya individu ini...jawablah sendiri. Cuma tunggu bila agaknya Aznil nak datang jengah pejabat Tok Guru. Itulah padahnya jika peribadi Tok Guru disentuh. Tok Guru tidaklah sempurna kerana dia juga manusia biasa, tetapi umpama seribu dalam sejuta.
Biar tidak kaya dengan harta, tetapi kaya dengan akhlak dan peribadi. Kadang-kadang jadi orang kaya ni banyak susahnya. Sedang bergelut dengan penyakit, waris sudah buat tuntutan, adik cabar abang, imej terhakis. Apa sebenarnya yang dikejar.
Jadi orang biasa senang, nak makan roti canai dekat warung boleh, beli pisang goreng tepi jalan pun senang, pergi kemana-mana pun senang. paling penting kita dianugerahkan oleh Allah seorang ayah dan seorang ibu di dunia ini. Harta boleh dicari, pangkat dan kedudukan boleh diperolehi, tetapi ibu dan ayah tiada tukar gantinya di dunia ini. Manusia yang paling miskin di dunia ini adalah mereka yang sudah tiada ibu dan ayah di dunia ini.
Siapa kata pemimpin Pas tak kaya. Jangan mimpi disiang hari bro. Buka mata besar-besar. Takkan tak nampak lagi kot. Sudah terang bersuluh pula kamu ni.......
ReplyDeleteApe ke hal. Tok Guru x kaya apa ke bende nye ! Kaya lah makan duit rakyat. Kelantan ni ada menteri besar mcm x da. Yg ada pun asyik nak memalukan diri sendiri je. Buka mulut x fikir main lepas je kutuk orang sana sini. Apa ke jadah klau dh smakin tua semakin merapu tok guru kita ni. Tp memang diakui tok guru pakar dlm hal ilmu agama. Askum .
ReplyDelete