Monday 11 January 2010

...Perceraian Tidak Boleh Dibuat Gurau Senda...




“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) terus bersama (dengan isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. (al-Baqarah: 229)

“... dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (hakam) iaitu Seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua-duanya itu berpakat baik.” (an-Nisa’: 35)

Perceraian boleh berlaku denggan lafaz yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga sama ada secara nyata atau kiasan. Menurut mazhab Syafie kiasan perlukan kepada niat.

Maksud lafaz nyata adalah seperti aku ceraikan engkau, gugur satu talak pada dirimu,

Manakala makna kiasan seperti aku pulangkan engkau kepada ibu bapa kamu, kita berpisah, lafaz ini memerlukan niat.

apa hukum jika seorang suami bertanya kpd istrinya: "kita bercerai nak tak?"melalui ungkapan ini belum lagi jatuh talak disebabkan tiada lafaz nyata atau kiasan talak itu jatuhkan. Sekiranya isteri tidak setuju maka talak tidak jatuh, sekiranya isteri setuju, perlu juga kepada jawapan seterusnya dari suami. Contoh: “ok kita bercerai maka gugurlah satu talak pada dirimu….”


“mai cni aku nak ceraikan kau didepan mak ayah aku" sekiranya dibawa isteri itu kehadapan ibu dan ayahnya dan dilafazkan talak maka barulah talak itu jatuh. Tetapi sekiranya sekadar bertemu dan tidak melafazkan talak dihadapan ibu dan bapa maka talak itu tetap tidak jatuh melainkan ada lafaz. Situasi atau ungkapan berbeza andainya suami mengatakan kepada isterinya “sekiranya berada dihadapan ibu dan ayah kau maka kita bercerai” talak berlaku bila mana berada dihadapan ibu dan ayah tanpa perlu kepada lafaz.

Wa allahu ‘alam : sumber rujukan Islamnet.com



1 comment:

  1. Salam, saya nak tanya... Kalau suami guna lafaz ni jatuh ke tak talak tu?
    "Aku nak ceraikan kau" tapi esoknya dia meminta maaf.

    ReplyDelete