Hari Ini Insya-Allah akan berlaku Gerhana Matahari Separa bermula jam 3.15 petang. Gerhana bulan dan matahari adalah antara kebesaran Allah swt. Peristiwa gerhana matahari pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw dan kebetulan pada hari yang sama adalah hari kewafatan putera baginda Saidina Ibrahim. Masyarakat Arab Jahiliyah mendakwa bahawa peristiwa gerhana itu ada kaitan dengan kewafatan putera Ibrahim. Baginda saw bersabda:
إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتم ذلك فافزعوا إلى ذكر الله وإلى الصلاة.
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah.
No comments:
Post a Comment