Saturday 16 January 2010

...Pencemaran Syariat...




Syariah menurut metodologi ilmu Islam membawa maksud apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk hambanya. Ia meliputi bidang akidah, ibadat, akhlak, muamalat, munakahat dan apa sahaja tata cara hidup di dunia ini. Semua syariat ini adalah sebagai panduan agar hambanya beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Namun begitu apabila disebut akidah dan syariah, kebiasaannya syariah akan lebih ditafsirkan sebagai hal-hal yang melibatkan perundangan atau tata cara hidup manusia di dunia. Pencemaran syariat adalah disebabkan manusia itu sendiri yang melanggar undang-undang Allah dan tata cara hidup sebagai seorang mukmin. Pencemaran syariat ini berlaku disebabkan oleh dua musuh utama umat Islam, pertamanya adalah syaitan dan keduanya ialah hawa nafsu. Selain itu, kefahaman Islam yang salah dan kurangnya ilmu berkaitan dengan Islam antara penyebab lain kepada berlakunya pencemaran syariat di kalangan umat Islam.

No comments:

Post a Comment