Tuesday 24 August 2010

Resepi Mee Rebus Turun-Temurun…



Makanan kesukaan adalah mee rebus. Sedap sangat. Dalam banyak-banyak mee rebus yang pernah rasa, tak ada satu pun dapat lawan kesedapan mee rebus yang dimasak oleh mak sendiri. Memang sedap. Sekarang ni kalau pergi kemana-mana, mee rebusnye entah apa-apa rasanya, langsung tak sama dengan resepi turun-temurun tambah lagi mee rebus kedai mamak, memang tak sedap langsung. Sebab tu kalau pergi ke mana-mana, mesti order mee rebus, nak rasa, tapi bila menu sampai, jamah aje sesudu dah tutup selere sebab tak sedap. Kalau dekat Slim River ni, adalah 2 kedai yang kira boleh makanlah mee rebus dia…masih ada lagi cirri-ciri tradisional mee rebusnya. Satu kedai mee rebus di medan Mara (Noor Mee Rebus) rekemen pergi makan dekat situ sebab tokey dia memang orang masjid, so jaga benda-benda halal dan haram serta perkara-perkara syubhah. Satu lagi dekat kedai KEMAS kat depan tasek Balun, kira ranking ke-2 selepas kedai Noor, lain-lain kedai….erm sungguh menghampakan dari Slim sampailah ke Tanjung Malim….Tapi kalau nak sedap buat sendiri, bukan susah pun, makan pun boleh berkali-kali.
Bahan-bahannya:
*Bawang besar/bawang kecil/sikit bawang putih/cili kering (dikisar)-bahan 1
*Bunga lawang/kayu manis/cengkih-bahan 2
*Udang kering, direndam dan dikisar halus
*Udang hidup, dibuang kulit dan dikisar halus juga.
*Keledek kuning/oren direbus dan dikisar halus. Air rebusan simpan untuk kuah
* Kacang goring, digoreng dan dikisar
*Asam keeping/garam/gula/perisa
*Telur rebus/bawang goring/daun sup+bawang/cili merah/limau kasturi/taugeh/kentang rebus/tauhu goring/cucur udang goreng-semua ini untuk campur dengan mee untuk dihidangkan. Mee rebus yang original tak ada fishcake dan fishball, tapi kalau suka boleh tambah.
Caranya:
Panaskan minyak tumis bahan I dan 2 sampai betul-beul naik bau. Masukkan udang kering dan udang hidup yang telah dikisar, tumis sampai betul-betul masak. Masukkan air rebusan keledek. Biar sampai mendidih, masukkan keledek yang telah dikisar tadi, masukkan asam keping, sedikit gula, sedikit garam dan perisa. Last masukkan kacang goring. Masak sampai mendidih. Siap….Kalau suka kuah likat boleh banyakan keledek.
Modified resepi: boleh tambah ayam atau daging fresh (lagi sedap sebab manis daging tu ada). Boleh masukkan bunjut sup, ikat daun sup dan masukkan sekali. Keledek juga boleh ditukar dengan kentang. Kalau sekarang ni ramai yang gantikan dengan tepung jagung untuk pekatkan kuah, itu yang tak sedap tu, cepat basi.

3 comments:

  1. mee rebus en saipol mmg sedap...nanti balik bley request suruh hubby masak..heheheeh

    ReplyDelete
  2. terliur.. buka puasa ni boleh buat resepi mee rebus en saipol. ;)

    ReplyDelete
  3. Tk berkongsi resepi nanti nak buat tambah daging lagi sedap kan:)

    Penah makan kat kenduri mee rebus sedap..tu ingat nak try buat.


    Jemput ke blog saya;)
    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    ReplyDelete